Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Sime Darby tumbang

View previous topic View next topic Go down

Sime Darby tumbang

Post by Park Deen on Sat May 11, 2013 10:18 am





Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my


BOBBY (kanan) menjaringkan gol
kemenangan Sarawak pada aksi menentang Sime Darby di Stadium Negeri,
Petra Jaya malam tadi. Pada perlawanan tersebut, Sarawak menang 1-0.




SARAWAK kini merampas kedudukan pendahulu Liga Premier daripada Sime
Darby apabila berjaya mengalahkan lawan mereka itu 1-0 pada aksi yang
berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi.

Penyerang sensasi, Bobby Gonzales muncul wira Sarawak apabila
menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-19 menerusi aksi ‘tandukan
terbang’ selepas menerima hantaran daripada Zamri Morshidi.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad Bujang Senang yang sebelum ini
menduduki tangga kedua liga menerajui carta dengan kelebihan satu mata
berbanding Sime Darby.

Selepas 16 perlawanan, Sarawak kini mengumpul 40 mata manakala Sime Darby kekal dengan 39 mata.

Ini merupakan kemenangan ke-12 buat skuad kendalian Robert Alberts,
sekali gus mengekalkan rekod bersih tanpa kalah di gelanggang sendiri
musim ini.

Bagaimanapun dalam tempoh 10 minit pertama, pasukan pelawat dilihat
mendominasi perlawanan dengan melancarkan serangan bertali-arus.

Namun, benteng pertahanan yang diterajui Ronny Harun, Rames Lai dan Mohd. Hairol Mokhtar gagal ditembusi penyerang lawan.

Tersentak dengan gerakan pasukan lawan, Sarawak mula melancarkan
serangan balas, dan mereka berjaya mencemaskan pintu gol Sime Darby
menerusi gerakan pantas penyerang import, Muamer Salibasic dan Bobby,
namun percubaan mereka tidak menemui sasaran.

Kerja keras pasukan tuan rumah akhirnya berbalas pada minit ke-19
apabila Bobby bijak menyambar hantaran Zamri dengan tandukan kemas, yang
terus menerjah ke gawang lawan bagi membolehkan mereka mendahului 1-0.

Aksi pada separuh masa kedua, sekadar menyaksikan peluang yang
dicipta oleh kedua-dua pasukan gagal menemui sasaran ekoran penyudah
yang lemah.

Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan bagi membolehkan Sarawak mengambil alih sebagai pendahulu Liga Premier.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0511&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2SxwS4w22

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum