Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kelantan waspada ancaman Sarawak

View previous topic View next topic Go down

Kelantan waspada ancaman Sarawak

Post by Park Deen on Fri Apr 05, 2013 5:50 am





Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


BADHRI (tengah) mengingatkan rakan sepasukannya agar tidak memandang mudah aksi menentang Sarawak di Kota Bharu malam esok.




KELANTAN perlu mempamerkan corak permainan seperti ketika mereka
membenam cabaran SHB Da Nang pada aksi Piala AFC, Selasa lalu apabila
dijadualkan melayan kunjungan Sarawak pada saingan suku akhir Piala FA
di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu malam esok.

Ketua pasukan, Badhri Radzi memberitahu, atas kertas, The Red
Warriors selaku penyandang juara sudah pastinya menjadi pasukan pilihan
untuk memenangi perlawanan berkenaan namun beliau tidak mahu rakan-rakan
lain terlalu dibuai dengan pencapaian musim lalu.

Menurutnya, berada dalam kelompok dua pasukan teratas Liga Premier
dan mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini, membuktikan bahawa
Sarawak merupakan sebuah pasukan yang tidak boleh dipandang mudah
terutama ketika saingan memasuki peringkat suku akhir.

“Walaupun beraksi dalam Liga Premier, tahap permainan Sarawak
setanding dengan pasukan Liga Super, tidak mudah untuk menundukkan
mereka. Sebelum ini kita telah beberapa kali menentang mereka, dan
setiap kali pertemuan, ia perlawanan yang sukar untuk kita.

“Mengambil mudah cabaran Sarawak ketika aksi di tempat sendiri
bermakna kita menempah laluan sukar kerana mereka cukup kebal apabila
bermain di gelanggang sendiri untuk aksi timbal balas. Saya fikir semua
pemain perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan itu,”
katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, gol awal mungkin akan memberikan kelebihan kepada
pasukannya untuk memberikan tekanan kepada pasukan Sarawak selain perlu
menjaringkan lebih daripada dua gol serta mempertahankan gawang daripada
dibolosi untuk menjamin bekalan selesa ketika bertandang ke Kuching
nanti.

Katanya, beliau dan rakan sepasukan kini sedang fokus untuk
menyingkirkan Sarawak terlebih dahulu sebelum memikirkan lawan yang akan
ditentang pada saingan separuh akhir nanti.

“Sama ada Negeri Sembilan atau Terengganu yang akan kita jumpa di
separuh akhir itu tak penting. Ini bukan masa yang sesuai untuk kita
fikirkan perkara itu, apa yang penting kita perlu selesaikan perlawanan
satu persatu.

“Saya fikir Sarawak akan turun dengan aksi terbaik mereka. Mereka
adalah sebuah pasukan yang kuat musim ini terutama dengan kombinasi
pemain yang ada seperti Joseph Kalang Tie, Mafri Balang, dan ketua
pasukan mereka, Guy Bwele,” ujarnya.

Jelasnya, Joseph Kalang mempunyai kekuatan yang tersendiri terutama
menghidupkan jentera tengah selain mampu melakukan percubaan yang
berbahaya selain penyerang import Sarawak, Ivan Babic yang belum
diketahui sejauh mana keupayaan yang mampu memusnahkan impian Kelantan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0405&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz2PYNHbNLk

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum