Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Irfan tuntut aksi lebih agresif

View previous topic View next topic Go down

Irfan tuntut aksi lebih agresif

Post by Park Deen on Wed May 22, 2013 6:35 am







AMRI (dua dari kanan) tidak akan beraksi pada perlawanan menentang Terengganu di Stadium Shah Alam malam ini.




"SELANGOR perlu mengutip tiga mata penuh jika berhajat untuk kekal dalam kelompok tiga teratas Liga Super pada musim ini."

Demikian amaran jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim kepada
anak-anak buahnya menjelang aksi menentang Terengganu di Stadium Shah
Alam malam ini.

Irfan berkata, aksi menentang skuad Penyu itu dianggap sebagai
'peluang' terakhir buat skuad Gergasi Merah untuk memperbaiki kedudukan
mereka dalam saingan liga.

Pengendali kelahiran Perak itu menegaskan, beliau menuntut aksi lebih
agresif ketika melayan kunjungan pasukan pelawat dalam usaha melakarkan
kemenangan di laman sendiri.

"Inilah peluang terakhir kami. Kami wajib menewaskan Terengganu
sebelum aksi liga direhatkan kira-kira sebulan bagi memberi laluan
kepada aksi skuad kebangsaan.

"Berbaki lima perlawanan, Selangor tidak boleh lagi mencatat
keputusan seri. Cukuplah dengan sembilan kali seri dan saya berharap
kami mampu melakar kemenangan di laman sendiri.

"Kali ini, saya mahukan barisan pemain lebih agresif sebaik perlawanan dimulakan.

"Bila sudah jaringkan gol, jangan hilang tumpuan dan kawal gawang
sendiri kerana Selangor kerap dibolosi pada saat-saat terakhir termasuk
ketika menentang Kelantan dan Pahang," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam perkembangan lain, Irfan memberitahu, penyerang skuad Gergasi
Merah, Mohd. Amri Yahyah tidak akan beraksi menentang skuad kendalian E.
Elavarasan itu.

Pemain veteran Selangor itu digantung dua perlawanan selepas mengutip enam kad kuning dalam aksi domestik.

"Amri akan terlepas dua perlawanan iaitu menentang Terengganu dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Dia menjalani penggantungan selepas mengutip enam kad kuning tetapi
saya tetap yakin bahawa kami masih mampu melakarkan kemenangan tanpa
Amri.

"Sudah tentu ketiadaan Amri memberikan kesan kepada jentera serangan tetapi kami harus optimis," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0522&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2TzNhiJ17

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum