Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Teknologi perlu selari dengan naratif

View previous topic View next topic Go down

Teknologi perlu selari dengan naratif

Post by Park Deen on Wed Mar 06, 2013 11:44 am







TULANG belakang di sebalik pembikinan grafik filem Life Of Pi. Dari kiri, Choon Xuan, Nor Faisal dan Woon Bing.




PENGANJURAN anugerah Oscar kali ke-70 menjadi detik bersejarah kepada
sutradara Ang Lee, apabila filem arahannya, Life of Pi, melayakkannya
menerima Anugerah Pengarah Terbaik.

Kemenangan yang diraih pengarah kelahiran Pingtung, Taiwan itu perlu
adalah atas dasar keunggulan orang Asia sehingga mendapat pengiktirafan
tertinggi dalam industri perfileman dunia tersebut.

Kegembiraan itu juga harus disambut girang oleh rakyat Malaysia
kerana filem berkenaan turut mendapat sentuhan kreatif daripada warga
tempatan, khususnya dalam penciptaan magis seni grafik dan pengimejan
digital.

Filem adaptasi novel nukilan Yann Martel itu melayari survival hidup
watak Piscine Molitor Patel atau Pi apabila terdampar di tengah-tengah
Lautan Pasifik bersama empat ekor binatang yang sepatutnya dipindahkan
dari zoo milik bapanya.

Dalam mendalami konflik kerohanian Pi yang tercari-cari pedoman
hidupnya, penonton filem tersebut juga disajikan keindahan sinematografi
dan imej janaan komputer (CGI) yang terhasil daripada kecanggihan
teknologi terkini.

“Sukar untuk memilih secara spesifik akan babak dan grafik yang
menarik kerana hampir kesemuanya menampilkan kehalusan seni dan
teknologi hingga menghampiri kesempurnaan, ibarat difilemkan secara
langsung bukan sekadar mainan digital.

“Sebagai contoh, babak seekor ikan paus yang menjulang tinggi di
permukaan laut sehingga dapat dirasai percikan butiran-butiran air,”
imbas peminat filem teknologi CGI, Kamaruddin Razal, 24.

Tambah Kamaruddin, filem terakhir yang mempunyai teknik CGI terbaik
pernah ditonton adalah melalui karya pengarah tersohor, Steven Spielberg
iaitu Avatar.

Anugerah utama Oscar

Kehebatan grafik Life of Pi berjaya menggondol dua lagi anugerah
utama Oscar menerusi kategori Sinematografi Terbaik dan Efek Visual
Terbaik.

Segala pujian yang melambung tinggi tidak tercipta semalaman kerana
usaha yang dilakukan di sebalik kejayaan itu melebihi kesanggupan
nurani manusia biasa.

“Bayangkan kami berkampung selama lapan hingga 10 bulan untuk
menghasilkan grafik yang menyerupai jisim sebenar,” imbas pereka
teknikal penyediaan latar belakang (Bg Prep TD), Tan Choon Xuan, 25.



FILEM Life Of Pi berjaya mendapat kutipan yang tinggi dan memenangi anugerah di festival-festival filem.




Menurutnya, segala kerumitan proses itu perlu dilalui walaupun untuk
babak yang hanya berlangsung selama seminit daripada keseluruhan cerita.

“Itulah keistimewaan dunia multimedia,” ujarnya berseloroh.

Begitupun tambah graduan Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing itu,
semua keperitan mereka hilang selepas filem tersebut dipertonton kepada
umum.

Choon Xuan adalah antara 44 orang artis digital yang membawa nama
Malaysia dalam pembikinan grafik janaan komputer. Mereka semua bernaung
di bawah syarikat antarabangsa, Rhythm & Hues Studios, berpangkalan
di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Kerja-kerja pembikinan dibahagikan kepada lima lagi cawangan iaitu di
Mumbai dan Hyderabad, India; Vancouver, Kanada; Kaohsiung, Taiwan dan
Malaysia yang terletak di Cyberjaya.

“Proses penggambaran banyak dilakukan dalam tangki air bersaiz besar.
Salah satu tugas kami adalah membuang latar belakang tersebut dan
menggantikan ia dengan pemandangan bersesuaian menggunakan perisian
komputer,” kata seorang lagi bakat yang bertindak sebagai Bg Prep TD,
Nor Faisal Abdullah, 28.

Ketelitian kerja

Tambah Nor Faisal, pembikinan filem stereoskopik 3D memerlukan tata
kerja yang sangat teliti kerana mahu menghidupkan watak ciptaan
menggunakan teknologi komputer.

“Sebagai contoh, ketika babak Pi dikejar oleh harimau, kami perlu
membuang percikan air yang tidak perlu dan babak itu sahaja memerlukan
tiga orang pereka menghasilkannya,” jelas pelajar Universiti Multimedia
itu.

Bagi pereka teknikal yang pakar dalam matchmove dan pergerakan
kamera, Chang Woon Bing, 26, cabaran paling getir adalah ketika membuat
babak ikan-ikan berterbangan.

Perincian tepat perlu dibuat melalui pergerakan kamera fizikal yang
selari dengan parameter dan kamera digital sebelum dipadankan dalam
perisian.

“Pada masa sama, babak tersebut mesti bersesuaian dengan efek yang ditambah,” ujar Woon Bing.

Walau hanya merangkumi tujuh peratus grafik dalam filem itu,
ketiga-tiga mereka tetap gembira dan berpuas hati kerana hasil kerja
tersebut telahpun ditonton seluruh dunia. Nama mereka turut terpatri
bersama kejayaan filem tersebut.

“Bekerja dengan syarikat antarabangsa merupakan detik berharga kepada
saya. Banyak pengalaman ditimba merangkumi cara kerja berbeza ketika
berada di syarikat lokal.

Di Rhythm & Hues, persaingan secara sihat adalah perkara biasa
kerana ia merupakan cabaran untuk melakukan yang lebih baik,” ujar Nor
Faisal.

Choon Xuan menambah, bekerja dalam organisasi besar menambah
keyakinan dirinya kerana perlu berinteraksi dalam kumpulan yang ramai.

“Sebelum ini saya lebih suka membuat kerja secara bersendirian.
Selepas memasuki syarikat ini, saya perlu bekerjasama bersama tenaga
kerja lain. Kami saling membantu dan berkongsi kepakaran masing-masing,”
katanya.

Pembukaan Rhythm & Hues di Cyberjaya bermula pada tahun 2009
dengan kapasiti pekerja sehingga kini menghampiri 140 orang. Pengurus
Senior, Hasnul Hadi Samsudin berkata, hampir 95 peratus merupakan warga
Malaysia yang melakukan kerja-kerja sama seperti cawangan lain.

“Saya boleh katakan, bakat anak-anak muda tempatan kita sudah
meningkat pada satu tahap yang tinggi kerana penglibatan mereka dalam
projek-projek besar.

Setakat ini, mereka telah melakukan 18 buah projek dan beberapa lagi filem yang sedang dalam proses pos-produksi,” ujar Hasnul.



BABAK di tengah-tengah lautan banyak dilakukan dalam sebuah tangki besar.




Antara filem dihasilkan oleh pekerja di Malaysia termasuklah Hunger Games, X-Men First Class dan Bourne Legacy.

Kongsi kemahiran

Kepakaran dan kecanggihan teknologi yang ada turut dikongsi bersama badan-badan korporat dan institusi pengajian tempatan.

“Salah satu aktiviti yang kami lakukan adalah mengadakan sesi latihan
selama tiga bulan kepada mereka yang ingin bekerja dalam syarikat.
Mereka akan didedahkan dengan cara kerja Rhythm & Hues, malah
penyerapan kerja diberikan kepada yang layak.

“Pada masa sama, kami turut mengadakan program pendidikan fakulti
yang terbuka kepada pelajar dan pensyarah dari institusi pengajian
tempatan. Mereka akan melihat dan merasai sendiri proses pembikinan
grafik atau animasi oleh artis digital kami.

“Kami lakukan semua aktiviti ini untuk membantu industri perfileman
dan multimedia berkembang selaras dengan kemajuan teknologi,” ujar
Hasnul.

Buat masa ini, tambah Hasnul, mereka tidak mengadakan kerjasama
dengan mana-mana syarikat penerbitan filem tempatan kerana berasa kurang
adil kepada studio grafik di negara ini.

“Lagipun, kami mempunyai beberapa projek sendiri di samping kekangan
masa dan tenaga tidak mengizinkan syarikat menerima pelawaan mereka,”
jelasnya.

Mujur ada usaha daripada anak watan untuk memperjuangkan bakat dan kepakaran grafik tempatan di bawah jenama lokal.

Kesungguhan itu boleh dilihat menerusi terbinanya KRU Studio Sdn.
Bhd. yang dikendalikan oleh tiga adik-beradik iaitu Norman, Yusri dan
Edry Abdul Halim. Melalui syarikat itu, mereka telah menghasil beberapa
filem menggunakan teknologi animasi dan grafik seperti Cicakman, Hikayat
Merong Mahawangsa dan 29 Februari.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0306&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2MkOwthB2

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum