Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Hidangan siap dalam masa lima minit

View previous topic View next topic Go down

Hidangan siap dalam masa lima minit

Post by Park Deen on Tue Jun 04, 2013 4:13 am











BIDANG masakan bukanlah sesuatu yang asing bagi Fadhilah Nahar, 34.
Mewarisi kemahiran memasak daripada neneknya, sejak kecil dia sudah
biasa bergelumang dengan kuali dan periuk belanga untuk menyiapkan
pelbagai hidangan untuk keluarga.

Sebut apa sahaja makanan, Melayu, Cina, India atau Barat, boleh dikatakan sebahagian besar resipi itu ada di dalam kepalanya.

Justeru, tidak hairanlah wanita yang masih bujang itu agak cerewet setiap kali berbicara mengenai makanan.

Bahan-bahan yang digunakan mesti bersih dan segar. Paling penting
setiap makanan yang dihidangkan mesti cukup rasa, tidak terlalu lemak,
masin, manis, pedas, masam dan sebagainya.

Pemilik blog masakan, Delima Zamrud tersebut berkata, disebabkan itu
dia jarang membeli atau makan di luar rumah kecuali terpaksa seperti
tidak sihat dan sebagainya.

"Pada saya, memasak bukan sekadar hobi tetapi merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan.

"Saya tidak tidak kisah berkurung seharian di dapur, asalkan hati
saya puas apabila menyiapkan sesuatu hidangan," katanya yang turut
menjalankan perniagaan katering secara kecil-kecilan di sekitar
kediamannya di Putrajaya.

Menurut Fadhilah, dia juga jarang membeli perencah makanan segera
atau produk-produk makanan sejuk beku yang mudah didapati di pasaran
kerana rata-ratanya mengandungi bahan pengawet atau monosodium glutamat
(MSG) yang tinggi.

"Lagipun, banyak produk yang pernah saya cuba sebelum ini tidaklah
sesedap mana. Daripada membazir wang begitu sahaja, lebih baik masak
sendiri," ujarnya.

Menepati selera

Bagaimanapun, persepi itu berubah apabila dia menyertai pertandingan
masakan yang dianjurkan oleh produk makanan sejuk beku dan sedia untuk
dimakan, myChef yang baru dilancarkan ketika itu.

Salah satu syaratnya ialah mewajibkan setiap peserta memasak
menggunakan salah satu daripada rangkaian produk berkenaan berdasarkan
kreativiti masing-masing.

"Sebelum pertandingan, saya membeli beberapa produk myChef di pasar raya dan mencubanya di rumah.

"Menariknya, biarpun dihidangkan terus tanpa sebarang pengubahsuaian
atau campuran bahan-bahan tambahan, ia cukup menyelerakan dan menepati
selera saya dan keluarga," katanya.



RESIPI produk myChef juga boleh dipelbagaikan mengikut selera dan kreativiti pengguna.




Menampilkan resipi istimewa selebriti chef terkenal seperti Datuk
Chef Ismail Ahmad (Chef Ismail), Zamzani Abdul Wahab (Chef Zam), Chef
Liza Zainol, Chef Florence Tan dan juara MasterChef Malaysia musim
pertama, Dr. Ezani Farhana, produk-produk myChef mengetengahkan tema
makanan Melayu, nyonya, India dan Barat yang sesuai untuk setiap lapisan
masyarakat di negara ini.

Dilancarkan pada November 2011, kini terdapat 19 produk myChef di
pasaran. Antaranya ialah ayam pongteh, ayam kalio, ayam mentega makhani
dan daging stroganoff dengan nasi perang pilaf. Selain itu, terdapat
juga gulai udang serai, semur daging Betawi, kari Melayu Cape, spageti
ayam dengan pasta Asia, daging masala, ayam beriani mughlai, ikan goreng
asam dan kari ayam nyonya.

Ketua Pegawai Eksekutif Flavor Innovation Sdn. Bhd., Mohd. Fairuz
Abdullah berkata, kehadiran produk itu membolehkan orang ramai
berpeluang menikmati kepelbagaian hidangan daripada chef selebriti
terkenal dalam keselesaan rumah sendiri.

Katanya, ia bukan saja mudah disediakan tetapi juga mengandungi
khasiat makanan yang baik untuk kesihatan di samping mempunyai status
halal.

"Sesiapa saja termasuk mereka yang kurang mahir memasak boleh
menyediakan hidangan enak dan lazat dalam tempoh empat hingga lima minit
sahaja menggunakan ketuhar gelombang mikro.

"Justeru, ia dilihat sebagai alternatif kepada individu bekerjaya
terutama golongan ibu bapa kerana mereka akan dapat meluangkan lebih
banyak masa berkualiti dengan keluarga daripada menyediakan masakan dan
membersihkan dapur atau perkakas memasak," katanya.

Hidangan lazat

Tambah Mohd. Fairuz, teknologi produk sejuk beku dan makanan sedia
untuk dimakan seperti myChef telah lama berkembang di luar negara
terutama di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) melalui
beberapa jenama antarabangsa seperti Weight Watchers, Jenny Craig dan
Lean Cuisin.

"Permintaan terhadap produk-produk sebegini sememangnya cukup tinggi
dalam kalangan pengguna di seluruh dunia berikutan kesedaran mereka
terhadap amalan pemakanan yang sihat dan seimbang.

"Itu yang kami cuba tampilkan melalui produk myChef. Kami mahu
masyarakat tidak sekadar berpeluang menikmati hidangan yang lazat dan
menyelerakan tetapi pada masa yang sama tidak berkrompomi berhubung soal
kualiti, kebersihan dan nutrisi yang terkandung di dalamnya," katanya.

Bagi tujuan itu, setiap resipi dibuat dengan menggunakan bahan-bahan segar dan terpilih mengikut piawaian makanan antarabangsa.

"Bahan yang digunakan adalah rendah lemak, kalori, gula dan garam.
Kami melakukan kajian dan penyelidikan ke atas semua resipi bagi
memastikan setiap kandungan di dalamnya mengikut jumlah bahan harian
yang disyorkan.



TANPA sebarang pengawet, produk myChef sesuai bagi mereka yang mahu berdiet tanpa berkrompomi soal rasanya.




"Pada masa yang sama, kami juga sentiasa menitikberatkan aspek
kebersihan kilang, kesihatan pekerja di samping memastikan setiap proses
bermula daripada bahan-bahan mentah sehingga pembungkusan dilakukan
mengikut Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang ditetapkan," jelasnya.

Setiap hari pihaknya mengeluarkan kira-kira 8,000 produk myChef di
kilangnya yang terletak di kawasan industri di Puncak Alam, Shah Alam.

"Dijual pada harga antara RM4.90 hingga RM16.50 bagi setiap pek yang
sesuai untuk hidangan dua hingga tiga orang, ia amat berbaloi untuk
dimiliki.

"Ketika ini, semua produk kami kini boleh didapati di semua pasar
raya hiper termasuk Giant dan Tesco serta beberapa pasar raya terpilih
di Lembah Klang," ujarnya yang merancang untuk meneroka pasaran luar
negara seperti Hong Kong, Vietnam dan Eropah dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ketua Pembangunan Produk Baharu Flavor Innovation Sdn.
Bhd., Nor Asiah Tajul Urus berkata, pihaknya menggunakan inovasi
terkini dari AS dalam menghasilkan produk sejuk beku yang mampu bertahan
sehingga setahun disimpan dengan betul di bahagian sejuk beku.

Kekalkan nutrisi

Katanya, melalui proses yang dikenali sebagai blast freeze itu
makanan yang siap dimasak akan disimpan selama dua jam dalam peti sejuk
bertekanan tinggi sehingga di bawah suhu 18 darjah Celsius bertujuan
mengekalkan nutrisi dan tekstur produk.

"Apabila siap untuk dimakan, pengguna akan dapat menikmati kualiti dan kesegaran bahan-bahan digunakan.

"Misalnya, daging ayam tidak akan hancur atau terlalu lembut manakala
aromanya tetap sama dan mampu membangkitkan selera pengguna,"jelasnya.

Sesuai bagi mereka yang mahu berdiet serta mementingkan kesihatan,
kata Nor Asiah, setiap produk myChef hanya mengandungi 120 hingga 400
kalori.

"Bagi tujuan itu, kami telah memperkenalkan kod nutrisi berwarna yang
tertera di bahagian luar produk. Ia menyenaraikan kandungan peratusan
kalori, lemak, lemak tepu, garam dan gula bagi setiap hidangan mengikut
jumlah bahan harian yang disyorkan.

"Sebagai contoh, warna hijau menandakan low content atau bermaksud
rendah kalori yang merupakan pilihan yang sihat, kuning oren pula
melambangkan medium content dan merah pulak mewakili high content
seperti yang telah ditetapkan oleh Agensi Piawaian Makanan UK," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0604&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2VCoaSCGI

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum