Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Tiz bahagia bersama Daniel

View previous topic View next topic Go down

Tiz bahagia bersama Daniel

Post by Park Deen on Sat Mar 09, 2013 10:21 am





Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my


TIZ ZAQYAH mengakui sudah tiga bulan dia menjalinkan hubungan cinta dengan Daniel Haziq.




AKTRES popular Tiz Zaqyah kini lebih bersikap terbuka bercerita
tentang kekasih baharunya, Daniel Haziq berbanding ketika dia bercinta
dengan aktor Remy Ishak dahulu.

Tidak hanya terbuka bercerita, Tiz juga seringkali memuat naik gambar
dia bersama kekasihnya itu di laman sosial instagram miliknya untuk
tatapan peminat-peminatnya.

Menurut Tiz, kematangannya berada dalam industri membuatkan dirinya
memahami situasi berkongsi hal peribadi dengan peminat adalah lebih baik
daripada berselindung.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Tiz selanjutnya mengenai kekasihnya
itu dan juga pendedahan Tiz mengenai gandingannya bersama bekas
kekasihnya, Remy dalam drama Cinta Jangan Pergi ketika ditemui pada
majlis pratonton drama arahan Khabir Bhatia itu di Panggung Cathay
Cineplex Cineleisure, Petaling Jaya, Selangor kelmarin.

Kosmo!: Kenapakah Tiz kini lebih bersikap terbuka bercerita dan berkongsi gambar mengenai kekasih berbanding percintaan dahulu?

TIZ: Kalau kita sorok mengenai perkara ini (percintaan bersama
Daniel), lambat laun orang tetap tahu. Lebih baik saya kongsikan kepada
peminat. Lagipun, saya lebih selesa berkongsi daripada menyorokkannya.

Ada khabar mengatakan anda bersikap begitu (bercerita dan muat naik
gambar kekasih) kerana mahu membalas dendam kepada Remy? Benarkah
begitu?

Tidaklah. Lebih baik kita hormat antara satu sama lain. Setelah
berada lama dalam industri seni, saya lebih matang dan tahu perkara
peribadi juga harus dikongsikan kepada peminat. Tetapi tidaklah
berkongsi perkara yang terlalu peribadi.

Bagaimanakah penerimaan kekasih mengenai tindakan Tiz bercerita dan muat naik gambarnya?

Dia terkejut kerana instagramnya tiba-tiba ramai pengikut (ketawa).



TERBUKA. Foto-foto Tiz Zaqyah mesra di samping Daniel Haziq yang dimuat naik ke dalam instagram miliknya.




Berapa lamakah hubungan anda dan Daniel berlangsung?

Sudah masuk tiga bulan.

Bagaimanakah anda berdua boleh bertemu?

Dia (Daniel) adalah rakan sekolah menengah saya. Kami berjumpa semula ketika majlis reunion sekolah dan akhirnya rapat.

Apakah menyebabkan anda jatuh cinta padanya?

Dia seorang yang lemah lembut dan sangat penyabar.

Boleh ceritakan mengenai gandingan anda bersama Remy dalam drama Cinta Jangan Pergi?

Saya dan Remy berbincang untuk cuba menampilkan kelainan daripada
segi karakter berbanding ketika kami berlakon bersama dalam drama Nur
Kasih. Drama ini sangat bagus dan saya yakin ia dapat menyentuh hati
penonton.

Bagaimanakah perasaan anda berlakon bersama Remy dalam drama Cinta Jangan Pergi? Khabarnya ketika itu anda berdua baru berpisah?

Memang saya akui sukar untuk kami berlakon bersama sebagai pasangan
kekasih sedangkan ketika itu kami sudah berpisah. Tetapi saya cuba
bersikap profesional. Akhirnya, saya okey dan tidak ada masalah
berlakon bersamanya.

Bagaimanakah jika selepas ini anda dan Remy digandingkan lagi untuk filem dan drama lain?

Kalau ada tawaran berlakon bersama lagi saya tiada masalah, cuma kalau boleh tak nak selalu sangat, takut penonton bosan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0309&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2N1bYE0pI

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum