Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

LIONS XII RAMPAS TAKHTA

View previous topic View next topic Go down

LIONS XII RAMPAS TAKHTA

Post by Park Deen on Sun Apr 21, 2013 3:10 am







PENYERANG import baharu T-Team,
Damir Ibric (dua dari kanan) diasak pemain Perak pada aksi Liga Super
di Stadium Sultan IsmailNasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.




LIONS XII kembali memimpin kedudukan teratas Liga Super selepas
menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-1 di Stadium Jalan Besar,
Singapura malam tadi.

Kejayaan meraih tiga mata penuh itu sudah cukup buat Lions XII untuk
menghuni tangga teratas selepas mengumpul 27 mata, sekali gus memintas
Johor Darul Takzim (Johor DT) dengan kelebihan dua mata.

Penyerang Lions XII, Shahfiq Ghani muncul wira apabila menjaringkan
dua gol iaitu pada minit ke-27 dan ke-71 untuk menewaskan skuad The
Gladiators.

Pada aksi tersebut, Shahfiq mula mencuri tumpuan apabila
menyempurnakan hantaran lintang kapten pasukan, Shahril Ishak untuk
mendahului 1-0.

Gol kedua Lions XII pula disumbangkan oleh Shahril menerusi sepakan
penalti selepas pertahanan ATM, Amirizwan Taj Tajuddin mengasari Nazrul
Nazari pada masa kecederaan babak pertama.

Penyerang import ATM, Marlon Alex James mula merapatkan jurang pada
minit ke-61 namun ia tidak bertahan lama apabila Shahfiq meledakkan gol
ketiga Lions XII 10 minit kemudian.

Sementara itu, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala
Terengganu, sentuhan berbisa jurulatih pengganti skuad T-Team, Che Ku
Marzuki Che Ku Mohd. Noor berjaya menamatkan kemarau kemenangan pada
saingan Liga Super dengan menumpaskan Perak 2-0.

Pada perlawanan itu, pemain sayap T-Team, Ahmad Takhiyuddin membuka
tirai jaringan melalui rembatan kencang hasil lorongan Azrul Hazran pada
minit ke-34 sebelum Abdul Latif Suhaimi menambah gol kedua pada minit
ke-75.

Di Stadium Petaling Jaya, Terengganu meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Felda United 2-1.

Pada aksi tunggal Liga Premier, tuan rumah, Sarawak mencatat kemenangan 2-0 ke atas Perlis di Stadium Negeri Kuching.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0421&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2R3HjSUye

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum