Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Ramez digantung seumur hidup

View previous topic View next topic Go down

Ramez digantung seumur hidup

Post by Park Deen on Wed Feb 27, 2013 2:45 pm







RAMEZ (kanan) digantung seumur hidup oleh Persatuan Bola Sepak Lebanon.



SELANGOR dilanda musibah.

Mereka akan kehilangan tonggak pertahanan import, Ramez Dayoub,
antara dua pemain yang digantung seumur hidup oleh Persatuan Bola Sepak
Lebanon (LFA) atas dakwaan mengatur keputusan perlawanan.

Ramez yang kini beraksi dengan skuad Gergasi Merah untuk musim kedua,
didakwa melakukan kesalahan itu ketika bersama skuad kebangsaan pada
aksi kelayakan Piala Dunia 2014, tahun lalu.

Ramez dan Mahmoud Ali turut dikenakan denda bernilai AS$15,000
(RM46,711) dan mereka dibenarkan membuat rayuan terhadap hukuman
tersebut.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Siasatan merangkap
Setiausaha Agung Bola Sepak Asia Barat, Fadi Zureikat di ibu pejabat LFA
di Beirut semalam.

Selepas menghabiskan masa 174 jam dengan menyoal siasat 65 saksi, 44
pemain, tiga pengadil dan 18 pegawai, LFA turut mengantung dua pemain,
Hasi Sehmarani dan Hadi Jaafar selama tiga musim manakala 20 pemain yang
didapati bersalah dikenakan pengantungan satu musim.

Pengumuman itu dibuat selepas persidangan Interpol mengenai skandal mengatur perlawanan di Kuala Lumpur minggu lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0227&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz2M6Cr0S8w

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum