Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kelantan calar ego ATM

View previous topic View next topic Go down

Kelantan calar ego ATM

Post by Park Deen on Sat Mar 30, 2013 9:09 am







MARLON (tengah) meledakkan dua gol
ketika ATM tewas 2-3 kepada Kelantan di Stadium Tuanku Abdul Rahman,
Paroi, Negeri Sembilan malam tadi.




JUARA bertahan Liga Super, Kelantan mengutip tiga mata penuh selepas
menundukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 dalam satu aksi penuh
dramatik di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan malam
tadi.

Skuad kendalian Bojan Hodak membuka tirai jaringan menerusi Indra
Putra Mahayuddin dan Keita Mandjou masing-masing pada minit ke-28 dan
31.

Begitupun, peledak berbisa skuad The Gladiators, Marlon Alex James menyamakan kedudukan selepas menjaringkan dua gol pada minit ke-53 dan 67.

Penyerang gantian The Red Warriors, Norfarhan Muhammad muncul
sebagai wira apabila bijak memperdayakan penjaga gol ATM, Farizal Harun
untuk menjaringkan gol kemenangan pasukan pelawat pada masa kecederaan.

Kekalahan ATM itu memberi ruang kepada Selangor yang seri 1-1 dengan
Felda United di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya petang semalam
untuk mengambil alih status selaku pendahulu Liga Super.

Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim tetap berpuas hati dengan
persembahan barisan pemain Gergasi Merah yang sekadar berkongsi satu
mata dengan Felda.

Selangor terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Adib Aizuddin Ab
Latif dilayangkan kad merah pada minit ke-63 selepas mengasari pemain
tengah Felda, Amar Rohidan.

Ketiadaan penyerang import, Francis Forkey Doe yang beraksi bersama
skuad kebangsaan Liberia memberikan kesan kepada jentera serangan
Gergasi Merah.

Pada aksi tersebut, penyerang import Felda, Carlos Junior
menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-24 sebelum Amri
Yahyah menyamakan kedudukan berselang tiga minit kemudian.

"Forkey mengalami masalah teknikal dan dia akan pulang bersama
Selangor pada esok pagi (hari ini). Apa yang pasti, saya kecewa
ketiadaan Forkey kerana ia jelas memberikan kesan kepada pasukan kami.

"Bagaimanapun, saya tetap berpuas hati dengan persembahan pemain dan
saya berharap kami dapat memperbaiki persembahan kami pada perlawanan
akan datang," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan petang
semalam.

Dalam perkembangan lain, jurulatih Felda, K. Devan mengakui kecewa
selepas menyaksikan skuad kendaliannya gagal meraih tiga mata meskipun
menguasai sebahagian besar perlawanan.

Jelasnya, Felda yang bakal mengambil tiga pemain tempatan antaranya
Azmi Muslim dan K. Rajan pada perpindahan pemain April ini, mengalami
masalah pada jentera serangan.

"Kami sepatutnya memenangi perlawanan ini. Pada pendapat saya,
persembahan kami dilihat lebih baik berbanding Selangor dan peluang
(untuk menjaringkan gol) lebih banyak tetapi penyerang kami gagal
memanfaatkan kelebihan tersebut.

"Saya memasukkan (penyerang import) Mohamed Ghaddar pada separuh masa
kedua kerana dia masih bergelut dengan masalah kecederaan namun saya
terpaksa akur dengan keputusan ini.

"Saya berharap kami akan dapat menamatkan kemarau kemenangan di laman sendiri pada aksi akan datang," ujar Devan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0330&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2P069Bxnu

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum