Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Srikandi dunia seni kontemporari

View previous topic View next topic Go down

Srikandi dunia seni kontemporari

Post by Park Deen on Tue Mar 12, 2013 4:44 am







BERMULA dari bawah Wei Ling kini merupakan pemilik dua galeri, masing-masing di Brickfields dan Mid Valley.




PERNAH bersama-sama Galeri Wei Ling, menjayakan dua pameran seni solo
utama, Yusof Ghani, 63, mengakui wanita di sebalik galeri tersebut
adalah seorang yang mempunyai semangat dan kekuatan setanding kaum
lelaki.

Wanita itu, Lim Wei Ling juga dilihat sebagai seorang yang mengangkat
martabat industri seni kontemporari tanah air melalui semangat penuh
agresif setiap kali mengendalikan sesebuah pameran.

“Kadangkala saya sendiri kelam-kabut untuk memenuhi permintaannya.
Tetapi, harus diakui Wei Ling menjadi batu loncatan kepada industri seni
kontemporari,” ujar Yusof Ghani.

Pernah berkerjasama mengadakan pameran pada awal pembukaan Galeri Wei
Ling di Townhouse, Bangsar serta di Jalan Scott, Brickfields, Kuala
Lumpur, Yusof berkata pada waktu itu, Wei Ling begitu menghargai bakat
artis-artis veteran.

“Kini dia sudah mengubah sedikit pendekatan itu dengan memberi ruang
kepada artis muda dalam mengembangkan karya seni kontemporari. Ia satu
perubahan yang bagus bagi saya,” kata Yusof semasa dihubungi melalui
telefon. Antara dua pameran seni utama Yusof di Galeri Wei Ling ialah
Segerak dan Biring, masing-masing diadakan pada tahun 2007 dan 2006.

Semenjak memiliki ruang penghayatan karya seni, Wei Ling berjaya
membina sebuah empayar tersendiri. Empayar yang menjadi titik permulaan
dan penambah nilai kepada seni kontemporari.

Mengetengahkan lebih 100 pameran dan melibatkan berpuluh-puluh orang
artis seni di galerinya, Wei Ling juga pemilik kepada sebuah lagi galeri
iaitu Wei Ling Contemporary di pusat beli-belah The Gardens di Bangsar.



WEI LING di hadapan galeri beliau di The Gardens, Mid Valley.




Sikap suka memilih

Semua kejayaan serta reputasi Wei Ling dalam industri seni tempatan
dan antarabangsa diakui disebabkan sikapnya yang suka memilih,
mempelbagai dan mendalami setiap hasil seni sebelum disampaikan untuk
pameran umum.

“Saya percaya kepada hasil kerja seni yang sejati dengan kedalaman
yang nyata. Bukan sekadar melukis di atas kanvas. Seorang artis harus
bersikap mementingkan diri, berkarya untuk diri sendiri dan meminati
setiap calitan yang dihasilkan olehnya.

“Ia perlu menjadi koleksi peribadi terdahulu sebelum tujuan pameran,”
kata Wei Ling yang enggan bercakap tentang harga pada hasil sejati
sesebuah karya.

Menerangkan secara lanjut, Wei Ling berkata, lazimnya, dia akan
meminta para artis iaitu peserta pameran untuk menampilkan hasil seni
yang berbeza dari semasa ke semasa.

Walaupun sesuatu hasil kerja seni mendapat sambutan menggalakkan, Wei
Ling tidak meminta artis itu menghasilkan kerja yang serupa bagi
pameran berikutnya.

“Tetapi itu tindakan yang bersifat komersial. Saya pula lakukan demi
reputasi, perkembangan dan kepuasan galeri serta artis. Maka, saya tidak
boleh membekukan kreativiti mereka demi wang,” katanya yang sedikit
lari daripada naluri bisnes.

Berdepan dengan situasi demikian, Wei Ling mengakui dia ialah seorang
pemilik galeri yang sering meminta artis mempamerkan sentuhan berbeza.

Fasa hidup

Wei Ling percaya, perjalanan seseorang artis harus melalui
kepelbagaian variasi, naik dan turun dalam perjalanan karier. Kisah suka
duka golongan penggiat seni itu juga sesuatu yang indah untuk
diketengahkan.

“Ia seperti membaca sebuah buku. Apabila anda tiba-tiba menyelak muka
surat 35, ia menceritakan satu fasa baharu. Di muka surat 40, ia sebuah
lagi fasa berbeza. Anda tidak mahu mengulangi kisah yang sama dalam
muka surat seterusnya,” katanya.

Menurutnya, jika kisah yang sama bakal diulangi, seelok-eloknya,
artis hanya berhak menerbit buku empat muka surat sahaja, Wei Ling
memberi kiasan.

Gesaan dan permintaan Wei Ling ternyata menjadi intipati beliau dalam
menjayakan perjalanan Galeri Wei Ling di arena tempatan serta di
platform antarabangsa.

Salah seorang artis Galeri Wei Ling, Anurendra Jegadewa, 43,
mengalu-alukan tindakan Wei Ling yang tidak pernah sepi daripada
menyemarakkan dunia seni kontemporari.

Anurendra yang mengenali Wei Ling sejak tujuh tahun memberitahu,
wanita itu sebagai seorang pengoperasi seni yang efisien dan mempunyai
‘mata’ dalam menghayati setiap penyampaian seni.

“Dia mengambil berat terhadap pergerakan seni Malaysia dan antara
perintis galeri seni. Jadi saya berbangga menjadi sebahagian daripada
artis galerinya yang kini berkembang maju,” kata Anurendra yang pernah
mengadakan kira-kira lima pameran solo dan beberapa pameran berkumpulan
bersama Galeri Wei Ling.



SETIAP kali Galeri Wei Ling mengadakan pameran, majlis pelancarannya diadakan dengan penuh meriah.




Bangkit dari abu

Wei Ling pernah tampil dengan karya lukisan yang dipamer secara solo
di ruang tertutup pejabat bapanya, di Town House Gallery di Bukit
Bandaraya, Bangsar pada tahun 2002.

Graduan Rekaan Barangan Kemas dari Universiti Charles Sturt di New
South Wales, Australia itu bukan sahaja terlibat dalam kerja seni
sebagai pelukis dan pereka barangan kemas malah pernah menjadi broker
saham selama tujuh tahun sebelum kembali kepada dunia seni.

“Saya merasakan diri ini perlu kembali kepada dunia seni. Saya bermula di Town House,” kata beliau.

Begitupun, sebuah kejadian buruk pernah terjadi kepada Wei Ling dan
juga bapanya, Jimmy C.S. Lim, 60. Pada tahun 2004, pejabat dan galeri
Town House musnah sekelip mata dalam sebuah kebakaran yang tragis.

Daripada serakan abu, beliau kembali semula ke titik mula dan
bangkit meneruskan perjuangan memartabatkan seni berbekalkan sokongan
ahli keluarga.

“Kemudian kami berpindah operasi ke Brickfields. Bapa selaku seorang
arkitek membantu saya mengatur sebuah galeri seni seperti yang anda
lihat sekarang. Ia berlaku begitu sahaja tanpa dirancang,” katanya.

Anak kepada arkitek terkemuka yang pernah tersenarai antara 100
arkitek terbaik dunia itu mengakui bahawa keluarga beliau mempunyai cita
rasa yang tinggi dalam bidang kreatif.

Ibu beliau, Winnie Cheah, seorang pemain alat muzik, biola manakala
abangnya, Lim Cho Wei, seorang arkitek, mengikut jejak langkah bapanya.

“Saya direstui oleh seluruh ahli keluarga untuk berkecimpung dalam
bidang ini. Bayangkan, ketika kawan-kawan saya mahu belajar menjadi
akauntan, undang-undang, perubatan dan lain-lain, saya pula minta
belajar seni. Kedua-dua ibu bapa akur dengan minat saya,” kata Wei Ling.

Sementara itu, suami beliau, Yohan Raj, pula sentiasa memberi dorongan dan membantu menguruskan operasi Galeri Wei Ling.

Sehingga kini, antara nama-nama yang pernah dan terus mengadakan
pameran di Galeri Wei Ling ialah Ivan Lam, Chin Kong Yee, Hamidi Haidi,
Zulkifli Yosoff dan ramai lagi. Ini tidak ketinggalan artis seni
antarabangsa seperti Amin Gulgee dari Pakistan dan Stewart Macfarlane
dari Australia.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0312&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2NHmK3XYl

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum