Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kedah tamatkan khidmat Santos

View previous topic View next topic Go down

Kedah tamatkan khidmat Santos

Post by Park Deen on Sun Mar 10, 2013 10:52 am





Oleh NORLIDA AKMAR IDROS


PRESTASI yang mengecewakan dipamerkan oleh Santos (kiri) memaksa Kedah menamatkan kontraknya serta merta.




KHIDMAT pemain import Kedah dari Brazil, Chayene Santos sudah sampai
ke penghujungnya apabila dia digugurkan daripada senarai pemain skuad
Kenari berkuat kuasa serta merta.

Posisinya sebagai penyerang utama skuad Kenari bakal digantikan dengan seorang pemain import baharu dari Croatia.

Ketua jurulatih pasukan Kedah, Mario Tot berkata, Santos tidak lagi
beraksi dengan pasukannya ekoran masalah prestasi kerana gagal
menghasilkan gol untuk membantu kemenangan Kedah.

"Kita berterima kasih kepada Santos atas segala usaha yang
dilakukannya untuk Kedah dan saya rasa dia kurang bernasib baik di sini.

"Dia masih muda dan merupakan seorang pemain yang bagus, dan nasibnya
mungkin akan lebih baik di kelab lain," katanya selepas perlawanan
Kedah menentang Kuala Lumpur di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam
kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, Kedah berpesta gol apabila menewaskan Kuala
Lumpur 3-0 dengan jaringan pertama pada minit ke-63 menerusi tandukan
M. Faizal Abu Bakar diikuti Akhmal Rizal Ahmad Rakhli dan Mohd. Shazuan
Asyraf pada minit-minit akhir permainan.

Kata Tot, beliau pulang ke Croatia hari ini dan akan kembali bersama
seorang pemain dari Croatia yang bakal memantapkan lagi bahagian
serangan.

"Saya akan pulang pada 21 Mac depan dan saya harap kemunculan pemain
dari Croatia ini dapat menyelesaikan masalah Kedah untuk mendapatkan
lebih banyak gol pada perlawanan selepas ini," jelasnya yang tidak
mendedahkan identiti pemain import baharu tersebut.

Tambahnya, Kedah kini mempersiapkan diri untuk beraksi pada
perlawanan terakhir pusingan pertama liga menentang Sarawak di Kuching
pada 29 Mac depan dalam misi memburu kemenangan, seterusnya merapatkan
jurang dengan pasukan yang mendahului liga.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2N7ZOWFLN

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum