Robin Van Persie
Page 2 of 1 • Share •
Robin Van Persie
Tiga gol lagi
Robin van Persie
KEJAYAAN Robin van Persie meledakkan puluhan gol, membantu skuad Arsene Wenger mengembalikan reputasi mereka dari permulaan hambar hingga berjaya merebut tiket ke Liga Juara-Juara, malah membantu pemain Belanda itu menghampiri rekod jaringan Alan Shearer dalam tahun Liga Perdana Inggeris dengan 36 gol.
Jaringan Van Persie ketika Arsenal menewaskan Aston Villa 2-1 membolehkannya mengumpul 34 gol pada 2011 untuk menyamai rekod Thierry Henry pada 2004.
Dia memerlukan tiga gol lagi menerusi kunjungan Wolverhampton Wanderers pada 27 Disember dan Queens Park Rangers pada malam Tahun Baru untuk mengatasi rekod Shearer yang dicatat 16 tahun lalu.
Rekod Van Persie dilihat lebih menarik dengan purata satu gol setiap perlawanan manakala jumlah jaringan Shearer untuk Blackburn Rovers iaitu 42, manakala Henry 39 gol.
“Saya berusia 34 tahun sekarang, sama seperti Thierry,” kata Van Persie.
“Ia satu penghormatan kerana Thierry adalah pemain terbaik Arsenal jadi kejayaan mencapai rekod itu dalam tempoh setahun cukup istimewa. Saya tidak mahu mengalami nasib malang. Saya tahu mengenai rekod itu. Ia membuat saya bangga. Ini bukan sasaran utama saya tetapi sudah tentu saya gembira dengan perkara itu.”
Selepas menyertai Arsenal dari Feyenoord tujuh tahun lalu dengan bayaran �2.75 juta (RM13.6 juta), sumbangan Van Persie sejak musim 2004/05 boleh dianggap sederhana dengan lima, lima, 11, tujuh , 11 dan sembilan gol sebelum lebih serius dengan 18 gol pada kempen lalu, semuanya dicapai selepas 1 Januari 2011.
Begitupun dia masih mengumpul 16 gol musim ini sebelum tibanya tahun baru. Jika sebelum ini dia sering berada di bilik rawatan, Van Persie kini mencetus kebangkitan dengan prestasi meyakinkan.
“Saya tidak terlepas satu pun perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini,” katanya.
“Jadi jika anda mencapai prestasi hebat, rasa lebih cergas dan membolehkan anda mencuba sesuatu yang baru, anda mengambil lebih risiko berbanding jika anda baru pulih daripada kecederaan.
“Sebagai penyerang, adalah penting untuk mencuba kerana ada ketikanya anda merasakan lebih baik menolak bola masuk daripada merembatnya.
“Jika anda lihat kepada aksi saya, saya lebih banyak mengambil risiko sekarang kerana saya tahu jika pasukan menyokong saya, saya akan mempunyai lebih banyak peluang. Biasanya saya tidak menerima satu peluang, mungkin dua, tiga atau empat dalam sesuatu perlawanan.
“Ia menunjukkan saya sentiasa mengambil risiko di mana saja.”
Perpindahan musim panas di Emirates bermula dengan Gael Clichy menyertai Manchester City dan berterusan apabila Cesc Fabregas, orang kuat Wenger di padang, menyertai Barcelona manakala Samir Nasri mengikut jejak Clichy ke Stadium Etihad.
Kejutan akibat kehilangan ramai pemain bintang menjejaskan peluang Arsenal musim ini apabila mereka meninggalkan Old Trafford pada akhir Ogos dengan kekalahan 2-8, menyebabkan mereka berada di tangga ke-17 dengan hanya mengumpul satu mata selepas tiga perlawanan terawal.
Bahkan, Van Persie turut terkejut dengan kejayaan Arsenal menduduki tangga kelima ketika ini.
“Mungkin terkejut sedikit tetapi kami perlu membiasakan diri dengan pemain baru dan saya memuji Mikel Arteta, Per Mertesacker, Yossi Benayoun. Mereka mempunyai karakter yang hebat dan banyak membantu pasukan.”
Kematangan Van Persie mula terserlah apabila mengharapkan pasukannya semakin maju, daripada kepuasan diri mencapai 37 gol sebelum tibanya 2012.
“Sasaran utama saya adalah memenangi perlawanan dan membantu pasukan mencapai keputusan lebih baik, terutamanya ketika menentang Villa, kerana pentingnya untuk kembali bangkit selepas kekalahan kepada Manchester City, Ahad lalu.
“Pasukan hebat biasanya bangkit daripada kekalahan dan itulah yang kami perlu lakukan. Kami perlu dapatkan kemenangan. Kami akan menentang Wolves selepas ini dan kemudiannya QPR. Kedua-duanya di laman sendiri jadi kami mengharapkan keputusan lebih baik.”

Park Deen- Admin

- Negeri:

Posts: 715
Points: 1353
Reputation: 0
Join date: 18/09/2011

Re: Robin Van Persie
Van Persie terbaik di England
LONDON - Angel Rangel menjelaskan penyerang Arsenal, Robin van Persie
adalah pemain terbaik dalam Liga Perdana England ketika ini.
Van Persie telah mengetuai jentera serangan The Gunners musim ini dan muncul penjaring terbanyak liga dengan 17 gol.
Pertahanan Swansea, Rangel yang akan berdepan Arsenal di Stadium
Liberty malam ini, meramalkan penyerang Belanda itu akan memenangi
anugerah Pemain Terbaik PFA.
"Saya rasa prestasi Robin van Persie dan (perancang Manchester City)
David Silva sangat menakjubkan. Tetapi bagi saya, Van Persie lebih
hebat.
"Setiap kali dia menyentuh bola, dia akan melakukan jaringan. Dan
kemenangan dicipta menerusi jaringan. Dia boleh memegang bola dengan
kedua-dua kakinya dan mempunyai kepantasan yang menakjubkan.
"Dia mungkin pemain paling sempurna pernah saya lihat dan saya rasa
dia akan mendapat undian saya dalam anugerah Pemain Terbaik PFA."
Van Persie kembali disenaraikan dalam skuad Arsenal selepas dia
direhatkan ketika pasukan mencatat kejayaan 1-0 ke atas Leeds dalam
kempen Piala FA minggu lepas. - Agensi

Van Persie nafi bantah Wenger
LONDON: Robin van Persie menafikan dakwaan hubungannya dengan
pengurus Arsenal, Arsene Wenger mula tegang berdasarkan rasa tidak puas
hati penyerang itu apabila Alex Oxlade-Chamberlain dikeluarkan ketika
menentang Manchester United.
Van Persie yang menjadi tulang belakang kebangkitan Arsenal musim ini
dalam memburu kelayakan Liga Juara-Juara dilihat menjerit “Tidak!”
apabila Wenger menggantikan Oxlade-Chamberlain dengan Andrey Arshavin
ketika mereka tewas 1-2, Ahad lalu.
Tindakan itu sememangnya tidak disenangi penyokong Arsenal yang mengejek Wenger ketika membuat pertukaran pemain.
Penyerang Belanda, Van Persie meredakan kontroversi itu apabila berkata Chamberlain dikeluarkan kerana kecederaan betis.
“Saya
tidak memarahi Wenger, cuma kecewa apabila Chamberlain meninggalkan
padang kerana dia bantu saya menjaringkan gol,” kata Van Persie.
“Saya tidak mempersoalkan keputusannya, saya tidak berhak mempersoal apa yang dibuat Arsene Wenger.
“Alex mengalami kecederaan betis. Kami tidak tahu kecuali Wenger dan beliau membawa masuk Arshavin.
“Hubungan saya dan pengurus baik, begitu juga dengan kelab ini.
“Tidak ada sebarang masalah, konflik atau kontroversi. Wenger tahu
perkara itu, saya dan pemain lain juga tahu.” Sementara itu penjaga gol,
Wojciech Szczesny menggesa penyokong terus meletakkan kepercayaan
kepada Wenger ketika kelab itu berhempas-pulas kembali ke landasan
kemenangan selepas tiga kekalahan berturut-turut liga. - AFP

Van Persie jadi pendorong
HAJAT besar penyerang sensasi Arsenal, Robin Van Persie untuk kembali
ke Malaysia menjadi antara faktor kelab Liga Perdana Inggeris itu
memilih Harimau Malaya sebagai pasukan untuk mereka memanaskan badan
dalam persiapan pra-musim Julai ini.
Skuad Gunners kendalian Arsene Wenger itu akan singgah ke Kuala
Lumpur untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad
kebangsaan pada 24 Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil sekali gus
penampilan kali keempat selepas kali terakhir bertemu tahun lalu dengan
menyaksikan mereka menang 4-0.
Pengarah Pemasaran Arsenal,
Angus Kinner berkata, kedatangan kelab London itu kali ini didorong
dengan sambutan luar biasa yang diterima peminat Gunners di sini tahun
lalu.
“Robin van Persie dan semua pemain mahu datang semula ke Kuala
Lumpur. Mereka tertarik dengan sambutan hebat peminat sebelum ini yang
bagi mereka sesuatu yang mengejutkan.
“Kami tidak mahu
melakukan kesilapan seperti sebelum ini apabila kami menunggu sehingga
12 tahun untuk datang semula ke Malaysia,” katanya kepada pemberita pada
majlis pengumuman Jelajah Asia 2012 Arsenal semalam.
Turut
hadir, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Ketua
Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis dan Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents
Group, Julian Kam yang bertindak sebagai promoter jelajah Arsenal kali
ini.
Kinner turut memberi jaminan, Wenger akan membawa barisan
terkuatnya memandangkan Jelajah Asia 2012 itu turut membabitkan
persinggahan di Beijing, China dan Hong Kong yang disifatkan amat
penting bagi latihan pra-musim.
“Kami akan membawa skuad
terbaik Arsenal termasuk mereka yang beraksi di Euro pada Jun. Kami akan
mengadakan perlawanan di Kuala Lumpur dulu sebelum meneruskan program
kami ke destinasi seterusnya (China dan Hong Kong),” katanya.
Arsenal kini menduduki tangga ketiga Liga Perdana dan kali terakhir pernah merangkul juara Inggeris pada musim 2003/04.
Perlawanan Arsenal dengan Malaysia akan berlangsung jam 9.45 malam bagi menghormati bulan Ramadan.

Van Persie pilihan pemain profesional
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
LONDON: Penyerang Arsenal, Robin van Persie dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan oleh Persatuan Pemain Bola sepak Profesional (PFA) England, semalam.
Pemain antarabangsa Belanda berusia 28 tahun itu menjaringkan 27 gol dalam Liga Perdana setakat ini, pencapaian terbaiknya bersama kelab utara London itu dan bangga diiktiraf undian membabitkan pemain liga itu.
“Jika orang lain menyatakannya, ia istimewa tapi ia lebih istimewa jika lawan anda yang menyatakannya,” katanya.
“Ia amat istimewa kerana anda bermain menentang mereka setiap minggu dan setiap pemain berusaha untuk menang dan akhirnya mereka membuat keputusan saya pemain terbaik, ia satu pengiktirafan besar.” Van Persie berkata, kejayaannya tidak mungkin dicapai tanpa sumbangan rakan sepasukan di Gunners.
“Tanpa mereka saya tak mungkin meraih anugerah ini,” katanya. “Sebagai contoh Theo Walcott, dia memberikan saya lebih 12 umpanan dan saya amat menghargainya.” Pertahanan Tottenham Hotspur dan England, Kyle Walker, 21, memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik PFA. - AFP

Page 2 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum

» Medan menebus kekecewaan
» Ronaldinho tekad robek Kelantan
» Chelsea, Bayern kongsi skrip
» Nasri buat pilihan tepat sarung jersi Manchester City
» Perhitungan terakhir
» PBSNT buka pintu rundingan
» Info FAM
» Man. City juara baharu?