Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Selangor kembali garang

View previous topic View next topic Go down

Selangor kembali garang

Post by Park Deen on Mon Mar 11, 2013 1:56 pm





Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli,yadi@kosmo.com.my


FORKEY Doe (kanan) turut
menjaringkan gol untuk membantu Selangor menewaskan Johor DT 4-1 pada
aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam kelmarin.




SELANGOR menamatkan kemarau jaringan dalam empat perlawanan dengan
penuh bergaya selepas membelasah Johor Darul Takzim (Johor DT) 4-1 pada
aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

Pengendali Gergasi Merah, Irfan Bakti Abu Salim muncul sebagai
individu paling ceria selepas menyaksikan barisan pemainnya bangkit
daripada persembahan hambar sejurus tewas 0-2 kepada Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) dan East Bengal (0-1) dalam saingan Piala AFC selain seri
tanpa jaringan ketika menentang Selangor PKNS dan T-Team dalam empat
perlawanan sebelum ini.

Untuk rekod, kali terakhir Selangor berjaya merakamkan tiga mata
berharga ialah ketika menewaskan juara bertahan Liga Super, Kelantan di
gelanggang yang sama pada 15 Februari lalu.

Mengulas lanjut, Irfan mendedahkan, keberkesanan pada jentera tengah
Selangor dilihat sebagai salah satu faktor kejayaan Gergasi Merah
memusnahkan cabaran Harimau Selatan pada perlawanan tersebut.

Bekas jurulatih Terengganu itu mengakui bahawa beliau kagum dengan semangat

perjuangan barisan pemain Selangor yang

terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas tonggak pertahanan import,
Peter Charap- pan dilayangkan kad merah selepas mengasari penyerang
Johor DT, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-56.

“Sejujurnya, saya sangat gembira dengan kejayaan malam ini (kelmarin)
kerana (bahagian) tengah Selangor mempamerkan aksi cemerlang untuk
menyekat kemaraan dua penggempur berbisa Johor DT iaitu Daniel Guiza dan
Norshahrul yang sering melakukan ancaman kepada kami.

“Anak-anak buah saya kini sudah kembali bangkit dan telah menunjukkan
peningkatan prestasi yang sangat memberangsangkan,” tegas Irfan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2NEAv0HBL

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum