Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Irfan kecewa bawa pulang satu mata

View previous topic View next topic Go down

Irfan kecewa bawa pulang satu mata

Post by Park Deen on Wed Mar 06, 2013 11:23 am





PENGENDALI Selangor, Irfan Bakti Abdul Salim melahirkan rasa kecewa
apabila Gergasi Merah sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan
dengan T-Team pada aksi Liga Super semalam, lapor NADZARUL AMIR ZAINAL
AZAM.

Pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
itu, jentera serangan Gergasi Merah yang dikemudi Francis Forkey Doe dan
Mohd. Amri Yahyah seolah-olah gagal memberi impak kepada tuan rumah.

Lebih memburukkan keadaan, T-Team yang dibarisi pemain muda berjaya
mengawal perlawanan dengan baik terutama pada babak kedua dan hampir
membolosi gawang Selangor melalui beberapa percubaan menarik.

Selangor harus berterima kasih kepada penjaga gol, Norazlan Razali
yang menunjukkan persembahan meyakinkan dalam menyekat beberapa
percubaan berbahaya The Titans.

"Saya kecewa kerana tidak dapat mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan petang ini (semalam).

"Bukan hendak memandang rendah kekuatan T-Team tetapi kemungkinan
faktor bermain pada waktu petang menjejaskan sedikit rentak permainan
kami," jelas Irfan semalam.

Menyentuh mengenai pemain pertahanan import baharu Selangor, Peter
Chrappan, Irfan berpuas hati dengan persembahan pemain kelahiran
Slovakia itu.

"Kalau melihat kepada perlawanan hari ini (semalam), saya berpuas hati dengan persembahannya," ujarnya.

Sementara itu, jurulatih T-Team, Peter James Butler berpuas hati
dengan rentak permainan anak-anak buahnya biarpun gagal meraih
kemenangan.

"Saya dapat melihat kesungguhan yang ditunjukkan para pemain dalam perlawanan tadi (semalam) terutama semasa babak kedua.

"Mereka juga menunjukkan keinginan untuk mencatatkan kemenangan apabila mengawal permainan," katanya.

Menurut Butler, skuad kendaliannya akan terus berusaha dalam memperbaiki mutu permainan mereka.

"Kami akan berdepan pasukan Terengganu pada Jumaat ini dan ia merupakan perlawanan penting.

"Jika kami terus menunjukkan prestasi cemerlang, kami mungkin mencatat kemenangan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0306&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz2MkJWiJWT

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum