Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Konsert Sofea, Jinbara dan Bunkface 13 Mac depan

View previous topic View next topic Go down

Konsert Sofea, Jinbara dan Bunkface 13 Mac depan

Post by Park Deen on Sat Mar 09, 2013 10:34 am












SHAH ALAM 8 Mac - Buat julung kalinya, para peminat muzik tanah air
berpeluang untuk melihat persembahan kumpulan rock dari tiga era dalam
satu konsert yang akan diadakan di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam
pada 13 Mac ini.

Para peminat akan berpeluang untuk kembali menyaksikan kehebatan
persembahan kumpulan rock yang pernah menggegarkan dunia muzik tanahair
dengan lagu-lagu Bunga Padang Pasir, Anak Liar dan Hati Syaitan iaitu
Sofea.

Sofea yang juga dikenali dengan nama SYJ akan berganding dengan
kumpulan Jinbara yang popular dengan lagu Resah, Farhana, Patah Pusing,
Nilai Cinta,

Jerangkung Bernyawa sekitar tahun 2000-2005

Selain itu, Konsert Di hatiku yang merupakan projek akhir pelajar
Fakulti Filem Teater dan Animasi UiTM turut akan dijayakan oleh kumpulan
Bunkface yang popular dengan lagu Revolusi dan Situasi.

Menurut pegawai publisiti penganjur konsert, Nur Syahirah Abd. Majid,
apa yang menarik ialah, ketiga-tiga kumpulan berkenaan dipilih untuk
membuat persembahan berdasarkan pungutan suara yang dilakukan ke atas
lebih 100 pelajar fakulti tersebut.

"Kami cuba untuk membuat kelainan dengan mengadakan satu konsert
mengikut citarasa penonton dan ketiga-tiga kumpulan inilah yang mendapat
pilihan paling tinggi dalam pungutan suara yang kami lakukan," katanya
dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Syahirah, setakat ini sebanyak 400 daripada 1,500 tiket-tiket
konsert bernilai RM25 dan RM50 telah terjual sejak tiket-tiket
berkenaan mula dijual dua hari lepas.

Jelas beliau, bagi mereka yang berminat, tiket-tiket konsert tersebut
masih boleh diperolehi di UiTM Shah Alam, I-City Shah Alam, Space U8,
Plaza Masalam, Giant Shah Alam, dan disekitar Lembah Klang.

Tambah beliau, maklumat lanjut mengenai konsert tersebut boleh
diperolehi dengan menghubungi Bahagian Publisiti, Konsert Di Hatiku di
talian 013-7089805. - UTUSAN Online


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130309/hi_01/Konsert-Sofea-Jinbara-dan-Bunkface-13-Mac-depan#ixzz2N1eq4qhl

© Utusan Melayu (M) Bhd
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum