Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Remy, Maya semakin intim

View previous topic View next topic Go down

Remy, Maya semakin intim

Post by Park Deen on Sat Mar 09, 2013 10:20 am





Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


PROFESIONAL. Hubungan cinta mereka
yang berakhir tidak menghalang Tiz dan Remy bergandingan dengan penuh
serasi dalam drama Cinta Jangan Pergi.




AKTOR popular Remy Ishak mengakui hubungannya bersama aktres jelita Maya Karin kini semakin intim.

Semuanya gara-gara kekerapan mereka menghabiskan masa bersama seperti keluar makan dan juga melakukan aktiviti lasak.

Begitupun, akui Remy jujur, hubungannya dengan Maya sekadar teman rapat dan belum sampai ke peringkat bercinta.

“Saya akui rapat dengan Maya, tetapi kami tidak mempunyai hubungan
istimewa. Walau bagaimanapun, untuk masa depan saya tidak tahu hubungan
kami macam mana,” ungkap Remy sekali gus menimbulkan tanda tanya adakah
mereka kini dalam proses sedang mengenali hati budi.

Merupakan satu-satunya sahabat wanita yang paling rapat, ujar Remy,
dia menyukai Maya kerana mereka mempunyai minat yang sama iaitu
melakukan aktiviti lasak.

Dedahnya mengenai peribadi Maya, pelakon wanita terbaik Filem
Festival Malaysia ke-25 itu bukan sahaja seorang yang cantik tetapi
juga bijak, aktif dan juga berpengetahuan.

“Dia (Maya) merupakan seorang wanita yang mempunyai sikap yang
menyenangkan,” luah Remy yang kini dilihat sedikit terbuka bercerita
mengenai hubungannya bersama Maya.

Mengulas mengenai percutiannya bersama Maya ke Sabah baru-baru ini,
ujar Remy, dia pergi atas jemputan daripada Maya sendiri dan juga pihak
Yayasan Sabah.

Bercuti ke Imbak Canyon, Sabah selama empat hari, ujar Remy, dia ke
sana bukan hanya ditemani Maya seorang sebaliknya pihak Yayasan Sabah
turut bersama mereka.

“Maya menjemput saya ke Sabah bersama pihak Yayasan Sabah bukan
semata-mata ingin bercuti sebaliknya mengkaji haiwan dan ekologi di
hutan simpan.

“Saya setuju kerana sebelum ini saya hanya meredah hutan, tetapi kali
ini aktiviti lasak yang saya lakukan dapat menambah pengetahuan saya
tentang alam sekitar dan memupuk saya untuk lebih mencintai alam
sekitar,” ceritanya.

Doa buat Tiz

Ditebak kenapa sebelum ini dia sukar untuk membuka mulut bercerita
mengenai hal peribadi, kata Remy, dia tidak pandai untuk menyuarakan hal
peribadi kepada umum.

Remy juga berharap peminatnya terima dan menghormati pendiriannya yang lebih suka berahsia tentang peribadi.

“Saya tidak nafikan ramai yang salah tafsir tentang diri saya.
Puncanya, sebab saya berdiam diri dan tidak suka bercerita tentang
peribadi.

“Saya bukan garang tapi tidak tahulah sebab saya jenis orang yang
tidak suka bercakap tentang hal peribadi,” ujarnya menolak anggapan
sesetengah pihak mengatakan dia seorang yang panas baran.



REMY mengakui Maya merupakan satu-satunya sahabat wanita yang kini rapat dengan dirinya.




Terlanjur berbicara tentang peribadi, Remy turut ditanya adakah dia tahu Tiz kini sudah mempunyai kekasih baharu.

Ujar Remy, dia tahu mengenai perkara itu (kekasih baharu Tiz) melalui
teman-teman mereka dan mendoakan yang terbaik untuk bekas kekasihnya
itu.

Remy yang ditemui pada majlis pratonton drama Cinta Jangan Pergi di
Cineplex Cineleisure, Petaling Jaya, Selangor kelmarin juga disoal
mengenai gandingannya bersama bekas kekasih, Tiz Zaqyah, dalam naskhah
arahan Khabir Bhatia itu.

Dedahnya, dia tidak sanggup menolak karya yang begitu bagus daripada
Kabir Bhatia dan tidak mahu membuang masa melayan perasaan sebaliknya
menjayakan drama tersebut dengan sempurna.

Ditebak adakah maksud dia tidak mahu melayan perasaan tersebut
gara-gara gandingannya itu adalah Tiz Zaqyah, tutur Remy, dia gembira
menjalani penggambaran untuk drama Cinta Jangan Pergi dan tidak berasa
kekok berlakon sebagai pasangan kekasih dalam drama tersebut.

Begitupun, Remy mengakui berasa sedikit sebak mengenangkan
hubungannya bersama Tiz tatkala mereka berlakon bersama untuk drama
tersebut.

“Apabila saya baca jalan cerita dan karakter saya dalam drama ini, saya rasa teruja untuk menjayakannya.

“Sebabnya, cerita Cinta Jangan Pergi sangat bagus. Lagipun saya
senang bekerjasama dengan Khabir Bhatia selepas drama Nur Kasih. Dia
seorang pengarah yang menjaga keseluruhan aspek sama ada dari segi jalan
cerita dan lakonan setiap pelakonnya.

“Jadi, saya tidak mahu ketinggalan berlakon di bawah arahannya. Saya
tidak ada masalah berlakon bersama Tiz tetapi saya akui ada rasa sedikit
sebak bila mengenangkan kembali.

“Namun, saya tidak mahu berfikir langsung mengenai hubungan saya
bersama Tiz sebelum ini dan hanya enjoy berlakon dalam drama ini,”
jelasnya yang menjalani penggambaran drama Cinta Jangan Pergi selama
empat bulan termasuk penggambaran di Paris dan London.

Selain Remy dan Tiz sebagai teraju utama, Cinta Jangan Pergi juga
dilakonkan oleh Nadiya Nisaa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel,
Ramona Zam Zam, Aleza Shadan dan Kartina Ayoob.

Cinta Jangan Pergi mengisahkan tentang dua kekasih Lea Soraya (Tiz
Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) yang berjanji sehidup semati namun siapa
sangka dalam sekelip mata, takdir merubah segalanya.

Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak
diingini menimpa Kalil dalam perjalanannya yang ingin menemui dan
melamar Lea Soraya.

Drama bersiri 26 episod itu bakal disiarkan menerusi TV9 setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 8.30 malam bermula 6 April ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0309&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2N1bKIg7k

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum