Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

ATM rampas takhta

View previous topic View next topic Go down

ATM rampas takhta

Post by Park Deen on Sat Mar 09, 2013 10:32 am







KUALA LUMPUR - Bangkit daripada ketinggalan dua
gol, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meraih kemenangan 4-2 ke atas Perak
di Stadium Perak, Ipoh sekali gus merampas kedudukan teratas Liga Super
dalam tempoh kurang 24 jam.

Meraih 18 mata, ATM berpeluang mengekalkan status selaku pendahulu
sebelum liga berehat selama tiga minggu jika Johor Darul Takzim gagal
meraih tiga mata penuh ke atas Selangor di Stadium Shah Alam, malam ini.

Skuad Seladang bermula garang apabila Karim Rouani membuka tirai
jaringan pada minit ke-11, sebelum Muhd. Shahrom Abdul Kalam
menggandakan kedudukan pada minit ke-20.

Namun, kegembiraan anak-anak buah Mohd. Azraai Khor hanya seketika apabila Gladiators tiba-tiba mempamer kebangkitan menakjubkan.

Bekas penyerang negara, Hairuddin Omar merapatkan jurang pada minit
ke-21 dan pemain sayap kiri, Christie Jayaseelan menyamakan kedudukan di
minit ke-42.

Marlon Alex James membuktikan bisanya selaku penggempur terbaik dalam
saingan Liga Malaysia apabila meletakkan ATM berada di hadapan buat
pertama kali pada minit ke-45.

Harapan Perak untuk bangkit berkecai apabila Marlon Alex memastikan
tiga mata penuh menjadi milik ATM dengan gol kedua peribadi dalam
perlawanan itu pada minit ke-85 sekali gus menjadikan keputusan mutlak
4-2.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130309/su_05/ATM-rampas-takhta#ixzz2N1eDlxCi

© Utusan Melayu (M) Bhd
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum