Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Selangor ratah Johor DT

View previous topic View next topic Go down

Selangor ratah Johor DT

Post by Park Deen on Sun Mar 10, 2013 10:48 am





Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


AMRI (tengah) dihimpit dua
pertahanan Johor DT pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam
tadi. Pada perlawanan itu, Selangor menang 4-1.




SELANGOR tampil garang apabila menewaskan Johor Darul Takzim (Johor
DT) 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Lebih manis, kejayaan itu turut menyaksikan skuad kendalian Irfan
Bakti Abu Salim berjaya merampas kedudukan Johor DT di tangga kedua liga
selain berkongsi mata dengan pendahulu Liga Super, Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) dengan mengutip 18 mata sepanjang 10 perlawanan.

Pada aksi malam tadi, Selangor tidak mengambil masa lama untuk
membuka jaringan menerusi percubaan menarik daripada S. Kunanlan pada
minit keempat.

Bekas pemain Negeri Sembilan itu bijak memperdayakan penjaga gol,
Zamir Selamat yang gagal mendakap kemas percubaannya daripada luar kotak
penalti.

Gergasi Merah terus mempamerkan persembahan cemerlang apabila
menggandakan kedudukan menerusi penyerang import, Francis Forkey Doe
pada minit ke-32.

Skuad kendalian Fandi Ahmad cuba bangkit namun keputusan 0-2 itu kekal sehingga tamat aksi separuh masa pertama.

Bersambung di babak kedua, Selangor terpaksa meneruskan permainan
dengan 10 pemain apabila tonggak pertahanan import, Peter Charappan
diarahkan keluar padang pada minit ke-56.

Ia gara-gara pemain kelahiran Slovakia itu menerima kad kuning kedua
selepas mengasari penyerang Johor DT, Norshahrul Idlan Talaha
berhampiran dengan kawasan kotak penalti Selangor.

Kehilangan Charappan nyata tidak menyekat keghairahan Selangor untuk
mencari jaringan apabila Mahalli Jasuli meledak gol ketiga buat Gergasi
Merah pada minit ke-67.

Dua minit kemudian, Mohd. Amri Yahyah terus menambah derita Harimau Selatan apabila menjaringkan gol keempat buat Selangor.

Harimau Selatan yang terdesak untuk mengurangkan jaringan, akhirnya
berjaya membolosi gawang Gergasi Merah hasil gerakan solo Norshahrul
pada minit ke-75.

Bagaimanapun, ia sudah terlewat bagi skuad Johor DT untuk bangkit dan kedudukan 4-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu, Kelantan tewas 0-1 kepada Lions XII pada aksi yang
berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura manakala Felda United
menewaskan Negeri Sembilan 1-0.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2N7Y0pL98

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum