Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Wayne Rooney

View previous topic View next topic Go down

Wayne Rooney

Post by Park Deen on Sun Jan 22, 2012 4:11 pm

RVP ancaman utama: Rooney

LONDON: Wayne Rooney menegaskan pertembungan dengan Arsenal malam ini bukan sekadar pertarungan memburu gol di antara dia dengan Robin van Persie.

Dengan jumlah 39 gol yang dikumpul bersama musim ini, mudah untuk dijangka mengapa ramai yang beranggapan siapa saja yang mendahului dalam saingan peribadi itu akan menentukan sama ada Manchester United atau Gunners akan mengumpul tiga mata di Stadium Emirates itu.


Bagaimanapun, Rooney tidak melihatnya seperti itu.

“Ia bukan mengenai saya dan Van Persie,” katanya. “Ia adalah mengenai kami menentang Arsenal. Itulah fokus kami. Terdapat ramai penyerang hebat dalam liga ini iaitu Van Persie, Sergio Aguero malah Yakubu turut bermain dengan baik.” Begitupun Rooney mengakui pemain Belanda itu adalah antara yang perlu diawasi United jika mahu menang dalam perlawanan itu.


“Van Persie menjaringkan banyak gol dan bermain dengan baik,” kata pemain berusia 26 tahun itu.


“Dia akan menjadi ancaman terbesar dari Arsenal Ahad ini.” Sementara itu, Van Persie jelas sekali mahu melupakan insiden kekalahan 2-8 di Old Trafford sebelum ini.

“Perkara terakhir yang saya mahu lakukan adalah memberi alasan. Perlawanan sudah berlaku. Kami tidak boleh memadamkannya daripada sejarah.


“Sejak beraksi mewakili Arsenal, kami tidak pernah kalah seteruk itu. Kekalahan memang tidak bagus, kami memberikan segala-galanya pada hari itu tetapi ia masih tidak mencukupi.

“Saya mahu berlaku jujur. Kekalahan seperti itu memang cukup melukakan tetapi itu semua adalah sejarah dan kami tidak sabar menantikan perlawanan Ahad ini.


“Dalam bola sepak anda sentiasa mempunyai peluang lain untuk membetulkan keadaan. Kami mahu melakukannya demi semangat sepasukan, terutamanya untuk penyokong kami,” katanya. -Agensi

Park Deen
Admin
Admin

Negeri:
Posts: 715
Points: 1353
Reputation: 0
Join date: 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Wayne Rooney

Post by Park Deen on Fri Jan 27, 2012 4:01 pm

'United terbaik'



Wayne Rooney

WAYNE Rooney yakin Manchester United akan melakar prestasi terbaik
bermula sekarang lantas mereka boleh membayangkan di mana mereka akan
berakhir hujung musim ini.

United menempuh jadual perlawanan getir malah pengurus Alex
Ferguson sendiri mengakui ia mampu menentukan harapan mereka untuk
merangkul kejuaraan musim ini, dengan mencatat kemenangan mengagumkan ke
atas Arsenal, Ahad lalu.

Kini mereka menuju ke kampung halaman Rooney di Merseyside untuk
berdepan Liverpool pada pusingan keempat Piala FA Inggeris malam esok
menyedari Reds turut perlu berkunjung ke Old Trafford bagi pertembungan
Liga Perdana selepas ini.

Sudah ketinggalan tiga mata di
belakang pendahulu Manchester City, ia satu persoalan getir buat anak
buah Ferguson untuk terus berada dalam saingan memburu kejuaraan.

Namun, dalam musim ketujuhnya bersama United, Rooney amat
memahami ini adalah masanya buat Red Devils untuk mencapai kemuncak
prestasi.

“Kami sukakan saat-saat ini,” katanya.

“Sebaik kami
memasuki tahun baru, kami boleh membayangkan apa yang boleh dicapai.
Setiap perlawanan adalah penting sekarang dan kami tidak mahu keciciran
mata lagi.

“Tapi saya sering berasa kami berada di prestasi
terbaik kini kerana kami boleh membayangkan pada hujung musim ada trofi
yang boleh dimenangi.

“Itulah sebabnya kami kekal fokus dan seperti kebiasaannya, kami sering berada di sana akhirnya.”

Jika ada kelebihan buat United, mereka sebenarnya beraksi dalam tempoh
yang jarang-jarang berlaku kerana hanya perlu bermain satu perlawanan
seminggu bagi tempoh tiga minggu berturut-turut.

Sekiranya
mereka tidak seri di Anfield, mereka akan menerima kunjungan Stoke
Selasa depan, yang dianggap Rooney patut dimanfaatkan sebaik-baiknya
oleh skuad itu yang bertarung dengan senarai kecederaan panjang dalam
tempoh yang lama.

“Agak pelik juga kami hanya ada satu perlawanan seminggu,” kata penyerang England itu.

Kunjungan ke Liverpool sering menjadi ujian getir buat Rooney, yang
masuk sebagai pemain gantian ketika pertembungan Liga Perdana Oktober
lalu yang lebih diingati kerana perbalahan perkauman antara Patrice Evra
dan Luis Suarez.

Pemilihan kesebelasan utama sebegitu tidak
mungkin diulangi Ferguson hujung minggu ini, walaupun bahagian serangan
memberikan pilihan yang besar buat bos United itu.

Rooney pastinya mahu terbabit sejak wisel pertama ditiup pengadil.

Dia menganggap perlawanan berprofil tinggi adalah perlawanan yang amat menarik dan mendebarkan.

“Ia adalah perlawanan sukar tapi perlawanan seperti inilah yang anda mahu beraksi,” katanya.

“Tiga atau empat minggu akan datang pasti menarik.

“Kami sedar dan tahu apa yang perlu dilakukan. Kami perlu bersedia
dengan cara terbaik sebaik mungkin dan harapnya kami mampu mencapai
keputusan yang diperlukan.”

Park Deen
Admin
Admin

Negeri:
Posts: 715
Points: 1353
Reputation: 0
Join date: 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Wayne Rooney

Post by Park Deen on Thu Apr 05, 2012 9:30 am

Rooney optimis

MANCHESTER: Wayne Rooney yakin Manchester United mampu mencapai
kemenangan di Stadium Etihad dan tidak menjangkakan pendekatan berbeza
dilaksana apabila bertandang ke kubu Manchester City yang menjadi seteru
utama memburu kejuaraan musim ini.


United dibelasah 1-6 oleh City di Old Trafford Oktober lalu, namun
memintas kelab jiran itu beberapa minggu lalu dalam pemburuan merebut
mahkota Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan 2-0 di Blackburn,
Isnin lalu membantu United memiliki kelebihan lima mata dan tidak
mustahil kemenangan pada 30 April di Etihad selepas City tercicir mata
kali pertama musim ini hujung minggu lalu bakal mengesahkan gelaran
juara kali ke-20.

Rooney melihat tiada alasan Red Devils tidak mampu meraih tiga mata
selepas memastikan kemenangan di City pada pusingan ketiga Piala FA.

“Kami
cukup bagus untuk menewaskan mereka di sana,” kata Rooney. “Kami
membuktikannya dengan menewaskan mereka 3-2 di City dalam Piala FA
Januari lalu.

“Mereka mempunyai rekod yang bagus dalam liga di laman sendiri namun kami mampu meraih keputusan yang baik dalam Piala FA.

“Ia menunjukkan kami boleh ke sana dan mencatat kemenangan. Kami cuma
perlu beraksi dengan corak sendiri. Kami akan turun dengan penuh yakin
dalam perlawanan itu dan yakin mampu meraih tiga mata.

“Pendekatan
kami seperti dilakukan dalam perlawanan lain. Ada tiga mata perlu
diraih dan kami cuba mendapatkannya. Kami tidak akan lakukan sesuatu
yang berbeza.” Sementara itu, Rooney sudah meletakkan sasaran untuk
memecahkan rekod 249 jaringan milik legenda United, Sir Bobby Charlton.

Rooney kekal 28 gol musim ini selepas gagal meledak sebarang gol ketika menewaskan Blackburn di Ewood Park.

Ini bermakna dia sudah mengumpul 175 gol dalam kariernya bersama Red
Devils, ketinggalan empat gol di belakang Dennis Viollet dan George Best
yang terikat di kedudukan keempat. - Agensi

Park Deen
Admin
Admin

Negeri:
Posts: 715
Points: 1353
Reputation: 0
Join date: 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Wayne Rooney

Post by Park Deen on Fri Apr 06, 2012 3:18 pm

Rooney puji aksi Welbeck


MANCHESTER - Wayne Rooney mendedahkan yang dia akan menyokong rakan
sepasukannya, Danny Welbeck untuk memenangi Anugerah Pemain Terbaik
Manchester United musim ini.

Rooney berkata, Welbeck berhak memenangi gelaran itu selepas
menunjukkan persembahan yang memberangsangkan sepanjang bersama United.

Bintang muda United itu semakin menonjol selepas dia kurang diberikan peluang untuk bermain bersama skuad utama.

Welbeck yang pernah dipinjamkan ke Sunderland musim lalu berjaya
membentuk gandingan mantap bersama Rooney selepas kembali menyertai
skuad kendalian Alex Ferguson itu.

Prestasi cemerlang Welbeck memberi peluang kepadanya untuk menyertai
skuad kebangsaan England dan Rooney percaya rakan karibnya itu me-
miliki potensi untuk menjadi salah seorang pemain yang hebat dalam skuad The Red Devils.

"Terdapat beberapa calon untuk Anugerah Pemain Terbaik musim ini tetapi saya memilih Welbeck.

"Persembahan Welbeck sangat mengagumkan dan ternyata usaha gigihnya memberikan hasil yang memuaskan.

"Saya berpendapat, dia bakal menjadi salah seorang pemain yang hebat bukan sahaja untuk United tetapi bersama England.

"Dia membawa satu tenaga baharu kepada pasukan. Dia bekerja dengan
lebih keras dan sentiasa memberikan masalah kepada benteng pertahanan
pasukan lawan. Ia satu perkara yang baik untuk saya memperoleh lebih
banyak ruang ketika bermain.

"Dia masih muda dan kadangkala pemain-pemain muda memerlukan
bimbingan ketika beraksi di atas padang mahupun dalam sesi latihan,"
kata Rooney. - Agensi

Park Deen
Admin
Admin

Negeri:
Posts: 715
Points: 1353
Reputation: 0
Join date: 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum