Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Jalinan cinta Nora-Sam

View previous topic View next topic Go down

Jalinan cinta Nora-Sam

Post by Park Deen on Tue Mar 12, 2013 4:42 am







SAM dan Nora menjalin cinta dalam filem Dua Kalimah.




KETIKA pelakon Nora Danish dan Shaheizy Sam muncul di studio Utusan,
Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menjalani sesi
fotografi bersama-sama bagi mempromosikan filem Dua Kalimah, kelihatan
cukup jelas kemesraan yang terjalin antara mereka berdua.

Kemesraan yang ditampilkan itu bukan sahaja semasa beraksi di depan
kamera, malah ketika berada di luar sesi fotografi sehingga menimbulkan
tanda tanya mengenai gosip percintaan mereka berdua sebelum ini.

Mengenai kisah percintaan dengan Sam, ternyata Nora mengakui ia
memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, cinta mereka hanya berlaku
menerusi filem Dua Kalimah yang akan ditayangkan pada 4 April ini.

"Tidak dinafikan saya sering kali digosipkan bercinta dengan setiap
pelakon lelaki yang digandingkan dengan saya seperti yang pernah berlaku
terhadap Adi Putra sebelum ini.

"Adakalanya perkara tersebut membuatkan saya agak risau kerana tidak
mahu peminat salah sangka, namun saya anggap apa yang berlaku itu lumrah
dalam kehidupan sebagai artis," ujar pelakon berstatus janda itu.

Sepanjang 10 tahun bergelar pelakon, Nora mengakui tidak pernah
terlintas di benak fikirannya untuk jatuh hati dengan rakan sesama artis
dan menganggap hubungan yang terjalin tidak lebih sebagai rakan
sekerja.

Jelasnya, bekas suaminya sendiri sebelum ini bukanlah seorang artis.
Bagaimanapun, dia tidak menolak ketentuan Allah sekiranya dijodohkan
dengan artis pada masa akan datang.

"Secara jujurnya saya hairan apabila selalu digosipkan bercinta
dengan rakan artis, sedangkan saya lebih selesa untuk menjalinkan
hubungan profesional dalam kerja tanpa menaruh apa-apa perasaan,"
tegasnya.

Mengenai gandingan dengan Sam dalam filem Dua Kalimah, ibu kepada
seorang cahaya mata iaitu Putera Rayqal Ramli itu berkata, sejak dahulu
lagi dia berhasrat agar dapat digandingkan bersama.

Ujar Nora, apabila mendapat tahu dia dan Sam akan berlakon dalam
filem arahan Eyra Rahman itu, dia lantas memberikan persetujuan dan
berasa teruja apabila mereka digandingkan berdua untuk watak utama.

"Selama ini saya memang mengagumi Sam kerana dia seorang pelakon yang
hebat dan ia terbukti dengan pelbagai pencapaian yang diraih. Meskipun
kami bernaung di bawah syarikat yang sama, baru sekarang kami
berkesempatan digandingkan berdua," ujarnya.

Berkenaan dengan wataknya dalam filem ini, Nora menjelaskan ia
memegang watak sebagai Selina, seorang gadis kaya yang menjalinkan
hubungan cinta dengan Aiman (Sam) semasa sama-sama belajar di luar
negara.

Apabila Aiman mahu pulang ke kampung halamannya, Selina mahu mengikut
kekasihnya itu. Kemudian konflik berlaku apabila Aiman dibesarkan dalam
keluarga yang penuh didikan agama, manakala Selina pula sebaliknya yang
menjalani kehidupan lebih bebas.

"Salah satu yang membuatkan saya tertarik untuk membintangi filem ini
kerana saya diberikan watak yang lebih serius. Selain itu, ia merupakan
sebuah filem berat kerana bercorak Islamik dan sudah tentu memberi
cabaran baharu kepada saya," jelasnya.



NORA sedar dia sering digosipkan
dengan pasangan dalam filemnya, namun dia menganggap hubungan baik
mereka hanya pada tahap profesional.




Luar negara

Melihat kepada laman instagram milik Nora Danish sejak kebelakangan
ini, ternyata kebanyakannya adalah gambar-gambar dirinya ketika berada
di luar negara.

Jelasnya, pemergiannya ke luar negara secara kerap sejak awal tahun
ini bukanlah melancong semata-mata. Sebaliknya, ia lebih kepada tuntutan
kerja.

"Pada bulan Januari saya telah berkesempatan pergi ke Jepun untuk
menjalani sesi fotografi sebuah produk jenama terkenal setelah saya
dilantik menjadi duta. Cuma saya tidak boleh umumkan jenama tersebut
buat masa sekarang.

"Kemudian tidak lama selepas pulang dari Jepun, saya mengikuti pula
rombongan bersama pengedar produk losen Mustajab ke Singapura
memandangkan saya adalah duta kepada produk itu," jelasnya.

Menurut Nora, pada bulan lepas pula dia berkesempatan pergi ke
Jakarta. Menariknya, pemergiannya itu bertujuan untuk menjayakan sebuah
rancangan terbitan Astro berjudul Republik Cinta Ahmad Dhani sebanyak 10
episod.

Ujarnya, mendapat peluang menjadi pengacara rancangan tersebut
memberikan kenangan tersendiri buat dirinya apabila berpeluang
mengunjungi rumah komposer dan pemuzik popular itu.

"Sudah tentu saya berasa sangat bertuah kerana tidak semua orang yang
dapat berkunjung ke rumahnya yang turut dijadikan studio. Ternyata ia
satu pengalaman yang menarik apabila dapat mengenalinya dengan lebih
dekat.

"Bagi yang tidak mengenali Ahmad Dhani secara dekat, pasti ramai
menyangka dia seorang yang serius dan saya juga agak gementar semasa
menemubualnya. Namun begitu, dia sebenarnya seorang yang sangat kelakar
dan tidak sombong," ujarnya.

Mengenai perkembangan kerjaya lakonannya pula, Nora memberitahu dalam
tempoh terdekat ini dia akan berlakon dalam filem Suamiku Ustaz dan
sekali lagi dia akan bergandingan dengan Adi Putra selepas drama Tentang
Dhia dan filem Aku Terima Nikahnya pada tahun lalu.



SAM tidak kisah berganding dengan sesiapa sahaja dalam sesebuah karya lakonannya.




Cepat serasi

Sementara itu, Shaheizy Sam yang merupakan teraju utama filem Dua
Kalimah pula menyatakan tidak sukar untuk mencari keserasian semasa
bergandingan dengan Nora, meskipun kali pertama mereka digandingkan.

Menurut Sam, jika kebanyakan pelakon lain memerlukan sedikit waktu
untuk serasi dengan pasangan dalam sesebuah filem, tetapi mereka berdua
ternyata cepat serasi bersama.

"Sepanjang menjalani penggambaran dengan Nora, dia buat saya rasa
begitu senang untuk kami sama-sama menghayati watak yang diberikan dan
sebab itu kami kelihatan agak mesra.

"Saya harap janganlah kemesraan kami ini disalah erti pula kerana apa
yang dilakukan itu semuanya atas dasar kerja, malah saya akui memang
agak teruja bergandingan dengannya," jelas Sam apabila mengulas mengenai
kemesraannya itu.

Pada masa yang sama, Sam juga menyatakan kekagumannya terhadap
pelakon cantik itu dan menyifatkan ketika ini sudah banyak peningkatan
terhadap lakonan Nora.

"Kalau boleh saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan sebarang kisah
cinta lokasi. Buat masa ini saya mahu memberi lebih banyak tumpuan
terhadap kerjaya lakonan setelah berehat panjang sebelum ini," ujarnya.

Produksi luar

Biarpun ramai yang sudah mengetahui tentang Sam yang menjadi artis
naungan Metrowealth Pictures sejak 2010, ia langsung tidak menghalang
dirinya untuk terus bekerja dengan produksi luar.

Menurut Sam, pada tahun ini dia banyak menerima tawaran lakonan
daripada syarikat lain, termasuk berlakon dalam bersiri Kisah Cinta
terbitan syarikat kakaknya sendiri, Zizie Ezette iaitu BZ 2121
Production.

"Dalam drama berkenaan saya berlakon di samping Nadia Aqilah dan
Nazim Othman. Ia akan ditayangkan di stesen TV3 dalam tempoh terdekat
ini, malah saya turut bertindak sebagai penerbit bersama.

"Selain itu, saya juga akan muncul dalam dua buah filem bersama Red
Films Sdn. Bhd. yang bakal memulakan penggambaran pada bila-bila masa
sahaja," ujar anak kepada pelakon Khaty Fauziah itu.

Jelasnya, memandangkan sebelum ini dia sudah berehat dalam tempoh
yang cukup lama iaitu selama sembilan bulan, kini sudah tiba masanya
untuk kembali aktif dalam lakonan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0312&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2NHlmM3ZQ

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum