Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Harimau Muda gagal lunas dendam

View previous topic View next topic Go down

Harimau Muda gagal lunas dendam

Post by Park Deen on Fri Apr 19, 2013 11:46 am





Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


IRFAN menjaringkan gol pembukaan Harimau Muda ketika tewas 2-3 kepada MSK Zilina kelmarin.




DENDAM Harimau Muda terhadap kelab Slovakia, MSK Zilina masih belum berbalas.

Selepas dikecewakan Zilina dengan kekalahan 1-4 sebelum ini, skuad
kendalian Ong Kim Swee gagal menebus kekecewaan itu apabila sekali lagi
tumpas 2-3 kepada lawan yang sama kelmarin.

Kekalahan itu juga menyaksikan skuad muda negara masih gagal memburu
kemenangan sulung sepanjang 'berguru' di Eropah kali ini apabila
dibelasah 1-7 oleh skuad bawah 21 tahun (B-21) Georgia, selain sekadar
melakar keputusan seri 1-1 serta 0-0 dengan skuad B-19 Slovakia dan B-19
Norway sebelum ini.

Meskipun tewas kelmarin, Kim Swee memuji kebangkitan semangat juang pemainnya, terutamanya pada babak kedua.

"Tewas kali kedua kepada Zilina di tempat lawan, namun prestasi yang lebih yakin ditunjukkan pemain kali ini.

"Kesungguhan dan pergerakan yang lebih teratur pada separuh masa
kedua berjaya menghasilkan dua gol," kata Kim Swee menerusi Twitter
peribadinya semalam.

Dalam aksi kelmarin, gol-gol Harimau Muda dicetak kapten pasukan, Irfan Fazail dan Muhammad Ferris Danial Mat Nasir.

Justeru, Kim Swee mahu anak-anak buahnya mempelajari sesuatu
menjelang misi utama mempertahankan pingat emas temasya Sukan SEA di
Myanmar, Disember depan.

"Corak permainan yang konsisten, konsentrasi, disiplin dan kekuatan
fizikal dan mental merupakan antara ciri untuk kita berjaya pada
peringkat yang lebih tinggi.

"Kefahaman tentang aspek taktikal amat penting buat setiap pemain
apabila menghadapi situasi berbeza dalam setiap perlawanan," kata Kim
Swee.

Untuk rekod, siri ujian persahabatan itu merupakan medan pemanas
badan skuad muda negara sepanjang berguru selama lima bulan di Slovakia
sebagai persiapan awal mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA
2013.

Mereka dijangka mengadakan beberapa ujian persahabatan lagi di sana
selepas ini apabila hanya kembali ke tanah air sebelum Aidilfitri.

Selain dijadualkan mengharungi Pestabola Merdeka, (Ogos), Harimau
Muda juga membawa cabaran negara dalam temasya Sukan Universiti Dunia
(Universiade) 2013 di Kazan, Rusia dari 6 hingga 17 Julai depan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2QtgWCBE6

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum