Persatuan Bolasepak Felda United
Page 2 of 1 • Share •
Persatuan Bolasepak Felda United
Felda United selesa benam niat Sabah
Oleh Nazri Abu Bakar
sukan@hmetro.com.my
PASUKAN Felda United menang selesa 2-0 ke atas Sabah pada aksi sulung
kedua-dua pasukan di pentas Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya
Rumput petang semalam.
Bermula dengan rentak perlahan pada awal permainan menyaksikan
Felda lebih banyak menguasai barisan tengah manakala lawan turut
mengintai ruang menerusi Bobby Gonzales dan import Australia, Michael
Baird.
Skuad Borneo menerusi Shahrul Azhar Ture berjaya
menggegar jaring Felda pada m-20 namun dibatalkan berikutan berada dalam
kedudukan offside.
Sebaliknya tuan rumah berjaya membuka jaringan pertama pada m-26
selepas rembatan awal Farderin Kadir ditepis penjaga gol, Syed Adney
Syed Husin lalu menuju ke Mohd Raimi Md Nor untuk mudah menghasilkan
jaringan.
Hanya tiga minit selepas itu, Yong Kuong Yong
berjaya menanduk masuk gol kedua Felda untuk selesa menamatkan saingan
babak pertama perlawanan.
Aksi dua import Sabah dari
Australia, Brendan Gan dan Baird dilihat masih belum menyengat namun
mereka menunjukkan gaya yang tetap menarik untuk skuad itu berdepan
Sarawak selepas ini.

Babak kedua menyaksikan Sabah lebih banyak menguasai perlawanan
namun percubaan Brendan pada m-66 sekadar menggegar palang gol Felda
United dan percubaan Jufrey Amopor berjaya dipintas pertahanan Felda.
Sekadar melakukan serang balas sambil menahan asakan Sabah, anak buah
Elavarasan kental bertahan malah bijak mencuri ruang untuk menambah
jaringan, bagaimanapun tandukan pemain gantian Azrul Ahmad melepasi
palang gol lawan.
Apapun penguasaan penuh Sabah pada episod kedua selain
kecemerlangan Hamsani Ahmad di gawang gagal menghasilkan jaringan buat
mereka pulang hampa tanpa mata di Bumi Hang Tuah.

Park Deen- Admin

- Negeri:

Posts: 715
Points: 1353
Reputation: 0
Join date: 18/09/2011

Re: Persatuan Bolasepak Felda United
Felda waspada ancaman Pahang
Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

AZRUL AHMAD (kiri) menjadi taruhan
Felda United bagi menggempur kubu Pahang pada pusingan pertama Piala FA
di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini.
TAMPIL dalam kelas berbeza tidak boleh dijadikan sebagai kayu pengukur kekuatan sesebuah pasukan.
Itu yang diterapkan pengendali Felda United, E. Elavarasan kepada
anak- anak buahnya menjelang pertemuan menentang Pahang pada pusingan
pertama Piala FA di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini.
Biarpun beraksi dalam saingan Liga Super, Evalarasan tidak mahu
barisan kendaliannya memandang rendah keupayaan Pahang yang kini tampil
pada kempen Liga Premier.
Elavarasan memberitahu, pasukannya tetap menghormati Pahang yang masih dianggap sebagai salah sebuah pasukan elit tanah air.
Bagi menghadapi Pahang, beliau akan melakukan perubahan dalam
skuadnya, sambil berharap dapat menguji tonggak import baharu dari
Cameroon, Mahadji Boukal.
“Pahang merupakan salah sebuah pasukan yang hebat. Skuad kendalian
Dollah Salleh itu memiliki barisan pemain yang cukup mantap dalam setiap
posisi.
“Meskipun mereka beraksi dalam Liga Premier, namun tidak bermakna kami akan beraksi sambil lewa.
“Sebaliknya, kami lebih bersemangat untuk menghadapi Pahang selepas tewas dua perlawanan lalu.
“Saya juga berharap dapat menggunakan khidmat pemain import baharu,
Boukal yang dijangka dapat diturunkan pada malam esok (hari ini) selepas
mendapat Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC),” kata Elavarasan kepada
Kosmo! semalam.
Menurut Elavarasan, beliau berharap anak-anak buahnya mampu melakar
kemenangan malam ini, sekali gus mengubati kekece- waan selepas tumbang
dalam dua perlawanan terdahulu.
Sebelum ini, Felda United tewas 0-3 kepada T-Team dan turut mengalami
nasib yang sama apabila kalah 1-2 kepada Sarawak dalam saingan Liga Su-
per.
“Kami berharap dapat melakukan permulaan yang baik pada pusingan pertama Piala FA.
“Mungkin ia mampu mengubat kekecewaan kami selepas kekalahan yang dialami sebelum ini.
“Tetapi saya tidak mahu barisan pemain saya terlalu yakin kerana dalam dunia bola sepak, tiada apa yang mustahil,” ujarnya.

Similar topics» Manchester United Pre-Season Transfer News
» HARI BERSAMA MEDIA di FELDA Bukit Sagu 01
» BOLASEPAK - EPL & LA LIGA DLL
» MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ
» JOM KE FELDA SAHABAT LAHAD DATU

Page 2 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum

» Medan menebus kekecewaan
» Ronaldinho tekad robek Kelantan
» Chelsea, Bayern kongsi skrip
» Nasri buat pilihan tepat sarung jersi Manchester City
» Perhitungan terakhir
» PBSNT buka pintu rundingan
» Info FAM
» Man. City juara baharu?