Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Ahmad Shakir Ali

View previous topic View next topic Go down

Ahmad Shakir Ali

Post by Park Deen on Fri Jan 20, 2012 11:19 am

Shakir janji aksi terbaik

Oleh Mohd Amin Jalil
sukan@hmetro.com.my

PENYENARAIAN semula dalam skuad kebangsaan menyuntik semangat
penyerang muda Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Md Ali, untuk memberikan
persembahan terbaik menanti kunjungan Felda United pada saingan Liga
Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam esok.

Pemain berusia 23 tahun itu yang mula menampakkan kebangkitan selepas
menjaringkan dua gol ketika Negeri Sembilan membenam Johor FC, 2-0 kini
kian bersemangat untuk memberikan persembahan cemerlang bagi membantu
pasukan mencapai kemenangan.

Katanya, impian mewakili negara
sentiasa menjadi sasaran tapi dia akui prestasinya sepanjang tahun lalu
kurang memberangsangkan hingga tersisih daripada skuad kebangsaan.

“Namun dengan penyenaraian semula dalam skuad kebangsaan memberi semangat kepada saya beraksi lebih baik.

“Saya berterima kasih kepada jurulatih Ong Kim Swee yang menyenaraikan nama
saya, begitu juga jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah
yang membimbing saya meningkatkan persembahan,” katanya semalam.

Mengenai pertemuan dengan skuad bimbingan E Elavarasan, Shakir bertekad untuk
mengulangi aksi cemerlang untuk meletakkan kembali skuad Hoben Jang
Hoben dalam kelompok teratas carta liga.

Dia yang kini menggalas cabaran barisan depan kian serasi bersama pemain import, Jean Emmanuel Effa Owona.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Ahmad Shakir Ali

Post by Park Deen on Fri Jan 27, 2012 10:38 am

Shakir azam kembali mantap
PENYERANG muda prolifik Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Md Ali yang
dipanggil semula ke skuad Olimpik negara berazam kembali menampilkan
prestasi terbaik bagi mengisi kesebelasan utama.


Skuad Olimpik kendalian jurulatih Ong Kim Swee mempunyai misi getir
memburu mata pertama selepas tewas dalam tiga perlawanan sebelum ini,
menjelang aksi keempat Kumpulan C kelayakan Zon Asia menentang Bahrain
di Stadium Nasional, Manama, 5 Februari depan. Pemain berusia 23 tahun
itu berkata penggugurannya sebelum ini memberi banyak pengajaran
kepadanya. "Saya sedar pasukan ini memerlukan seorang penyerang ekoran
ketiadaan Izzaq Faris Ramlan yang tercedera dan saya berjanji untuk
menggalas tanggungjawab yang diberikan jurulatih Kim Swee," katanya
kepada Bernama selepas sesi latihan di kem latihan pusat skuad Olimpik
negara bersama 24 pelatih di Wisma FAM, Kelana Jaya. Ketiadaan
penyerang tinggi lampai Izzaq Faris, 22, yang masih dalam proses
pemulihan selepas pembedahan lutut ACL susulan kecederaan ketika Sukan
Sea, Indonesia November lalu, membuka ruang kepada beberapa penyerang
untuk mengisi kekosongan ditinggalkannya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum