Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Syazwan nafi punca perpisahan Keith, Tyas

View previous topic View next topic Go down

Syazwan nafi punca perpisahan Keith, Tyas

Post by Park Deen on Thu Mar 21, 2013 3:42 am





Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


SYAZWAN ZULKIFLY berlakon sebagai kekasih Tyas Mirasih dalam filem Laga.




RUANGAN pojok sebuah akhbar tempatan Ahad lalu menyiarkan laporan
mengenai perpisahan pelakon dan model terkenal yang mencipta nama di
Indonesia, Keith Foo dan Tyas Mirasih yang dikatakan berpunca daripada
orang ketiga iaitu pelakon Syazwan Zulkifly.

Syazwan, 26, sebelum ini bergandingan dengan Tyas menerusi filem Laga.

Syazwan yang dihubungi Kosmo! baru-baru ini mengulas lanjut berkenaan
gosip yang mengaitkan dirinya sebagai punca perpisahan dua pelakon itu.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Syazwan yang menjawab tentang kontroversi terbabit.

Kosmo!: Mungkin Syazwan boleh komen mengenai kontroversi yang
mengaitkan nama anda sebagai punca perpisahan Keith Foo dan Tyas
Mirasih?

SYAZWAN: Saya, Tyas dan pihak produksi filem Laga tahu apa yang
terjadi dan sepanjang penggambaran tiada masalah antara kami. Apabila
timbul cerita sebegini, saya rasa tidak selesa dan kisah percintaan atau
perpisahan mereka pun saya dengar daripada Tyas sendiri memandangkan
kami masih berhubung sebagai kawan sampai sekarang.

Sejauh manakah perkenalan antara Syazwan dengan Tyas secara peribadinya?

Menerusi filem Laga, Tyas melakonkan watak kekasih saya dan tiada
sebarang babak romantik antara kami berdua pun. Saya seronok mengenali
dia kerana kami boleh jadi sekepala dan saya sering menumpangkan dia
menaiki kereta saya bersama dua orang pembantu peribadinya sepanjang
berada di Kuala Kangsar, Perak. Kali terakhir kami bertemu pun tiga
minggu lalu ketika dia berada di Kuala Lumpur.

Bagaimanakah pula hubungan Syazwan dengan Keith Foo?

Saya tidak salahkan Keith dan saya juga tidak mengenalinya secara
personal. Tapi sebelum ini saya pernah satu kali bercakap dengannya
menerusi telefon ketika terdengar khabar angin mengenai hubungan mereka
yang semakin renggang melalui Tyas. Tiada kes saya merampas kekasih
Keith dan tidak rasa kenapa saya perlu jadi orang ketiga dalam hubungan
mereka. Kami tiada masalah dan insya-Allah kami akan digabungkan bersama
dalam sebuah drama adaptasi novel pada awal bulan Mei nanti yang turut
dibintangi Farid Kamil, Nabila Huda dan Izara Aishah.

Adakah wujud unsur sabotaj yang ingin memecahbelahkan hubungan Syazwan, Keith dan Tyas?

Saya tidak fikir orang dalam produksi yang boleh menyampaikan cerita
begini kepada Keith atau Tyas, pastinya pihak terbabit mempunyai akses
yang cepat untuk berhubung dengan pihak Keith atau Tyas di Indonesia
ketika itu.

Apabila timbul gosip sebegini, adakah ia menjejaskan karier atau kehidupan peribadi Syazwan?

Saya tidak merasakan ia menjejaskan kerjaya atau kehidupan saya cuma
gosip sebegini akan ‘menambah nasi’ terhadap kata-kata orang sebelum ini
bahawa saya kaki perempuan. Memang betul saya kenal ramai perempuan dan
secara peribadinya, saya rasa tidak salah kerana saya juga masih solo.

Apakah tindakan Syazwan selepas ini?

Saya tidak terfikir untuk mengambil sebarang tindakan buat masa
sekarang dan biarlah masalah ini diselesaikan sendiri oleh Keith atau
Tyas. Cuma saya tertanya-tanya kenapa perlu cakap saya menjadi punca
mereka putus cinta?

Apakah perkembangan terkini Syazwan?

Saya baru selesai penggambaran drama bersiri Karlos dan sedang
menjalani penggambaran telefilem Wisalah Cinta terbitan Suhan Movies
& Trading Sdn. Bhd. bersama Zamarul Hisyam dan Lisdawati, kemudian
akan ke set telefilem Ad-Din bergandingan dengan Talha Harith.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2O89N6peZ

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum