Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kaji Artikel 88

View previous topic View next topic Go down

Kaji Artikel 88

Post by Park Deen on Wed Feb 27, 2013 2:42 pm





Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my


TENGKU ABDULLAH minta ahli gabungan FAM kaji Artikel 88 FAM.




ANGGOTA gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu tampil
memberi cadangan untuk mengkaji semula Artikel 88 Statut FAM bagi
membolehkan badan induk itu ditegur atau dikritik.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah,
peraturan tersebut dikuatkuasakan atas kelulusan anggota-anggota
gabungan dan kini mereka perlu memberi cadangan untuk mengkajinya
semula.

“Artikel ini dibuat oleh ahli gabungan, kalau perlu dikaji semula, mereka perlu tampil memberi cadangan.

“Ini kerana peraturan itu dibuat bukan atas arahan presiden atau
timbalan presiden FAM, ini atas kelulusan ahli-ahli gabungan di semua
negeri,” titah baginda pada sidang akhbar di Kuantan, Pahang semalam.

Artikel 88 itu menjelaskan bahawa hanya presiden dan setiausaha agung yang boleh membuat kenyataan akhbar.

Akhbar Kosmo! semalam melaporkan pengkritik sukan negara, Prof.
Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim meluahkan pendapat bahawa tindakan FAM
menguatkuasakan peraturan melarang anggota gabungannya menegur atau
mengkritik boleh mengakibatkan mereka kehilangan ramai kawan yang jujur
dalam membangunkan bola sepak negara.

Beliau melahirkan kebimbangan kesan penguatkuasaan Artikel 88 Statut
FAM yang melarang anggotanya termasuk jurulatih dan pemain mengkritik
badan induk bola sepak itu boleh mengundang perasaan benci peminat bola
sepak terhadap FAM.

Tambah Tengku Abdullah, selain itu, baginda sendiri sudah lama
memaklumkan kepada jawatankuasa perundangan FAM untuk melakukan tindakan
tersebut.

“Kalau boleh, kita juga perlu perhalusi keberkesanan peraturan ini.

“Janganlah apabila Artikel 88 itu ditarik balik, sewenang-wenangnya
kita hendak kutuk FAM kerana ia tidak mencerminkan kematangan sukan bola
sepak negara,” titah baginda.

Menurut baginda, apa yang wajar dilakukan kini ialah memperkemas dan
memperbaiki segala kelemahan dalam FAM selari dengan pindaan yang dibuat
oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dari semasa ke semasa.

Mengulas mengenai kritikan yang dilontarkan oleh Presiden Persatuan
Bola Sepak Negeri Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim dan Presiden
Persatuan Bola Sepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim tentang Liga
Malaysia sebelum ini, baginda menyeru agar perkara itu dilihat dari
sudut yang lebih luas.

Dalam pada itu, baginda turut mengakui dakwaan Tunku Ismail bahawa
pengadil tidak profesional ada kebenarannya kerana mutu pengadilan bola
sepak negara masih di peringkat amatur.

“Memang betul apa dinyatakan oleh Tunku Mahkota Johor bahawa pengadil
kita tidak profesional, kerana kita masih amatur lagi. Jadi hendak kata
terbaik tidaklah.

“Kalau terbaik, kena pergi Liga Perdana England atau La Liga. Tetapi,
dari sudut positif, kita kena tengok dan perkemaskan, tetapi dan jangan
cepat menghukum.”

Ujar baginda, dalam perkara ini, semua pihak perlu faham bahawa
pengadil dilantik sehingga umur 45 tahun dan apabila bersara, pengadil
baru akan dilantik dan mereka memerlukan waktu untuk dilatih.

Baginda memohon anggota gabungan FAM agar menegur melalui saluran betul bagi mengelakkan kekecohan.

“Kalau boleh kita ikut saluran terbaik iaitu menghantar surat atau berjumpa dengan Setiausaha FAM, itu seelok-eloknya.

“Saya harap sekretariat FAM dapat menerima dengan positif agar setiap
teguran itu boleh diperbetulkan. Tetapi, itu hak media hendak tanya
kepada pihak terlibat,” titah baginda.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0227&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2M6C4xZne

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum