Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kay Kim dijemput ke Wisma FAM

View previous topic View next topic Go down

Kay Kim dijemput ke Wisma FAM

Post by Park Deen on Sat Mar 30, 2013 9:11 am





Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
“JIKA berminat dengan bola sepak, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
bersedia untuk menjemput Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
menghadiri satu taklimat di Wisma FAM Kelana Jaya.”

Demikian respons Setiausaha FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengenai
pandangan Kay Kim yang menyifatkan persatuan bola sepak negara itu
dilihat ‘hilang’ arah tuju dalam pembangunan bola sepak tempatan.

Azzuddin memberitahu, FAM bersedia untuk bersemuka dengan Kay Kim bagi menjelaskan mengenai sistem pengurusan FAM.

Jelasnya, beliau menganggap pendekatan tersebut lebih ideal berbanding ‘menyerang’ FAM tanpa usul periksa.

“Saya menghormati Kay Kim sebagai pengkritik sukan dan tokoh sejarah.
Saya berpendapat isu ini dapat diselesaikan sekiranya Kay Kim datang ke
Wisma FAM dan mendengar penjelasan mengenai sistem kami.

“Justeru, FAM berbesar hati untuk menjemput Kay Kim menghadiri satu taklimat mengenai bola sepak.

“Saya berharap beliau akan dapat memberikan komen-komen lebih membina
selepas ini sekiranya menghadiri taklimat yang disediakan khas
untuknya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Akhbar tempatan semalam melaporkan Kay Kim menasihati FAM supaya
tidak terlalu ‘kejam’ untuk menghukum individu-individu yang menegur
sistem pengurusan FAM bagi memartabatkan bola sepak negara.

Sementara itu, Azzuddin turut mengulas lanjut mengenai pihak-pihak
yang mendakwa FAM merupakan persatuan yang ‘kejam’ selepas bertindak
untuk menyiasat ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K.
Rajagobal.

Rajagobal didakwa melanggar Artikel 88 Statut FAM apabila dikatakan
mengkritik Liga Malaysia (Liga M) dengan mengeluarkan kenyataan skuad
negara tiada penyerang semula jadi akibat lambakan penyerang import
dalam saingan domestik pada 17 Mac lalu.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan itu sebaik Harimau Malaya tewas
1-4 kepada Arab Saudi dalam satu aksi pemanas badan di Stadium Shah
Alam.

“Kenapa mesti salahkan FAM (berhubung kes Rajagobal)? Sedangkan
komuniti (Jawatankuasa) Tatatertib FAM merupakan badan bebas yang
langsung tidak melibatkan ahli-ahli FAM.

“Kepada pengkritik-pengkritik di luar sana, usah bercakap jika anda
tidak mengetahui perkara sebenar dan mereka (Jawatankuasa Tatatertib
FAM) hanya menjalankan tanggungjawab mereka. Sekiranya tiada kes, maka
Rajagobal tidak akan dikenakan sebarang hukuman,” katanya

Dalam perkembangan lain, Azzuddin tidak berminat untuk melayan
desakan satu gerakan penyokong bola sepak tempatan yang mengelarkan diri
mereka sebagai ‘Presiden FAM Sila Letak Jawatan (PFSLJ)’ untuk
memberikan maklum balas mengenai lima permasalahan yang dikemukakan
sejak tiga bulan lalu.

“Siapakah mereka (PFSLJ)? Apa yang mereka hendak tahu mengenai FAM?
Mereka boleh bercakap apa sahaja tetapi pihak kami tidak akan memberikan
sebarang maklum balas.

“Saya tidak tahu bagaimana isu ini boleh timbul tetapi mereka
mendapatkan maklumat-maklumat dari ahli atau bekas pegawai FAM yang
sering mengambil kesempatan terhadap badan induk ini,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan, PFSLJ telah mengemukakan lima permasalahan
kepada FAM sejak tiga bulan lalu namun tiada sebarang respons.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0330&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2P06sh1Hs

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum