Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Piala AFC: Kelantan 'simpan kuku' hadapi Maziya SRC

View previous topic View next topic Go down

Piala AFC: Kelantan 'simpan kuku' hadapi Maziya SRC

Post by Park Deen on Wed Mar 06, 2013 11:21 am







DARI kiri, Hodak; penjaga gol
Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat; kapten Maziya SRC, Ahmad Rashid dan
Ismail bergambar bersama pada sidang akhbar di Kota Bharu, Kelantan
semalam.




KELANTAN bakal turun tanpa kelibat beberapa tonggak utama ketika
menentang kelab Maldives, Maziya Sport And Recreation Club (Maziya SRC)
pada aksi Kumpulan G kempen Piala AFC di Stadium Sultan Muhammad IV,
Kota Bharu malam ini.

Selain masalah kecederaan, tindakan ketua jurulatih Kelantan, Bojan
Hodak itu adalah bagi memastikan para pemainnya lebih segar dan bersedia
apabila mereka bertandang ke Stadium Jalan Besar menentang Lions XII
pada saingan Liga Super, Sabtu ini.

Menurut Bojan, sistem penggiliran pemain perlu dilakukan kerana para
pemainnya sudah mengharungi beberapa perlawanan sebelum ini dalam tempoh
yang singkat menyebabkan mereka kepenatan dan terdedah kepada
kecederaan.

"Dua perlawanan penting dalam tempoh yang singkat. Empat hari lagi,
Kelantan terpaksa bermain di atas padang rumput tiruan di Singapura
sedangkan kami berdepan masalah kecederaan.

"Kali ini tekanan memang terasa kerana kami adalah juara tiga piala
selain layak ke suku akhir Piala AFC pada musim lalu," jelas Hodak
semalam.

Ketika ini, Norfarhan Muhammad terkeluar daripada senarai kerana
kecederaan manakala peluang beberapa pemain seperti Obinna Nwaneri,
Mohd. Daudsu Jamaludin masih 50-50 kerana turut cedera.

"Bagaimanapun, Dickson Nwakaeme, Dimitrios Pertratos dan Azizi (Matt
Rose) dan Nik Shahrul Azim pasti berada dalam kesebelasan utama saya
malam esok (malam ini)," katanya.

Pengendali dari Croatia itu juga tidak meletakkan sasaran yang
terlalu tinggi dan mahu para pemainnya fokus untuk melepasi peringkat
kumpulan dan mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri selepas
mengharungi lebih 30 perlawanan.

Sementara itu, jurulatih Maziya SRC, Ismail Maziya berkata,
pasukannya mempertaruhkan enam pemain kebangsaan Maldives dalam
penampilan sulung mereka pada kempen Piala AFC musim ini.

"Saya akui kami akan ditentang hebat oleh Kelantan. Sasaran kami
adalah untuk memperoleh satu keputusan yang baik, jika seri itu sudah
dikira cukup bagus.

"Tak banyak maklumat yang saya tahu tentang Kelantan tetapi saya
percaya tidak ada bezanya barisan pemain mereka pada kali ini berbanding
musim lalu.

"Kami hormati Kelantan dan saya mahu pemain lebih berhati-hati pada perlawanan malam esok (malam ini)," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0306&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz2MkDwmOn8

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum