Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Anak hasil sperma penderma

View previous topic View next topic Go down

Anak hasil sperma penderma

Post by Park Deen on Tue Mar 12, 2013 4:46 am







SPERMA penderma disimpan dalam tangki khas.




HIDEAKI KATO menemui identiti sebenar dirinya secara tidak sengaja.
Semuanya bermula apabila beliau menjalani latihan perubatan kira-kira 10
tahun yang lalu. Doktor Jepun itu yang kini berusia 39 tahun telah
menjalankan ujian darah terhadap ahli-ahli keluarganya.

Hasil keputusan ujian darah itu amat mengejutkan Kato apabila
mengetahui beliau sebenarnya tiada pertalian darah dengan ayahnya.

Mengetahui kebenaran itu, Kato mengesyaki ibunya mempunyai hubungan
sulit dengan lelaki lain memandangkan bapanya suatu ketika dahulu sering
bertugas di luar daerah.

Kato kemudian menjalankan siasatan dengan lebih lanjut untuk mengetahui siapakah bapa kandungnya yang sebenar.

Namun, Kato akhirnya diberitahu, ibu bapanya sejak awal menyembunyikan kemandulan bapanya daripada beliau.

“Saya berasa separuh badan seolah-olah mahu rebah. Saya bertanya
kepada diri sendiri, mungkinkah selama ini senyuman yang terukir di
bibir ibu bapa ketika saya kecil adalah palsu?” soalnya.

Namun demikian, hasrat Kato untuk menjejaki lebih lanjut mengenai
perkara tersebut terbantut kerana mendapat halangan daripada ibu
bapanya.

Selain itu, tiada undang-undang yang membenarkan dia mengakses lebih lanjut mengenai butiran genetik di Jepun.

Begitupun, masalah penderma sperma tanpa nama adalah satu cabaran
yang dikongsi oleh beribu-ribu orang di Jepun serta di negara lain yang
menawarkan sperma tanpa nama.

Oleh itu, ramai yang mengalami masalah identiti apabila mahu menjejaki semula latar belakang mereka.

Mereka juga tertanya-tanya tentang kewujudan abang dan kakak.

Mereka berasa bimbang kemungkinan menjalani hubungan dengan adik-beradik sendiri.

Kebimbangan itu telah menyebabkan ramai kanak-kanak yang mengandung
menerusi penderma sperma tanpa nama menyarankan amalan tersebut
diharamkan.

“Saya berharap ia diharamkan. Mengapakah ia diterima pakai? Bagi
saya, teknologi itu satu cara untuk berpura-pura bahawa anda mempunyai
‘keluarga’ sedangkan ia sebenarnya menyembunyikan kemandulan.

“Saya tidak mahu anak-anak hasil penderma sperma tanpa nama berasa sedih seperti mana yang saya alami sekarang,” tegas Kato.



KATO secara tidak sengaja mendapati dia tidak mempunyai pertalian darah dengan bapanya sewaktu menjalankan ujian darah.




Tidak bersendirian

Seorang lagi mangsa yang lahir daripada proses yang sama, Olivia
Pratten yang berasal dari Kanada telah memfailkan tuntutan mahkamah
untuk mengetahui keturunan genetiknya.

Pada tahun 2011, Britain telah menggubal undang-undang untuk
membolehkan kanak-kanak yang dilahirkan menerusi proses sperma penderma
mengetahui identiti ibu bapa kandung mereka.

Mengikut laporan akhbar Kanada, undang-undang tersebut digubal pada
bulan November tahun lalu tetapi Pratten boleh membawa kes itu ke
Mahkamah Tinggi.

“Industri kesuburan suka menipu dan mendakwa masih belum ada
penderma. Ia sememangnya palsu. Negara-negara lain seperti New Zealand,
Sweden, United Kingdom, Australia telah mengharamkan teknologi ini,”
katanya.

Pada tahun 2005, Britain mengubah undang-undang supaya individu yang
lahir daripada proses itu boleh mengetahui tentang identiti mereka.

Di negara Jepun, terdapat peraturan baharu bagi doktor menjalankan prosedur berkenaan.

“Ia lebih kompleks untuk menjalankan sistem terbuka, tetapi hak dan keperluan kanak-kanak yang dilahirkan mesti disimpan.

“Saya bersimpati kepada mereka yang menghadapi kemandulan, tetapi
keinginan untuk mempunyai keturunan genetik perlu dihormati bagi ibu
bapa dan kanak-kanak,” ujarnya.

Pelopor rawatan kesuburan di Jepun, Netsu Yahiro berkata, beliau tidak boleh mengabaikan keinginan pesakit untuk mempunyai anak.

“Jika seorang kanak-kanak yang lahir daripada penderma sperma
menghadapi krisis identiti, ia akhirnya akan meredakan kemarahan jika
terdapat kepercayaan antara anak-anak dan ibu bapa,” kata Netsu.

Begitupun, beliau bersetuju kanak-kanak harus mempunyai hak untuk mengetahui sejarah genetik mereka.

Sementara tu, Profesor dari Universiti Tezukayama, Mari Saimura terpilih untuk mewujudkan undang-undang mengenai isu itu.

“Jepun hanya boleh meluluskan teknologi itu selepas menetapkan
garis panduan untuk menjamin hak rakyat mengetahui identiti mereka,”
katanya.

Namun dalam kes Kato, peluang untuk dia mengetahui siapakah bapa kandungnya masih lagi kabur.

“Saya tidak pernah lupa tentang bapa biologi saya. Saya sentiasa
membawa senarai penderma. Saya cuma mahu mengetahui asal usul genetik
saya,” jelas Kato.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0312&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz2NHmrXPwS

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum