Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kim Swee masih belum 'panik'

View previous topic View next topic Go down

Kim Swee masih belum 'panik'

Post by Park Deen on Sat Mar 30, 2013 9:19 am





Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
PENGENDALI Harimau Muda, Ong Kim Swee masih enggan menekan ‘butang panik’.

Biarpun anak-anak buahnya menerima tamparan awal sebaik dibelasah 1-7
oleh skuad Bawah 21 tahun (B-21) Georgia di Vienna, Austria pada Selasa
lalu, Kim Swee menganggap ia sebagai pengajaran berguna buat skuad muda
negara.

“Kekalahan kepada Georgia tempoh hari akan dijadikan iktibar buat Harimau Muda.

“Ia akan membantu kami memperbaiki kelemahan dan akan berusaha lebih
gigih selepas ini,” kata Kim Swee menerusi Twitter peribadinya semalam.

Sebelum ini skuad Harimau Muda juga sekadar terikat 1-1 dengan skuad B-19 Slovakia minggu lalu.

Perlawanan itu merupakan medan pemanas badan skuad muda negara
sepanjang berguru selama lima bulan di Slovakia sebagai persiapan awal
mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar,
Disember depan.

Mengulas lanjut, Kim Swee memberitahu fokus anak-anak buahnya tidak
terjejas dengan kekalahan itu dan kembali menyambung sesi latihan.

“Setiap usaha dan sikap ingin memperbaiki kelemahan bagi semua pemain
pastinya akan mendatangkan keputusan positif pada masa depan,” katanya.

Selepas ini, Harimau Muda bakal meneruskan aksi persahabatan
menentang kelab Slovakia, Zilina di Vion pada 3 April depan sebelum
berdepan B-19 Norway di Budapest tiga hari kemudian.

Dalam pada itu, perkhabaran gembira menyelubungi dua tonggak Harimau
Muda, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim Che Hashim yang tidak
berdepan masalah ketika menjalani latihan bersama kelab divisyen tiga
Jepun, FC Ryukyu di Okinawa semalam.

Untuk rekod, kedua-dua pemain itu tidak turut serta berlepas ke
Slovakia baru-baru ini kerana menyertai FC Ryukyu dengan kontrak selama
dua tahun.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0330&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2P0807eVN

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum