Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Masih belum ada kata putus - Kim Swee

View previous topic View next topic Go down

Masih belum ada kata putus - Kim Swee

Post by Park Deen on Tue Mar 12, 2013 4:53 am

PETALING JAYA - Masih belum ada sebarang kata putus. Itulah yang
dijelaskan jurulatih bawah 23 tahun negara, Ong Kim Swee yang mengadakan
perbincangan dengan pengurusan Ryukyu FC di sini, semalam.

Bagaimanapun, jelasnya perkara ini akan diselesaikan
selewat-lewatnya 15 Mac ini sebelum mereka bertolak ke Slovakia pada 16
Mac untuk menjalani latihan intensif dalam misi mempertahankan pingat
emas Sukan SEA.

"Selain Wan Zack Haikal Wan Nor dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria,
mereka juga tertarik dengan beberapa lagi pemain kita, namun kita perlu
meneliti terlebih dahulu tawaran itu," katanya kepada media, semalam.

Utusan Malaysia, kelmarin melaporkan, Kim Swee telah mengesahkan
delegasi kelab divisyen tiga itu yang diwakili presidennya, naib
presiden, pengurus dan ketua jurulatih tiba di Kuala Lumpur bagi
membincangkan isu kontrak kedua-dua pemain sayap kebangsaan itu.

Kata Kim Swee, isu tentang tawaran yang disediakan amat mustahak
untuk diteliti agar perpindahan kedua-dua pemain tersebut berjalan
lancar termasuk pemain lain yang menarik perhatian mereka.

Ditanya siapa lagi pemain lain yang berada dalam radar kelab Jepun
itu, Kim Swee berkata, dia tidak boleh mendedahkan nama mereka kerana
menghormati kelab tersebut.

"Segala keputusan saya akan serahkan kepada FAM dan pengurusan
Ryukyu, namun ia akan diketahui sebelum kami bertolak ke Slovakia pada
pagi 16 Mac nanti. Itulah antara satu sebab mengapa mereka datang ke
sini.

"Tarikh akhir pendaftaran pemain Liga Jepun adalah pada 29 Mac jadi
mereka perlu menyelesaikan perkara ini secepat mungkin," kata Kim Swee.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130312/su_04/Masih-belum-ada-kata-putus---Kim-Swee#ixzz2NHojN2DX

© Utusan Melayu (M) Bhd
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum