Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Legenda rock gegarkan Putrajaya

View previous topic View next topic Go down

Legenda rock gegarkan Putrajaya

Post by Park Deen on Tue Jun 04, 2013 4:11 am





Oleh NURUL NAFISAH MAZLAN


RAMLI SARIP




SUASANA gamat melanda Putrajaya pada malam Sabtu lalu apabila lebih
daripada 10 artis legenda rock tanah air bergabung di dalam satu konsert
berprestij iaitu Clash of the Legends.

Konsert yang menghimpunkan lebih daripada 2,000 penonton itu
menyaksikan bagaimana otai rock memberikan persembahan mantap mereka
khususnya buat golongan belia yang hadir pada Karnival Belia 2013
tersebut.

Gabungan besar-besaran berkenaan amat memberi impak kepada peminat
muzik rock memandangkan ada dalam kalangan artis sudah lama tidak tampil
membuat persembahan.

Lebih istimewa apabila konsert itu diadakan secara terbuka dan tidak
memerlukan bayaran, sekali gus membuatkan ramai penonton tidak mahu
melepaskan peluang keemasan tersebut untuk bersama-sama berhibur dengan
artis kegemaran mereka.

Antara barisan artis yang memberikan persembahan hebat mereka pada
malam itu ialah Awie, Amy Search, Mus (May), Nash, Hattan, Man Kidal,
Shah (Ekamatra), Ramli Sarip, Datuk M. Nasir, Yantzen (Rusty Blade) dan
kumpulan Bumiputra Rockers (BPR).

Pembukaan konsert yang diacarakan oleh penyampai radio Sinar FM,
Linda Onn itu dimulakan dengan persembahan daripada Joey BPR dengan
membawakan lagu-lagu hitnya iaitu Dajal, Aku Hanya Serangga dan Dari Sinar Mata.

Walaupun suasana agak sesak tetapi ia tidak mematahkan semangat
penonton untuk berdiri lebih dua jam sambil menyanyikan lagu-lagu
dendangan kumpulan rock yang sudah lebih 20 tahun bertapak di dalam
dunia seni.

Suasana bertambah gamat apabila Yantzen muncul dengan membawakan lagu Ikrar Perwira, Tiada Lagi Aku dan Meniti Suratan.

Menurut Yantzen, bukan mudah mahu menghimpunkan artis rock seramai
itu, terutamanya di dalam satu-satu majlis kerana selain daripada
mempunyai komitmen lain, banyak lagi kekangan yang perlu dihadapi untuk
berkumpul.

"Saya berasa gembira apabila dapat berhimpun bersama rakan lain untuk
sama-sama meraikan Hari Belia yang disambut meriah pada setiap tahun
ini. Jika kita lihat, pada masa kini, pemuda sibuk dengan muzik K-Pop,
lagu-lagu hip-hop dan sebagainya tetapi hari ini Clash of the Legends telah membuka mata kami yang pendengar sebenarnya masih mahukan muzik rock.



NASH




"Apabila kita berkumpul secara beramai-ramai, kita bukan saja dapat
tahu penerimaan belia terhadap muzik seperti ini tetapi kita juga dapat
mengeratkan lagi hubungan di antara penyanyi dan peminat.

"Kami sebagai pemuzik juga ingin tahu bagaimana selera anak muda pada
masa kini. Daripada apa yang saya lihat, muzik rock tidak pernah
berkubur walaupun sudah lama muncul dalam dunia seni tanah air,"
jelasnya ketika ditemui pada konsert Clash of the Legends yang diadakan di pentas utama karnival berhampiran dengan Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya.

Walaupun jam ketika itu sudah menunjukkan hampir 12 tengah malam
tetapi pengunjung masih tetap tidak berganjak daripada menyaksikan
konsert berkenaan.

Kemunculan Mus (May) menyerikan lagi malam berkenaan apabila beliau mendendangkan lagu Sinar, Dari Kacamata dan Cintamu Mekar Di Hati Ini.

Kelihatan penonton teruja apabila turut bersama-sama menyanyikan lagu sambil melayan dengan melakuan tarian trademark iaitu head- banging.

Imbau zaman kegemilangan

Himpunan penyanyi rock secara besar-besaran itu turut mengimbau
kembali zaman kegemilangan mereka semasa mula-mula bertapak di pentas
hiburan.

Yantzen menambah, himpunan di antara otai-otai yang lebih dulu makan
garam itu dapat membuatkan mereka berjumpa untuk saling bertukar-tukar
pengalaman, pendapat dan idea.

"Seronok rasanya apabila konsert ini dapat mengimbau kembali zaman di
mana pada masa itu ramai peminat memakai seluar ketat, baju rock dan
rambut panjang. Terasa seperti zaman muda-muda pula.

"Diharapkan akan ada lagi konsert seperti ini pada masa akan datang," ujarnya.

Konsert tersebut berakhir sekitar pukul 12.30 malam dengan menyaksikan persembahan bunga api sebagai penutup tirai.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0604&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2VCnbWlBD

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum