Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Safiq nafi wujud pertelingkahan dalam kem Johor

View previous topic View next topic Go down

Safiq nafi wujud pertelingkahan dalam kem Johor

Post by Park Deen on Tue Mar 12, 2013 4:52 am







PETALING JAYA - Pemain tengah Johor Darul Takzim, Safiq Rahim semalam
menafikan kononnya berlaku pergaduhan antara pemain dalam bilik
persalinan Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Safiq mengakui terkejut dengan laporan media, kelmarin yang turut
mengaitkan namanya dalam dakwaan itu selepas pasukan Johor tewas 1-4
kepada Selangor dalam aksi Liga Super.

“Memang seluruh pasukan berasa kecewa selepas kami tewas besar dalam
perlawanan tersebut tetapi saya nafi dan tidak mahu selindung apa-apa
tentang apa yang berlaku," katanya ketika ditemui media selepas sesi
latihan pertama pasukan kebangsaan di sini, semalam.

Malaysia akan menentang Arab Saudi dalam aksi persahabatan pada 17
Mac ini sebelum melayan Yemen dalam kelayakan Piala Asia 2015 pada 22
Mac dan perlawanan amal dengan Palestin, empat hari kemudian.

“Apa yang berlaku adalah di antara kita-kita (pemain) sahaja,
apabila prestasi tidak bagus sudah pasti semua akan berasa kecewa
termasuk saya. Bagaimanapun semua pemain tetap bersatu walaupun menang
atau kalah, kami sentiasa bersama-sama mengharunginya,’’ ujarnya.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan bilik persalinan pasukan
tersebut kecoh ketika wartawan sedang menemuramah jurulatih kedua-dua
pasukan sebaik tamat perlawanan.

Jeritan ‘Safiq’ kedengaran dari luar bilik persalinan ketika
jurulatih mereka, Fandi Ahmad meluru masuk ke dalam bilik persalinan
selepas dipanggil oleh seorang pegawai.

Bekas pemain Selangor dan ketua pasukan kebangsaan itu berkata,
hubungan seluruh pasukan sentiasa kukuh dan menolak dakwaan berlaku
situasi berpuak-puak antara pemain berstatus bintang dengan pemain lain.

“Kami semua setaraf, tidak ada layanan istimewa baik pemain bintang
atau pemain lain, semuanya mendapat perhatian yang sama rata. Kalah atau
menang kami tetap bersama dan terus fokus dalam pasukan ini.

“Kerjasama perlu antara satu sama lain untuk memperbaiki segala
kelemahan, terutama menjelang baki perlawanan pada masa akan datang,"
katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130312/su_05/Safiq-nafi-wujud-pertelingkahan-dalam-kem-Johor#ixzz2NHoTpLtM

© Utusan Melayu (M) Bhd
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum