Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Harimau Muda diuji

View previous topic View next topic Go down

Harimau Muda diuji

Post by Park Deen on Wed Jun 05, 2013 3:43 am





LIMA lagi aksi persahabatan bakal menanti Harimau Muda di bumi Eropah
sebagai persiapan menjelang temasya Sukan Universiti Dunia
(Universiade) 2013 di Kazan, Rusia dari 6 hingga 17 Julai depan.

Pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee berkata, kelima-lima perlawanan
itu diadakan bertujuan untuk memperbaiki kelemahan dan mempertajamkan
taktikal skuad muda negara.

"Selain itu, ia juga bagi mengenal pasti senarai terakhir skuad negara sebelum ke Rusia.

"Pada masa sama, senarai pemain yang akan dipanggil dari Malaysia
untuk menyertai Harimau Muda di Slovakia sebelum ke Rusia juga akan
dikeluarkan pada pertengahan bulan ini," kata Kim Swee menerusi Twitter peribadinya semalam.

Kim Swee memberitahu, kelima-lima aksi persahabatan itu merupakan
medan terbaik beliau menyediakan skuad yang mantap sebelum membuka tirai
temasya Universiade berdepan Itali pada 5 Julai depan.

Hari ini, anak-anak buah Kim Swee bakal diuji skuad Duslo Sala
sebelum berdepan Ruzemberok (15 Jun) dan Banska Bystrica (18 Jun) di
Slovakia.

"Selain itu, kami juga bakal berdepan dua lagi aksi persahabatan di Vienna, Austria pada 22 dan 26 Jun ini," katanya.

Untuk rekod, skuad muda negara hanya melakar satu kemenangan, dua
seri dan selebihnya tewas sepanjang 10 aksi persahabatan di sana setakat
ini.

Mereka hanya mengatasi kelab Republik Czech, Slavia Praha 2-1 sebelum ditewaskan Sparta Praha 0-1 di Prague baru-baru ini.

Selain tumpas 0-3 dan 0-4 kepada dua kelab Hungary, Kaposvari FC dan
FGSZ Siofok, mereka juga tewas sebanyak dua kali dalam dua pertemuan
menentang kelab Slovakia, MSK Zilina (1-4 dan 2-3) serta dibelasah 1-7
oleh skuad bawah 21 tahun (B-21) Georgia.

Anak-anak buah Kim Swee turut tumpas 0-2 kepada kelab Divisyen Satu Slovakia, Nitra FC

Taring skuad Harimau Muda juga tampak tumpul apabila sekadar melakar
keputusan seri 1-1 dengan skuad B-19 Slovakia serta terikat tanpa
jaringan ketika berdepan B-19 Norway pada aksi persahabatan sebelum ini.

Siri ujian persahabatan itu merupakan medan pemanas badan skuad muda
negara sepanjang 'berguru' selama lima bulan di Eropah sebagai persiapan
awal mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar,
Disember depan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2VIXcZYzN

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum