Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kedah menang 'derby' utara

View previous topic View next topic Go down

Kedah menang 'derby' utara

Post by Park Deen on Tue May 14, 2013 11:52 am







KUALA LUMPUR - Jaringan pemain import, Alen Guc pada minit ke-49
memberikan keceriaan buat Kedah apabila mengalahkan Perlis 1-0 dalam
pertembungan 'derby' utara Liga Perdana di Stadium Darul Aman, semalam.

Perlis, yang sebelum ini mencatat kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur
di Stadium Bola Sepak Cheras, gagal meneruskan rentak kemenangan
sebaliknya Kedah terus beraksi cemerlang apabila Jumaat lalu mereka
turut meraih tiga mata dengan membenam Sabah 3-2 di gelanggang yang
sama.

Bagaimanapun perlawanan semalam dicemari insiden layangan kad merah
kepada kedua-dua pasukan. Kedah kehilangan Khairul Helmi Johari pada
minit ke-52, lapan minit kemudian giliran Perlis pula beraksi dengan 10
pemain selepas Muhd Nasri Ahmad Thauhid diperintah keluar padang.

Sementara itu, di Stadium Likas, tuan rumah berjaya membenam
pasukan pelawat UiTM FC 3-1 dan mereka berada di depan seawal minit
pertama melalaui jaringan Fazilidin Khalid. Sebelum rehat Shahrudin
Yakup dan pemain import, Abdulfatah Safi menambah jaringan buat Sabah
pada minit ke-25 dan 45.

UiTM FC cuba bangkit pada separuh masa kedua namun mereka hanya
memperoleh gol saguhati melalui jaringan Afiff Ashraf pada minit ke-77.

Di Stadium Pasir Gudang, Johor hanya mampu mencatat keputusan
seri 1-1 ketika berdepan Pos Malaysia. Johor mendahului perlawanan
seawal minit pertama melalui pemain import, Juan Muriel Orlando. Pasukan
pelawat berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-66 menerusi jaringan
Ahmad Saufi Ibrahim.

Di Stadium UiTM Shah Alam, Kuala Lumpur menamatkan kemarau
kemenangan selepas membenam cabaran SPA Putrajaya, 3-1. Kuala Lumpur
memecah kebuntuan gol pada minit ke-11 melalui jaringan pemain import,
Kale Sone sebelum Munir Amran menambah gol kedua pada minit ke-89,
manakala gol terakhir disumbangkan S. Sivaraj pada masa kecederaan.

SPA Purtrajaya memperoleh gol sagu hati melalui Amri Fazal Mat Noor pada minit ke-54


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130514/su_04/Kedah-menang-derby-utara#ixzz2TFt1sz3F

© Utusan Melayu (M) Bhd
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum