Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Johor DT bernafsu besar

View previous topic View next topic Go down

Johor DT bernafsu besar

Post by Park Deen on Sun Apr 21, 2013 3:12 am





Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my


KEHADIRAN Nunez memberi impak yang besar kepada Johor DT.




SELEPAS mencatat tiga kemenangan berturut-turut, pengendali Johor
Darul Takzim (Johor DT), Fandi Ahmad yakin pasukan itu sudah mendapat
momentum sebenar untuk terus melakar kejayaan pada saingan Liga Malaysia
(Liga M) musim ini.

Johor DT mara ke pusingan separuh akhir Piala FA selepas
menyingkirkan Selangor di Stadium Shah Alam, Selasa lalu dan kelmarin,
skuad Harimau Selatan itu melonjak ke tangga teratas Liga Super apabila
menewaskan Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Johor DT turut menewaskan Terengganu dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 12 April lalu.

Fandi berkata, anak-anak buahnya kini jelas mempunyai keinginan yang
besar untuk memburu kemenangan namun harus mempelbagaikan kreativiti
dalam permainan supaya mampu menghasilkan lebih banyak gol pada
perlawanan seterusnya.

"Kemenangan ini (kelmarin) bukan hadir dengan mudah kerana pemain
harus bekerja keras dan Pahang juga merupakan sebuah pasukan yang bagus.

"Apa yang pasti, kemenangan ketiga berturut-turut ini menambah
keyakinan pemain untuk terus mengekalkan momentum kejayaan. Mereka juga
harus meningkatkan prestasi masing-masing," katanya kepada pemberita
pada sidang akhbar selepas perlawanan kelmarin.

Jelas Fandi, kejayaan berturut-turut Johor DT juga banyak dibantu
empat pemain yang diambil dari sebuah lagi pasukan di bawah Persatuan
Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) iaitu Andre Da Silva, Mohd. Farid Ramli,
Muhammad Nazri Ahmad dan Jasazrin Jamaludin.

Kehadiran pemain import baharu dari Argentina, Leonel Jorge Nunez turut memberi impak besar dalam pasukan.

Katanya, pemain berusia 29 tahun itu mempunyai penyudah luar biasa
dan mampu membuat hantaran menarik kepada rakan-rakan sepasukan.

"Saya gembira dia mampu bermain lebih 70 minit pada perlawanan tadi
(kelmarin) dan lebih penting, dia mengotakan janjinya untuk menjaringkan
gol.

"Namun, dia tahu saya ingin dia menurunkan berat badan antara lima
hingga tujuh kilogram kerana lebih 'slim', dia pasti akan lebih hebat.
Sehingga kinipun, dia sudah turun sebanyak tiga kilogram," katanya.

Dalam pada itu, Fandi mengesahkan Zaquan Adha Abdul Razak tidak akan
dapat beraksi sehingga akhir musim kerana menjalani pembedahan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0421&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2R3I7lyGy

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum