Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Penglibatan teater bintang Hollywood

View previous topic View next topic Go down

Penglibatan teater bintang Hollywood

Post by Park Deen on Thu Mar 21, 2013 3:41 am





Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


HUGH JACKMAN menguasai pentas Broadway menerusi pementasan teater, The Boy from Oz.




BROADWAY di Amerika Syarikat dan West End di London cukup sinonim
sebagai lokasi pementasan teater berprestij yang dikenali di seluruh
dunia.

Jika di Malaysia, ia boleh diibaratkan seperti Istana Budaya yang
terletak di Kuala Lumpur. Dapat meluahkan bakat di atas pentas
berprestij ini merupakan satu penghormatan buat mana-mana pelakon.

Di Hollywood, sememangnya terdapat ramai bintang ternama yang juga membina nama dalam bidang teater.

Ada yang bermula kariernya sebagai seorang pelakon teater dan ada
pula yang terlibat dengan dunia teater selepas bergelar seorang pelakon
layar kaca atau layar perak.

Namun apa yang pasti, mereka ini masih lagi mencipta nama dalam
kedua-dua bidang lakonan arus perdana serta teater dan punya nama yang
besar dalam industri.

Antara bintang terkenal yang turut terbabit dalam dunia teater
termasuklah Whoopi Goldberg, Robert De Niro, Rowan Atkinson, Barbara
Streisand, Scarlett Johanson, Hugh Jackman dan Daniel Craig.

Whoopi Goldberg

Whoopi Goldberg atau nama sebenarnya, Caryn Elaine Johnson bukan
sahaja mempunyai karier sebagai seorang pelakon di Hollywood, namun
wanita berusia 57 tahun ini seorang yang sangat versatil.

Bukan sekadar pelakon tetapi dia juga seorang pelawak, penyampai radio, penerbit, penulis, penyanyi dan pengacara.

Dia mula membina nama di Hollywood menerusi filem pertama lakonannya yang berjudul The Color Purple pada tahun 1985.

Kehebatan Goldberg dalam bidang lakonan memang tidak dapat disangkal
lagi sepanjang bergelar aktres memandangkan dia mendapat pendidikan awal
tentang lakonan di bawah guru lakonan terkenal, Uta Hagen di HB Studio.


Kredibilitinya terbukti apabila dia meraih Anugerah Oscar Pelakon
Pembantu Wanita Terbaik pada tahun 1991 hasil lakonannya menerusi filem,
Ghost (1990).

Pada tahun 1983, Goldberg telah mengendalikan sebuah teater monolog berjudul, The Spook Show yang menggabungkan banyak karakter.

Dari situ, bermulalah penampilan Goldberg di pentas Broadway.

Ternyata, teater tersebut mendapat sambutan baik yang mana tiket untuk menyaksikan sebanyak 156 pementasan The Spook Show habis terjual.

Rowan Atkinson

Rowan Sebastian Atkinson atau lebih dikenali ramai dengan watak
komedinya sebagai Mr Bean di seluruh dunia telah memulakan karier
seninya sejak tahun 1976 lagi.

Kerjaya Atkinson dalam dunia teater bermula pada tahun 1979 menerusi teater pentas yang berjudul The Secret Policeman Ball.

Pada tahun 1988 pula, Atkinson terlibat dengan teater yang diadakan
di Aldwych Theatre, London bersama pelakon lain seperti Timothy West and
Cheryl Campbell.

Setelah itu, karier dalam bidang teater mula berkembang bagi Atkinson
dan dia pernah meluahkan bakatnya di pentas West End dan juga Wyndham's
Theatre di London.



HUGH JACKMAN




Barbra Streisand

Barbra Joan Streisand merupakan seorang wanita yang sangat berjaya dalam kedua-dua bidang lakonan dan nyanyian.

Dia bukan sahaja memenangi anugerah melalui nyanyian, namun pelbagai penghormatan juga diberi kepadanya dalam bidang lakonan.

Karier lakonannya sudah tentu tidak terhad di layar perak sahaja.
Pentas teater mega seperti Broadway serta West End, bukan merupakan satu
lokasi asing buat Streisand.

Pada tahun 1962, Streisand muncul pertama kalinya di atas pentas
Broadway dengan watak yang kecil sebagai Miss Marmelstein namun berjaya
mengangkat namanya melalui pementasan teater muzikal berjudul, I Can Get It for You Wholesale.

Dua tahun selepas itu, Streisand kembali ke arena teater dengan membawa watak Fanny Brice menerusi Funny Girl yang dipentaskan di Winter Garden Theatre.

Teater itu meraih kejayaan besar lalu mengangkat dirinya sebagai
penyanyi dan pelakon yang bukan sahaja berjaya tetapi disegani dari segi
kewibawaan dalam pelbagai cabang bidang hiburan.

Hugh Jackman

Aktor kacak dan tinggi lampai Hugh Jackman, sememangnya memiliki aura
luar biasa ketika membawa sebarang watak yang diberikan kepadanya.

Berikan apa sahaja watak seperti romantik, antagonis mahupun adiwira -
kesemuanya pernah dilakonkan dengan sukses oleh aktor kelahiran Sydney,
Australia ini.

Akui Jackman, sejak kecil, dia memang sangat berminat dengan industri teater.

Jika di layar perak dia cukup sinonim dengan karakter Wolverine menerusi siri filem pecah panggung X-Men, menerusi teater pula, namanya bersinar terang selepas pembabitannya menerusi pementasan The Boy from Oz di Broadway pada tahun 2004

Impak pementasan teater tersebut, dia telah dinobatkan sebagai
pemenang anugerah paling berprestij dalam dunia pementasan teater iaitu
Anugerah Tony kategori Aktor Terbaik, selain dinobatkan sebagai pemenang
anugerah-anugerah lain teater yang termasuklah Anugerah Drama League,
Outer Critics Circle, Theatre Fan's Choice dan TDF-Astaire.

Selain The Boy from Oz, antara teater lain yang Jackman turut terlibat termasuklah A Steady Rain bergandingan dengan aktor Daniel Craig.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz2O88pWGUA

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum