Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Amalan berkhatan undang kontroversi

View previous topic View next topic Go down

Amalan berkhatan undang kontroversi

Post by Park Deen on Tue Jun 04, 2013 4:14 am







GOLONGAN ibu di Indonesia menentang usul pengharaman amalan khatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.




KANAK-KANAK perempuan berumur lima tahun itu tampak gelisah. Ibunya,
Yuli yang duduk di bangku klinik itu kelihatan tidak berhenti-henti
menenangkan anaknya yang bernama Retna. Wanita-wanita lain turut
melakukan perkara yang sama kepada anak perempuan mereka.

Saat jururawat memanggil nama Retna, langkah longlai menemani anak
kecil itu. Keresahan melanda apabila detik untuk dikhatankan kian
menghampiri. Dalam minda Retna, terbayang kesakitan yang tidak ingin
ditempuhi. Namun, kehadiran ibunya di sisi sedikit meredakan keadaan.

Sesudah proses khatan dilaksanakan, wajah Yuli berubah lega,
menggambarkan kejayaannya melunaskan tanggungjawab besar ke atas Retna.

"Saya memang mahu anak saya dikhatankan kerana menurut Islam, ia
merupakan hal yang baik. Saya gembira, anak saya kini suci dan bersih,"
ujar Yuli, seorang tukang jahit berumur 27 tahun yang ditemui di sekolah
Assalaam Asas Islamik, Indonesia yang menjalankan program berkhatan
perempuan besar-besaran melibatkan 120 bayi dan kanak-kanak.

Amalan ditentang PBB

Yuli percaya adat itu tidak memberi efek negatif kepada anaknya.
Tambahnya: "Ramai wanita pada hari ini hamil anak luar nikah. Dengan
berkhatan, saya berharap agar anak saya tidak terlalu mengikut nafsu dan
mampu mengawal tarikan seksual yang dialami menjelang dewasa."

Upacara berkhatan yang sinonim dalam kalangan lelaki juga sebenarnya
dijalani golongan wanita. Bezanya ia sering dilakukan ketika seseorang
perempuan itu masih kecil atau lebih sesuai pada usia bayi.

Selain penduduk di Afrika, umat Islam turut digalakkan mengkhatankan
anak perempuan bagi tujuan kebersihan dan menjaga keperibadian. Malah,
menerusi fatwa di Malaysia, semua perempuan Muslim di negara ini wajib
berkhatan.

Namun, amalan itu kini mula ditentang di Indonesia. Mereka berdepan
kesukaran mempertahankan amalan itu selepas dikecam Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang baru menghantar resolusi bagi
pengharaman ke atas amalan mencederakan organ seks wanita atau Female
Genital Mutilation (FGM), termasuk sebarang bentuk khatan.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan Indonesia pula menyatakan bahawa
amalan itu tidak mendatangkan kesan negatif terhadap bahagian kelentit
perempuan atau daging kecil pada kemaluan perempuan. Malah, para ulama
negara itu juga berpendapat berkhatan mampu meningkatkan kesucian
seksual golongan wanita.

Prosedur khatan di Indonesia merangkumi cucukan pantas menggunakan pin kecil pada bahagian clitoris kanak-kanak perempuan.

"Di Indonesia, kami menjalankan klasifikasi khatan jenis keempat,
berbeza daripada tiga kaedah lain yang dikelaskan sebagai mutilasi
melibatkan pembuangan sebahagian atau sepenuhnya bahagian kelentit,"
ujar seorang doktor Indonesia, Dr. Yanne Cholida.



DOKTOR di Indonesia menjelaskan,
prosedur khatan kanak-kanak perempuan di negara itu tidak mencederakan
alat sulit kanak-kanak tersebut.




Sementara itu, wakil daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI),
Sholahudin Al Aiyub memberitahu, mereka amat bersetuju sekiranya PBB
berhasrat mengharamkan amalan khatan yang dijalankan di Afrika.
Bagaimanapun, khatan berdasarkan ajaran Islam tidak boleh disentuh dan
dipersoalkan.

Pengkritik tempatan di negara itu pula menyatakan, amalan berkhatan
dalam kalangan perempuan melanggar hak seorang wanita. Beberapa jenis
khatan ekstrem yang dilakukan di Afrika juga dipercayai terdapat di
kawasan terpencil Indonesia.

Profesor Jurnalis Uddin daripada Fakulti Perubatan Universiti Yarsi
menyatakan: "Impak berkhatan terhadap perempuan amat bahaya, jadi dari
sudut perubatan ia tidak membawa sebarang faedah manakala dari segi
agama, ia sesuatu yang boleh dibahaskan."

Prosedur melibatkan cucukan jarum, menindik, memotong, melecuhkan
atau membakar yang dilaksanakan bukan untuk tujuan perubatan telah
dikelaskan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai mutilasi termasuk
amalan membuang sebahagian atau keseluruhan alat sulit.

Menurut WHO, amalan ekstrem berupaya mengundang pendarahan kronik, masalah pembuangan air kecil dan komplikasi ketika bersalin.

Tidak diwajibkan

Budaya yang telah wujud beribu tahun dahulu itu dilihat sebagai suatu
amalan biasa di sebahagian kawasan di Afrika, Asia dan Asia Timur.
Kaedah yang ekstrem pula melibatkan jahitan bahagian luar dan dalam
labia atau memotong keseluruhan atau sedikit bahagian kelentit.

Indonesia pernah mengharamkan khatan perempuan pada tahun 2006, namun
kembali membenarkannya pada tahun 2010 dengan alasan ramai ibu bapa
masih mengkhatankan anak perempuan mereka menerusi bidan tradisional
yang tidak terlatih.

Respons daripada pengharaman itu, MUI telah mengeluarkan fatwa pada
tahun 2008 membenarkan amalan tersebut tetapi tidak mewajibkannya.

Pertubuhan Islamik seperti Pertubuhan Assalaam di Bandung memberitahu mereka telah menggantikan penggunaan gunting kepada pin.

"Pada masa dahulu, kami menggunakan seorang atau dua doktor dan lebih
ramai bidan. Mereka menggunakan gunting bagi memotong sedikit bahagian
atas. Kami telah meninggalkan amalan itu." jelas koordinator Assalaam,
Eulis Sri Karyati, yang menambah hanya doktor bertauliah dibenarkan
menjalankan prosedur itu di sekolah mereka. - AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0604&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz2VCop5zBZ

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum