Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kelantan, Sime Darby tak senasib

View previous topic View next topic Go down

Kelantan, Sime Darby tak senasib

Post by Park Deen on Wed Apr 17, 2013 3:01 am





Laporan NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM, NAN HIDAYAT NAN AZMIE dan FIRDAUS HASSAN
sukan@kosmo.com.my


PENYERANG Selangor, Francis Forkey
Doe (tengah) diasak pemain Johor DT pada aksi suku akhir kedua Piala FA
di Stadium Shah Alam malam tadi.




SKRIP berbeza menimpa finalis musim lalu, Kelantan dan Sime Darby
sebaik aksi suku akhir kedua Piala FA melabuhkan tirainya malam tadi.

Tampil selaku juara bertahan, Kelantan tidak berdepan masalah
membenam cabaran Sarawak 2-0 di Stadium Negeri, Petra Jaya, sekali gus
mara dengan agregat 4-1.

Pada perlawanan itu, kedua-dua gol skuad The Red Warriors diperoleh
masing-masing satu menerusi Indra Putra Mahayuddin dan Nor Farhan
Muhammad pada minit ke-19 dan ke-41.

Namun, kemenangan itu terpaksa dibayar dengan harga tinggi selepas
Kelantan terpaksa melupakan khidmat Shakir Shaari yang dilayangkan kad
merah selepas mengasari Joseph Kalang Tie pada minit ke-75.

Kelantan bakal melayan kunjungan seteru setempat, Terengganu di laman sendiri pada aksi separuh akhir pertama 25 Mei depan.

Sementara itu, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, naib juara
musim lalu, Sime Darby gagal meneruskan kemaraan buat kali ini sebaik
ditumpaskan Pahang menerusi agregat 0-2.

Penyerang import baharu skuad Tok Gajah, Matias Conti dari Argentina
muncul wira pelawat apabila meledak kedua-dua gol pada minit ke-75 dan
80.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada aksi suku akhir pertama minggu lalu.

Dengan keputusan itu, Pahang yang melengkapkan penguasaan tiga
pasukan dari Pantai Timur, bakal berdepan Johor Darul Takzim di tempat
lawan pada aksi separuh akhir pertama nanti.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, juara
edisi 2011, Terengganu mengulangi pencapaian mara ke separuh akhir
seperti musim lalu apabila menewaskan Negeri Sembilan dengan kemenangan
bergaya 3-0.

Skuad Penyu mara dengan agregat 6-1 selepas terlebih dahulu melakar
kemenangan selesa 3-1 dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Tuanku
Abdul Rahman, Paroi minggu lalu.

Pada aksi petang semalam, Mohd. Ashaari Shamsuddin berjaya memecah
kebuntuan pada minit ke-25 sebelum penyerang import, Jean-Emmanuel Effa
Owona menggandakan kelebihan Sang Penyu pada minit ke-54.

Hasrat skuad Rusa untuk menghidupkan sisa-sisa peluang akhirnya
terkubur apabila Effa Owona tenang menyempurnakan sepakan penalti pada
minit ke-71 untuk kemenangan bergaya tuan rumah.

Di Stadium Shah Alam, Johor Darul Takzim berjaya mengecewakan juara
lima kali, Selangor apabila menang menerusi pe- nentuan sepakan penalti
4-2.

Penjaga gol pelawat, Al-Hafiz Hamzah muncul wira apabila berjaya
menggagalkan sepakan dua pemain Selangor, Mahalli Jasuli dan K.
Gurusamy.

Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat menerusi agregat 3-3 sebaik masa sebenar perlawanan tamat.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0417&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2QfrgJmeg

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum