Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Selangor kongsi mata dengan Perak

View previous topic View next topic Go down

Selangor kongsi mata dengan Perak

Post by Park Deen on Sat May 11, 2013 10:33 am





Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


PENYERANG Selangor, Amri Yahyah
(tengah) dihalang dua pertahanan Perak pada aksi yang berlangsung di
Stadium Shah Alam malam tadi. Kedua-dua pasukan seri 1-1.




PEMAIN gantian Selangor, Mohd. Raimi Md. Nor menyelamatkan maruah
Gergasi Merah apabila meledak gol penyamaan ketika mengikat Perak 1-1
pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.

Keputusan itu sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim dalam saingan liga musim ini.

Seperti yang diramalkan, Selangor yang melakukan rombakan kecil
dengan tidak menyenaraikan kapten, Mohd, Asraruddin Putra Omar,
dikejutkan dengan beberapa percubaan bahaya daripada jentera serangan
Perak yang diketuai penyerang import, Paulo Rangel sebaik permainan
separuh masa pertama bermula.

Skuad kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah yang mempamerkan corak
permainan lebih tersusun dan rapi itu, mengejutkan pasukan tuan rumah
menerusi jaringan cantik yang disempurnakan Mohd. Noor Hazrul Mohd.
Mustafa pada minit ke-18.

Ia berpunca daripada sepakan percuma daripada luar kotak penalti dan
Hazrul bijak menyudahkannya, menewaskan penjaga gol Gergasi Merah, Mohd.
Sharbinee Allawee Ramlee.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Selangor kembali mengasak benteng
pertahanan lawan dan hampir berjaya menyamakan kedudukan, namun
tendangan percuma menerusi K. Gurusamy berjaya didakap kemas oleh
penjaga gawang Perak, Farizal Marlias.

Bersambung babak kedua, strategi Irfan yang mengeluarkan S. Kunanlan
dan digantikan Mohd. Fitri Shazwan nyata memberikan kesan kepada benteng
pertahanan Skuad Seladang.

Begitupun, penjaga gol Perak, Farizal terlalu kebal untuk ditewaskan yang menutup kemas gawangnya daripada dibolosi.

Perak terpaksa meneruskan permainan dengan sepuluh pemain pada
penghujung perlawanan ekoran pemain pertahanan import, Rafeal Souza
dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-89.

Gergasi Merah yang terdesak memburu gol penyamaan, akhirnya berjaya
menyamakan kedudukan menerusi Raimi yang bijak memanfaatkan hantaran
daripada penyerang veteran, Mohd. Amri Yahyah pada masa kecederaan untuk
menjadikan kedudukan 1-1.

Dalam satu lagi perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, tuan rumah, Negeri Sembilan tewas 0-3 kepada Kelantan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0511&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2Sy0PdEjg

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum