Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Tangguh kahwin, Misha fokus album baharu

View previous topic View next topic Go down

Tangguh kahwin, Misha fokus album baharu

Post by Park Deen on Tue Mar 12, 2013 4:43 am







MISHA OMAR pertama kali berganding dengan pelakon Nazim Othman.




SUDAH lama tidak muncul dengan sebarang single, Angin Syurga kini menjadi pengubat rindu buat pencinta Misha Omar.

Dihasilkan oleh gabungan Buddi Hikayat untuk lirik dan Datuk M. Nasir
pada melodinya, lagu tersebut kini semakin mendapat perhatian.

Justeru, Misha mengambil keputusan untuk membuat klip video yang
pertama kali menyaksikan dia berganding dengan pelakon Nazim Othman.

Malah, klip video Angin Syurga juga merupakan buah tangan sulung pengarah drama Pali Yahya.

"Untuk klip video ini, Misha hanya memandang kamera untuk satu babak
sahaja, yang lainnya, ia dibikin seolah seperti sebuah drama," ujar Pali
yang mengambil masa sehari untuk menyudahkan klip video tersebut.

Misha yang bakal muncul dengan drama bersiri Nur Kasih Di Jabbal
Rahmah sewaktu dihubungi Kosmo! berkongsi cerita tentang lagu tersebut,
klip video serta kisah perkahwinannya bersama Firos Ezwan Rosly yang
terpaksa ditangguhkan.

Bolehkah Misha ceritakan tentang kisah di sebalik lagu Angin Syurga?

Angin Syurga umpama satu keluhan seorang wanita terhadap status hubungan mereka. Saya rasa ia mirip dengan kisah peribadi saya.

Apakah magis Angin Syurga bagi anda?

Sejujurnya saya tak pasti apa magis lagu ini, namun saya harus
katakan lirik dan melodinya yang melekat di hati. Barangkali juga ia
terletak kepada kehilangan saya selama ini tanpa sebarang single.
Alhamdulillah, sejak bulan Januari, ia mula diputarkan di corong-corong
radio, ramai yang memberi komen positif dengan mengatakan vokal saya
kedengaran semakin matang.

Siapakah yang memilih Nazim Othman untuk klip video ini? Kenapa dia, bukan pelakon lain?

Pemilihan ini dibuat oleh pengarah, Pali Yahya. Pali berpendapat
Nazim mempunyai 'wajah kasihan' yang sesuai dengan jalan lagu ini.

Bagaimanakah anda membina keserasian bersama Nazim?

Sebenarnya tak ada keserasian yang wujud antara kami. Tapi Nazim
banyak membantu saya mencari mood dan membuang rasa segan saya
berganding dengannya. Dia seorang pelakon baharu yang sangat berbakat.

Bolehkah kongsikan tentang persiapan perkahwinan anda yang sepatutnya dirancang pada tahun ini?

Sebenarnya, saya tidak jadi kahwin tahun ini. Saya telah menunda
perkahwinan saya ke tahun hadapan. Jangan fikir bukan-bukan, kerana
tiada hal negatif yang berlaku. Kesibukan kami berdua membuat majlis
perkahwinan terpaksa dianjak ke tahun hadapan. Bagaimanapun, saya
melihat ada banyak hikmah kerana saya boleh memberi fokus terhadap album
yang dijadual keluar pada bulan Mei ini. Tahun ini, saya mahu kembali
aktif sebagai penyanyi dengan mempromosi album baharu saya.

Bila anda beritahu tak ada hal negatif, ia bertentangan dengan gosip
yang kami terima. Anda menunda perkahwinan kerana kononnya tidak
mendapat surat cerai daripada bekas suami sebelum ini. Ya, kisah
kononnya anda pernah berkahwin dengan seorang usahawan automotif kembali
dibangkitkan. Bolehkah anda komen sedikit?

Oh, saya tak berani nak komen tentang surat cerai ini. Cuma apa yang
boleh saya tegaskan, saya tidak pernah berkahwin. Sehingga kini pun,
saya belum lagi pergi mengambil kursus perkahwinan.

Kalau benar saya ini isteri orang, macam mana saya boleh bertunang
dengan orang lain. Dayus suami saya tengok saya bertunang dengan lelaki
lain. Jadi tolonglah, jangan bercerita tentang perkara yang tidak wujud.
- MALIAH SURIP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0312&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2NHm0LcLn

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum