Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Tunku Ismail akur dengan hukuman FAM

View previous topic View next topic Go down

Tunku Ismail akur dengan hukuman FAM

Post by Park Deen on Sat Mar 09, 2013 10:07 am





Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


TAUFIK (tengah) ketika mengumumkan
hukuman gantung enam bulan ke atas Tunku Ismail selepas mempengerusikan
mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM di Kelana Jaya semalam.




PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail
Sultan Ibrahim akur dengan segala keputusan dan tindakan undang-undang
yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) terhadap baginda.

Tunku Ismail dalam satu kenyataan semalam bertitah bahawa baginda
menghormati keputusan yang dibuat oleh FAM berhubung dengan laporan
media yang dibuat pada 20 Februari lalu dan semuanya dianggap telah
selesai.

Sehubungan itu, baginda menasihatkan para penyokong Johor supaya
sentiasa menjaga disiplin dan tatatertib serta tidak terpengaruh dengan
anasir-anasir luar yang negatif.

Semalam, Tunku Ismail digantung enam bulan daripada terlibat dalam
sebarang aktiviti bola sepak selain didenda RM18,000 oleh Jawatankuasa
Tatatertib FAM berkuat kuasa semalam.

Tunku Mahkota Johor itu didapati bersalah melanggar Artikel 88 Statut
FAM kerana mengkritik mutu pengadilan bola sepak tempatan yang
disifatkannya tidak mencapai standard yang diharapkan.

Baginda antara lain telah menggesa FAM untuk mengkaji kelemahan tersebut agar mutu pengadilan dalam Liga M lebih efisen.

Jawatankuasa Tatatertib dalam mesyuaratnya petang semalam turut
mengenakan denda RM30,000 ke atas PBNJ kerana insiden pembakaran suar
oleh penyokong Johor Darul Takzim ketika pasukan itu menentang Negeri
Sembilan pada 2 Mac lalu.

Dalam pada itu, dalam kenyataan dua muka surat itu, Tunku Ismail juga
ingin mengingatkan bahawa PBNJ merupakan persatuan bola sepak yang
paling profesional dalam negara ini dengan struktur serta pengurusan
yang kuat dan tersusun.

Baginda juga bertitah, mahukan penyokong Johor mempunyai sikap
berhemah, selain mempunyai semangat kesukanan tinggi yang boleh menjadi
kebanggaan dalam kalangan penyokong bola sepak di seluruh negara.

“Saya masih bersama-sama kamu semua sebagai Tunku Mahkota Johor dan
saya akan sentiasa memastikan bahawa kita (Johor) akan menjadi satu
pasukan yang kuat dan disegani di negara ini,” titah baginda.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0309&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2N1Xqs3ph

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum