Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Seni daripada sehelai kertas

View previous topic View next topic Go down

Seni daripada sehelai kertas

Post by Park Deen on Sat May 11, 2013 11:20 am











SEKUMPULAN remaja asyik memerhatikan seorang lelaki melakukan
demonstrasi teknik potongan kertas di dalam sebuah bilik di Galeri Seni,
Shah Alam.

Lelaki itu umpama guru kepada remaja-remaja itu. Dia mengajar setiap
langkah dengan teliti manakala anak muridnya amat tekun mengikut
teknik-teknik yang diajar oleh guru mereka.

Potongan kertas yang membentuk tangga dan corak hati merupakan antara contoh yang telah disediakan oleh guru mereka.

Walaupun ada yang gagal menghasilkan potongan kertas seperti contoh
yang telah siap, mereka tidak berputus asa dan sentiasa mencuba untuk
menghasilkan corak tersebut berulang kali.

"Teknik potongan kertas atau dikenali sebagai kirigami ini merupakan
hobi saya pada masa lapang. Walaupun sudah setahun lebih saya
mempelajarinya, saya masih belum dapat menguasai teknik potongan yang
betul," ujar Muhamad Nor Syafik Yahya, 26, yang merupakan salah seorang
pelajar yang menyertai bengkel kirigami di Galeri Seni, Shah Alam
baru-baru ini.

Menurut Syafik, walaupun menghasilkan kirigami yang ringkas, ia
menuntut tahap kreativiti dan imaginasi yang tinggi. Jika tersalah
memotong kertas, karya itu dikira rosak dan perlu dibuat baharu.

"Saya mengetahui teknik potongan kertas yang membentuk pelbagai corak
ini sejak kecil. Namun, saya tahu ia dipanggil kirigami setelah
menyertai kumpulan di Facebook yang mengumpulkan peminat-peminat karya
tersebut baru-baru ini.

"Facebook itu juga banyak membantu dalam pengembangan idea saya untuk
menghasilkan kirigami. Mereka sentiasa memuat naik karya yang telah
dihasilkan dengan kaedah-kaedah pemotongan kertas yang betul. Ia juga
amat berguna sebagai panduan saya," ujar pelajar jurusan ijazah doktor
falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi
Mara (UiTM), Shah Alam itu.

Syafik merupakan salah seorang daripada 10 remaja yang menuntut ilmu
kirigami bersama seorang guru iaitu Alonzo Abu Bakar di Galeri Seni itu
sempena Pameran Lukisan Pensel Warna 2013 pada hujung Mac lalu.



ALONZO menunjukkan karya kirigami berbentuk Stadium Stamford Bridge, Chelsea yang telah ditempah oleh pelanggan.




Melihat kepada keunikan empunya nama, minat Alonzo juga ternyata
tidak sama seperti kebanyakan orang. Selain mengajar teknik pembuatan
karya kirigami, dia juga menjadikan karya tersebut sebagai sumber
pendapatan bulanannya.

Tutorial YouTube

Menurut Alonzo, ramai yang masih keliru mengenai dua karya yang berasal dari Jepun iaitu kirigami dan origami.

"Kirigami bermaksud teknik pemotongan yang dihasilkan dengan
menggunakan sehelai kertas manakala origami pula ialah teknik lipatan
kertas. Selain itu, kirigami juga dipanggil origami seni bina kerana
setiap karya yang dihasilkan mempunyai elemen seni bina.

"Uniknya mengenai karya kirigami ialah ia kelihatan berbentuk tiga dimensi walaupun hanya menggunakan sekeping kertas," ujarnya.

Walaupun hanya belajar dan memahami teknik potongan kertas itu
kira-kira lapan bulan lalu, Alonzo ternyata mahir dalam segenap aspek
pembuatan kirigami.

Pada awalnya, minatnya timbul sejak dia mula menonton tutorial
kirigami melalui YouTube. Selepas itu, dia perlahan-lahan mencuba dan
tidak menyangka minat itu telah memberi rezeki kepadanya untuk membuka
bisnes, POpUp Cards 4U.

"Bagi kanak-kanak mahupun golongan dewasa yang meminati kirigami,
anda harus mencuba memotong sehelai kertas sehingga ia terbentuk sebuah
tangga. Langkah itu merupakan teknik asas kirigami. Sekiranya berjaya
menghasilkan tangga itu, ia tidak menjadi masalah kepada anda untuk
menghasilkan reka bentuk yang lebih sukar," ujarnya.



CETUSAN idea Alonzo untuk menghasilkan karya kirigami berbentuk menara condong Pisa turut mendapat perhatian.




Jelas Alonzo, rakyat Malaysia ternyata kurang mendapat pendedahan mengenai penghasilan karya kirigami berbanding di negara lain.

Di Jepun dan kebanyakan negara Barat serta Eropah, kirigami di sambut
baik dalam kalangan masyarakat di sana. Pameran mengenai hasil karya
teknik lipatan kertas merupakan salah satu cara mereka mempromosikan
seni tersebut kepada orang ramai.

"Seperti di Itali, poskad dan buku menu di kebanyakan restoran di
negara itu menggunakan elemen-elemen kirigami sekali gus berjaya
menangkap perhatian pengunjung," jelas bapa kepada seorang cahaya mata
itu.

Sementara itu, pemilik pusat kesenian dan kraf anak-kanak Da Vinci
Creative Kids Taman Damai Utama, Puchong, Lu Wei Yin, 34, memberitahu,
penghasilan karya kirigami mampu menjana kreativiti dalam membantu
tumbesaran pemikiran kanak-kanak.

Menurutnya, kirigami juga menjadikan kanak-kanak menghargai sekeping
kertas dan menggunakannya sebaik untuk menghasilkan karya seni.

"Penghasilan kirigami juga membantu kanak-kanak mempertingkatkan
kemahiran pemikiran individu dan berkumpulan. Melalui teknik potongan
kertas, mereka juga dituntut untuk berfikir mengenai bentuk-bentuk yang
akan dihasilkan.

"Apabila kertas itu siap dipotong, bentuk tiga dimensi yang terhasil
pasti akan menarik minat kanak-kanak. Kehadiran saya dan kanak-kanak di
Pameran Lukisan Pensel Warna ini telah memberi idea kepada saya untuk
membawa sukatan pelajaran kirigami ke Da Vinci Creative Kids," ujar Wei
Yin ketika ditemui Kosmo! pada pameran itu baru-baru ini.



CANTUMAN kertas yang berbentuk bebola ini merupakan antara karya yang paling sukar untuk dihasilkan.




Ketika ditanya mengenai idolanya dalam karya kirigami, tanpa berfikir
panjang Alonzo menamakan Professor Masahiro Chatani merupakan antara
pelopor awal yang menghasilkan teknik lipatan kertas terbaik di dunia.

Karya kirigami

Alonzo ternyata komited dan serius dalam bidang yang diceburinya
sejak lapan bulan lalu. Sehingga kini, dia berjaya menghasilkan pelbagai
karya kirigami untuk dijual kepada yang berminat.

Dengan kemahiran yang ada, dia menjadikan karya kirigami dengan olahan yang lebih menarik. Ia dikenali sebagai kad Popup.

Kad Popup sama seperti kirigami tetapi ia menggunakan gam untuk
menampal karya itu di atas sekeping kad. Hasilnya dapat dilihat jika kad
itu dibuka.

Selain itu, setiap karya kad Popup Alonzo dihasilkan atas permintaan mereka yang berminat dan setiap rekaannya pula eksklusif.

Sehingga kini, Alonzo telah menghasilkan pelbagai bentuk kad Popup.
Antara rekaan yang menarik ialah bentuk Menara Pisa di Italy, Stadium
Old Trafford, Manchester, Menara Eiffel, Perancis, Masjidil Haram dan
Kaabah, Mekah.

Menurutnya, penghasilan kad Popup Stadium Nou Camp, Barcelona, untuk
simpanannya sendiri menuntut kesabaran yang tinggi kerana ia memerlukan
imaginasi yang tinggi dalam pemotongan setiap penjuru karya itu.

"Harga yang ditetapkan oleh syarikat saya pada setiap kad juga
berlainan. Ia berbeza mengikut saiz dan bentuk yang dihasilkan,"
ujarnya,

POpUp Cards 4U diterajui oleh Alonzo sendirian dan syarikat tersebut
juga menjual pelbagai jenis kad Popup mengikut permintaan pelanggan.

Selain kelengkapan asas untuk memotong kertas, Alonzo juga
menggunakan mesin Craft Robo untuk membantunya memotong kertas dengan
cepat dan mudah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0511&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2SyDIuzN8

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum