Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Mamat Khalid penyelamat Bro, Nampak Motor Gua?

View previous topic View next topic Go down

Mamat Khalid penyelamat Bro, Nampak Motor Gua?

Post by Park Deen on Wed Jun 05, 2013 3:35 am





Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


BARISAN pelakon Bro, Nampak Motor Gua? bergambar dengan David Teo (tengah) selepas sesi pra tonton filem tersebut minggu lalu.




BRO, NAMPAK MOTOR GUA? menambah sebuah lagi filem yang mengetengahkan
elemen permotoran dalam arkib industri perfileman Malaysia pada tahun
ini.

Sama dengan beberapa filem keluaran terdahulu Metrowealth antaranya
Adnan Sempit, Wawa Semput dan Aji Noh Motor, filem terbaharu Bro, Nampak
Motor Gua? memberikan kelainan dengan menampilkan beberapa babak
daripada filem-filem terdahulu terbitan syarikat itu.

Bagaimanapun, harus diakui bahawa pengarah popular Mamat Khalid yang
turut membintangi filem itu telah menyelamatkan Bro, Nampak Motor Gua?
daripada terus tenggelam dan mendatar.

Lawak bersahaja Mamat mengembalikan tawa penonton yang hampir layu dibuai lawak-lawak hambar beberapa pelakon lain.

Biarpun Mamat bukan merupakan penggerak utama filem itu, keberkesanan
karakter dan dialog yang nampak tidak dibuat-buat memberikan jaminan
dan keyakinan kepada penonton untuk tidak berganjak dari tempat duduk.

Mamat menjayakan watak Tan Sri Bakhtiar Karthubi iaitu seorang jutawan yang mempunyai misi untuk menyelamatkan dunia.

Filem Bro, Nampak Motor Gua? mengisahkan Epol yang mencari motornya
yang hilang dilarikan oleh dua orang penyamun. Sepanjang pencarian Epol
bersama rakannya Helmi, pelbagai dugaan mereka tempuhi.

Satu insiden telah menemukan Epol dengan Azura iaitu peguam kepada
Tan Sri Bakhtiar Karthubi yang ketika itu ditugaskan untuk menghantar
dokumen penting kepada bank, namun telah diragut oleh mat rempit.

Tiru Hollywood

Menurut pengarah filem Bro, Nampak Motor Gua?, Razif Rasyid, cabaran
utama selain mengarahkan pelakon yang juga pengarah berbakat besar
seperti Mamat Khalid, aspek keselamatan sepanjang penggambaran sentiasa
diambil berat.

“Hampir setiap hari sepanjang penggambaran membabitkan lagak ngeri
dan aksi, insiden-insiden pelik tidak dapat dielakkan daripada berlaku.

“Senang untuk mengarahkan pelakon-pelakon dalam filem ini, tapi susah
untuk menjaga mereka sebenarnya. Saya perlu menjaga karakter Along
supaya tidak serupa dengan watak Bobby dalam Adnan Sempit dan disebabkan
itu saya mengubah penampilannya sedikit,” katanya.

Razif yang ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Bro, Nampak
Motor Gua? di TGV Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini
juga bersedia sekiranya filem arahannya dibandingkan dengan filem
Hollywood, Dude Where’s My Car.

Dude Where’s My Car mengisahkan dua sahabat baik, Jesse (Ashton
Kutcher) dan Chester (Seann William Scott), yang telah terlupa lokasi
akhir kereta mereka selepas pulang berparti.

Katanya, kebanyakan filem tempatan ada mengambil acuan daripada
karya-karya luar negara namun diolah mengikut kesesuaian penonton
tempatan.

“Saya mengkaji filem Dude Where’s My Car dan ‘diMelayukan’ mengikut
budaya masyarakat kita. Semua orang meniru karya-karya sebelum ini, cuma
cara mengolah itu berbeza-beza.

“Saya bersedia berdepan dengan kritikan tapi bukan kutukan. Lagi
banyak orang bercakap, bermakna lagi banyak orang menonton filem ini,”
ujarnya mengenai filem itu yang telah ditayangkan di pawagam bermula 30
Mei lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2VIVQGOsJ

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum