Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Nasib Borji, Klechkaroski ditentukan minggu depan

View previous topic View next topic Go down

Nasib Borji, Klechkaroski ditentukan minggu depan

Post by Park Deen on Sat Mar 30, 2013 9:23 am







BORJI (dua dari kiri) dan Klechkaroski (dua dari kanan) masih gagal menampilkan aksi terbaik bersama Pahang musim ini.




NASIB pemain import Pahang, Mohamed Borji dari Maghribi dan Nikol
Klechkaroski dari Macedonia akan ditentukan pada minggu hadapan, lapor
SHAHRULANOOR ISHAK.

Pengurus pasukan, Datuk Che Nasir Salleh berkata, ia berikutan
prestasi kedua-dua penyerang tersebut yang masih gagal mencapai tahap
yang dikehendaki.

"Sudah sampai separuh musim tetapi kedua-dua mereka masih berada di bawah tahap yang kami inginkan.

"Juga sudah sampai waktu untuk kami membuat keputusan ke atas mereka.

"Selama ini mereka tidak banyak membantu pasukan selain gagal
bergandingan dengan pemain-pemain tempatan ketika berada di atas
padang," kata beliau semasa dihubungi pemberita di Kuantan semalam.

Che Nasir menambah, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) kini
sedang menimbang untuk mengambil khidmat pemain import baharu bagi
menggantikan Borji dan Klechkaroski.

Tambah beliau, seramai tiga pemain masing-masing dari Brazil, Jamaica
dan New Zealand sedang dipertimbang PBNP sejak beberapa minggu lalu.

"Ketiga-tiga pemain itu beraksi di posisi penyerang dan pertahanan. Kami bercadang untuk membawa masuk dua daripada mereka.

"Jika PBNP berpuas hati dengan prestasi mereka, kemungkinan urusan
membawa masuk pemain-pemain itu akan diselesaikan pada minggu hadapan,"
katanya.

Mengulas perlawanan menentang T-Team di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini, Che Nasir berkata, skuad
Tok Gajah masih kekal dengan semangat untuk membawa pasukan itu ke
tangga terbaik Liga Super.

"Pasukan sudah lama berehat dan setiap pemain kini berada pada kondisi terbaik untuk menghadapi T-Team.

"Kami juga masih kekal dengan semangat untuk membawa Pahang di tangga yang membanggakan dalam liga," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0330&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz2P0ABFKVa

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum