Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Momen rock dulu-dulu

View previous topic View next topic Go down

Momen rock dulu-dulu

Post by Park Deen on Sun Mar 10, 2013 11:13 am







EMPAT daripada vokalis handalan terlibat Konsert Gegar 5 Lagenda pada 15 hingga 17 Mac nanti.




GEMA irama rock yang disifatkan tidak akan mati seperti kata pepatah
Inggeris, rock never dies nyata terus berlagu. Semakin lama kembara
lagu-lagu itu menawan deria dengar khalayak pengikutnya, semakin mahal
ia beraja menjadi khazanah muzik negara.

Sebagai manifestasi dan apresiasi terhadap lagu-lagu balada rock yang
terus malar segar sehingga ke hari ini, lima vokalis unggul negara
Salem, Aris Ariwatan, Zamani Slam, Rahmat Mega dan Ali XPDC diberi satu
penghormatan kepada perintis rockers otai untuk beraksi di Istana
Budaya. Bukan dibawakan oleh penganjur luar seperti yang berlaku kepada
Opera Hidup atau Rockestra Wings, sebaliknya persembahan yang diberi
judul Konsert Gegar 5 Legenda itu diterbitkan sendiri oleh tenaga
produksi Istana Budaya.

Kelima-lima vokalis yang pernah bermain bersama-sama kumpulan
masing-masing itu akan bergabung dan menjadikan Panggung Sari sebagai
medan temu penuh nostalgik buat pencinta lagu balada rock 1990-an.

Sempat bertemu Aris dan Rahmat untuk bercerita tentang rasa dan
persiapan, dua vokalis yang baru-baru ini muncul menggegarkan malam
Juara Lagu ke-27 itu ternyata menyimpan banyak memori rock yang cukup
manis untuk dikongsikan bersama peminat mereka.

Bagaimana persiapan menjelang konsert yang tinggal beberapa hari sahaja lagi?

RAHMAT MEGA (RM): Paling utama stamina kena dimantapkan. Saya memang
selalu berjoging dan bersenam jadi rutin itu jugalah yang saya lakukan
setiap hari.

ARIS ARIWATAN (AA): Kena jaga kesihatan agar menjelang malam konsert
nanti semua yang ada dalam jiwa boleh dikeluarkan. Stamina juga kena
jaga sebab kami ada malam pratonton pada 14 Mac, jadi semuanya ada empat
malam konsert.

Kalian projek perintis Istana Budaya, jadi apa keistimewaan konsert kali ini?

RM: Walaupun sudah biasa menyanyi, perasaan berdebar-debar itu tetap
ada, cuma tidak keterlaluan sahaja. Ini kali pertama juga saya akan
menyanyi di Istana Budaya, satu tempat yang menjadi impian ramai
penyanyi juga. Harapnya, bukan kami sahaja, selepas ini biarlah ramai
lagi akan diberi tawaran sebegini.

AA: Sayangnya ia tidak jadi yang pertama. Persembahan sebegini nampak
seperti lanjutan daripada impak besar yang dilihat pada malam Anugerah
Juala Lagu ke-27 baru-baru ini. Saya tetap positif dengan penganjuran
konsert ini apabila lima orang vokalis diberi peluang sama rata dengan
35 buah lagu secara keseluruhannya. Saya harap Konsert Gegar 5 Legenda
akan meletup!

Bagaimana dengan seleksi lagu?

AA: Kami diberi kebebasan dalam soal pemilihan lagu dan semuanya akan
disampaikan secara orkestra. Soal pemilihan lagu sudah pasti saya akan
menyampaikan seleksi lagu-lagu hit sepanjang kembara muzik saya yang
bermula dari tahun 1987 hinggalah ke tahun 1997.

RM: Kami akan ikut momentum yang merakamkan siapa Rahmat Mega sebelum
ini. Tempoh masa sekitar 35 minit untuk setiap seorang menyanyikan
lapan hingga sembilan lagu dalam konsert itu nanti sebenarnya tak cukup.
Jadi, kena buat medley.

Konsert ini semacam rakaman kisah lalu, jadi kepada siapa ia mahu ditujukan?

RM: Untuk peminat rock zaman itu, lewat 1980-an dan 1990-an, saya mahu tengok mereka datang bersama keluarga dan anak-anak.

AA: Lirik lagu-lagu pada era 1990-an dahulu lebih jujur dan ikhlas
sebab kami hidup pada zaman survival tak selesa macam sekarang.

Mungkin boleh ceritakan tentang episod paling sukar atau luar biasa yang pernah kalian lalui.

AA: Kena tipu oleh pihak penganjur itu biasa, makan mi segera juga
biasa, tidur kaki lima pun biasa. Yang luar biasanya apabila Wings dan
Search kena gunting rambut oleh menteri dan disiarkan secara langsung,
satu Malaysia tengok. Seluar kulit atau jean ketat tak boleh pakai, itu
luar biasa. Situasi itu yang beri ilustrasi muzik dan melodi yang ada
pada zaman ini. Saya sendiri pernah dibunuh oleh industri apabila
tiba-tiba syarikat batalkan kontrak.

RM: Zaman kami dahulu, muzik rock sangat produktif. Setiap studio
penuh. Berbanding Aris, saya lebih junior tapi saya ada di bahagian
penerbitan di studio sejak tahun 1987 lagi. Kena paksa rakamkan satu
album dalam satu hari pun saya buat. Masa itulah terhasilnya album
Gerimis yang kemudian terperap bertahun-tahun sebelum dilancarkan pada
tahun 1989.

Berbalik kepada konsert nanti, momen bagaimana yang mahu dikongsikan atas pentas?

RM: Rasanya setiap orang ada cerita peribadi yang dikaitkan dengan
lagu-lagu kami. Dahulu, pelajar sekolah tulis surat pakai lirik lagu
sahaja untuk sampaikan perasaan kepada kekasih, betapa menyerap kuasa
lagu pada masa itu. Sudah tentu mereka kini dewasa dan terpanggil mahu
tengok kami, momen begitu yang saya maksudkan.

AA: Tahun 1997 saya muncul dengan Lamunan Terhenti, boleh dikatakan
ramai peminat saya zaman itu terdiri daripada pelajar universiti. Dahulu
penyampai radio Ainol Jamal Zainal ada ruangan kupasan lirik. Ada satu
lagu saya, Ngajat vs Tanggo dikupas selama berbulan-bulan bersama
pelajar universiti dalam slot Ainol di radio. Kupasan itu pula sangat
mendalam. Setelah 15 tahun, saya harap saya masih ada peminat yang faham
falsafah saya. Itu antara momen dan apresiasi tertinggi dalam dimensi
muzik saya.

Beri sedikit persepsi kalian tentang muzik hari ini.

RM: Banyak bezanya. Durasi sendiri main peranan, dulu sekadar lima
minit, enam dan tujuh minit pun ada, sekarang kalau boleh nak
pendek-pendek sahaja.

AA: Dahulu album dedah biografi penyanyi atau kumpulan itu, sekarang
mana ada album, ramai buat single sahaja. Muzik sekarang teruk, tak tahu
apa cara lagi nak jual.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_05.htm#ixzz2N7ey43RY

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum