Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Pendirian FAM cetus polemik

View previous topic View next topic Go down

Pendirian FAM cetus polemik

Post by Park Deen on Wed Mar 06, 2013 10:25 am





Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah




SEJAUH mana kesediaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminda
Artikel 88 yang selama ini seolah-olah dijadikan ‘perisai’ badan induk
itu daripada dikritik masih menjadi persoalan banyak pihak.

Biarpun Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
(gambar) memberi ‘lampu hijau’ kepada ahli gabungan untuk mengemukakan
usul pindaan tersebut baru-baru ini, ramai yang tidak menolak
kemungkinan ia sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’.

Apa tidaknya, usul sedemikian sebenarnya bukan sesuatu yang baharu apabila telah lama dicadangkan sejak setahun lalu.

Sumber memberitahu Kosmo!, episod cadangan meminda Artikel 88 sudah
dimulakan pada Kongres Tahunan FAM ke-48 yang diadakan di Kuala Lumpur
pada 7 Julai 2012.

Menurutnya, ketika kongres tersebut berlangsung, terdapat usul untuk
mengkaji semula dan meminda artikel berkenaan selain usul supaya jawatan
Setiausaha Agung tidak dilantik secara terus oleh presiden, sebaliknya
perlu menerima sokongan daripada ahli gabungan.

“Usul tersebut dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Perak dan disokong
oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan dan Persatuan Bola Sepak Perlis,
namun ketika kongres berlangsung, usul tersebut langsung tidak disebut
dan dibincangkan.

“Apa yang saya dimaklumkan, syor tersebut diusulkan dengan mengikut
semua prosedur yang ditetapkan dan FAM sepatutnya tidak mempunyai alasan
untuk menolak usul berkenaan kecuali mereka tidak serius untuk
memindanya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Untuk rekod, artikel berkenaan didakwa menyekat kebebasan bersuara
ahli-ahli gabungan dan exco menyaksikan beberapa individu telah pun
dikenakan tindakan termasuk satu-satunya Timbalan Presiden FAM, Tan Sri
Annuar Musa digantung selama dua tahun enam bulan dan terbaharu
melibatkan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis, Datuk Seri Shahidan
Kassim.

Baru-baru ini, Tengku Abdullah memberitahu, kesediaan FAM untuk
meminda artikel berkenaan selepas ia melibatkan kritikan dan teguran
yang dikeluarkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail yang mengkritik
mutu pengadilan Liga Malaysia.

Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu, FAM seharusnya perlu lebih
peka dan prihatin dengan permintaan atau usul yang diajukan oleh ahli
gabungan kerana ia melibatkan kepentingan bersama dan artikel berkenaan
juga jelas menyekat kebebasan bersuara biarpun ia suatu yang positif.

Menurutnya, keghairahan FAM ketika ini untuk mengubah dan meminda
Artikel 88 sepatutnya bukan lagi omong kosong ataupun merasionalkan
alasan supaya tindakan tidak diambil terhadap Tunku Ismail yang jelas
mengkritik FAM melalui isu mutu pengadilan.

“Kita tidak mahu pindaan ini dibuat semata-mata untuk menyelamatkan
individu tertentu kerana selepas perkara tersebut berlaku, baru FAM
dilihat serius untuk mengubahnya.

“Bagaimanapun, sekiranya pindaan tersebut menjadi kenyataan, ia merupakan lembaran baharu dalam usaha menambah baik FAM.

“FAM perlu menjadi sebuah intitusi yang berjiwa besar, mendengar dan
mengambil kira pandangan ahli gabungan selain melakukan yang terbaik
untuk kemajuan dan kelangsungan masa depan bola sepak tempatan,”
ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0306&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2Mk57UBHV

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum