Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

'Pertahan emas bola sepak'

View previous topic View next topic Go down

'Pertahan emas bola sepak'

Post by Park Deen on Sat Mar 09, 2013 10:08 am





Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


RAZALI (tengah) ketika bercakap
kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat JPBS di Bukit Jalil
semalam. Turut hadir Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri
Zolkples Embong (kiri) dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad
(kanan).




SKUAD bola sepak Harimau Muda harus mengekalkan status juara bertahan
dalam acara bola sepak pada Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember depan.

Demikian tegas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim semalam.

Razali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara
(JPBSN) berkata, pihaknya telah menyatakan hasrat itu kepada Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) dan berharap ia berjaya direalisasikan kelak.

Menurutnya, pihaknya juga akan membantu membiayai sebahagian
perbelanjaan untuk persiapan pasukan tersebut sehingga berlangsungnya
temasya sukan dwitahunan itu.

“Kami telah meminta FAM untuk mempertahankan pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA di Myanmar nanti.

“Oleh itu, kami bersedia menanggung satu pertiga daripada keseluruhan
perbelanjaan skuad itu sebagai persiapan menghadapi temasya sukan itu
nanti,” kata Razali selepas mempengerusikan mesyuarat JPBSN di Bukit
Jalil semalam.

Menurutnya, pihaknya berbesar hati untuk melihat skuad Harimau Muda
bergelar juara hatrik Sukan SEA setelah memenanginya pada edisi 2009
serta 2011.

Selain itu, Razali turut mengumumkan, pihak JPBSN juga sangat berpuas
hati dengan pencapaian jawatankuasa itu sepanjang tahun 2012 yang telah
banyak merangka program pembangunan pada peringkat akar umbi.

“Mesyuarat hari ini (semalam) lebih memberi fokus kepada laporan
tentang pelaksanaan program-program sepanjang tahun 2012 dan kami sangat
berpuas hati dengan apa yang telah dicapai pada tahun lalu.

“Turut dibincangkan ialah mengenai perancangan pada tahun ini dan
keputusan telah dicapai mengenai program MyKids Soc- cer yang mana
pusat-pusat latihan akan ditambah daripada 14 ke 30 buah
keseluruhannya,” jelas Razali lagi.

Katanya, pusat itu termasuk satu di Labuan dan satu lagi di Putrajaya
untuk menjadikan jumlah 3,600 pelatih MyKids Soccer di seluruh negara
membabitkan 224 jurulatih.

Jelas Razali lagi, beliau sangat berbangga kerana 900 pelatih yang
dicadangkan pada tahun lalu telah berjaya mendapat tempat di tiga buah
sekolah sukan utama di negara ini iaitu di Bukit Jalil; Gambang,
Pahang dan Bandar Penawar di Johor.

Sementara itu, pihak jawatankuasa turut mengumumkan pemberian
sumbangan kepada salah seorang pelatih MyKids Soccer dari Perak, Hazreq
Zafri Sabaruddin, 12.

Dia telah kehilangan bapanya, Koperal Sabaruddin Daud, anggota
Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbunuh dalam insiden
serangan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah minggu lalu.

“Dengan sumbangan berjumlah RM5,000 ini, diharapkan sedikit sebanyak
dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga adik
Hazreq Zafri.

“Seperti yang diberitahu kepada saya, Hazreq Zafri yang kini berada
dalam darjah enam merupakan seorang pelatih yang mempunyai rekod baik
dan saya berharap dia berusaha bersungguh- sungguh agar mempunyai masa
depan yang cerah dalam sukan bola sepak,” katanya lagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0309&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2N1YEomsz

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum