Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Mohd Amri Yahyah

View previous topic View next topic Go down

Mohd Amri Yahyah

Post by Park Deen on Fri Jan 20, 2012 11:13 am

Tekad Amri

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

KAPTEN Selangor, Mohd Amri Yahyah yang memburu hadiah hari lahirnya
pada perlawanan menentang Sarawak, menggesa rakan sepasukan memberikan
sepenuh tumpuan terhadap kekuatan dimiliki mereka apabila melayan
kunjungan skuad Ngap Sayot itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam
esok.

Walaupun sedar kehadiran penyerang import amat diperlukan Merah
Kuning, pemain yang mewakili Selangor sejak 2001 itu percaya kemampuan
rakan sepasukannya yang mempunyai pengalaman luas dalam kancah tempatan
dan antarabangsa mampu membantu mereka mencatat kemenangan.

“Paling
penting semua pemain yang bakal diturunkan tidak boleh leka seperti
yang berlaku ketika menentang Felda United, Selasa lalu. Malah akibat
melepaskan jaringan awal, kami gagal mencari gol penyamaan kerana setiap
pemain lawan turun berkubu di gawang sendiri hingga memaksa kami pulang
hampa.

“Setiap pasukan yang ditentang musim ini tidak boleh diambil mudah
walaupun ia berstatus kelab mahupun yang baru menyertai Liga Super
seperti Sarawak,” katanya yang bakal menyambut hari lahir ke-31.

Pemain
tengah yang diletakkan sebagai penyerang itu bagaimanapun menegaskan
moral rakan sepasukan tidak terjejas berikutan kekalahan mengejut itu
malah sudah kembali bersemangat mencipta kemenangan.

“Mungkin
ia juga perlawanan pertama kami beraksi pada sebelah petang berbanding
lawan yang sudah biasa. Namun ia bukanlah alasan dengan pemain kini
bersemangat untuk mencipta kemenangan kedua,” katanya.

Selangor yang dikendalikan Irfan Bakti Abu Salim hanya mencatatkan
satu kemenangan selepas mengharungi tiga perlawanan dan kini berada di
pertengahan liga manakala Sarawak tewas pada dua perlawanan terakhir
walaupun mempamerkan persembahan mantap menewaskan Kuala Lumpur 2-0
dalam aksi pembukaan Liga Super awal bulan
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum