Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

FAM terlalu kebal

View previous topic View next topic Go down

FAM terlalu kebal

Post by Park Deen on Tue Feb 26, 2013 3:00 am





TINDAKAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), menguatkuasakan
peraturan melarang anggota gabungannya menegur atau mengkritik badan
induk bola sepak negara itu boleh menyebabkan mereka bakal kehilangan
ramai ‘kawan’ yang jujur dalam membangunkan bola sepak negara.

Pengkritik sukan negara, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
berkata, Artikel 88 Statut FAM yang melarang anggotanya termasuk
jurulatih dan pemain mengkritik badan induk bola sepak negara itu, boleh
mengundang perasaan benci peminat bola sepak tempatan terhadap FAM.

“FAM seharusnya lebih bersifat terbuka, menerima kritikan kerana ia
dapat membantu menambah baik persatuan itu dan bukan terus menjatuhkan
hukuman ke atas pihak yang membuat teguran. Saya bimbang suatu hari
nanti, semua orang jemu dengan tindakan FAM.

“FAM sepatutnya lebih risau prestasi skuad Harimau Malaya yang
semakin merudum sejak kebelakangan ini, dan bukannya sibuk menjatuhkan
hukuman terhadap anggota gabungannya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan
Kassim menjadi mangsa terbaharu Artikel 88 Statut 2010-2014 FAM apabila
digantung dua tahun enam bulan dan didenda RM39,000 kerana kesalahannya
mengkritik badan induk itu.

Pada tahun lepas, Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang
juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), digantung dua
setengah tahun kerana melanggar peraturan yang sama.

Sebelum itu, dua bekas Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin
Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil menjadi mangsa
hukuman FAM berikutan kritikan mereka terhadap badan induk itu.

Sementara itu, jurucakap Utras Malaya, Lekir Ahmad berkata tindakan
FAM menjatuhkan hukuman kepada persatuan negeri dan individu yang
mengkritik badan induk itu hanya membuatkan penyokong bola sepak negara
semakin membenci FAM.

“FAM memang dibenci peminat sejak dari dahulu lagi kerana mereka
tidak pernah menghormati atau mendengar cadangan daripada peminat
sedangkan bola sepak adalah milik masyarakat dan bukannya milik FAM,”
katanya.

Beliau berkata, peminat dan persatuan bola sepak negeri boleh
diibaratkan sebagai ‘mentimun’ dan FAM pula adalah ‘durian’ yang
sentiasa kebal dan tidak terjejas dengan apa juga kritikan.

Lekir berkata, kelab penyokong bola sepak Malaysia itu menyokong
tindakan berani Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ),
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim yang
mengkritik mutu pengadilan yang dikatakan lemah, bukan sahaja pada
perlawanan membabitkan Johor Darul Takzim (Johor DT) tetapi dalam
hampir semua saingan Liga Malaysia.

“Kita tunggu dan lihat apa keputusan yang bakal dilakukan oleh FAM
selepas ini sama ada akan terus menghukum TMJ atau pun sebaliknya,”
kata beliau.

Sementara itu, menurut sumber dalaman FAM, Artikel 88 FAM
menyebabkan mereka terpaksa ‘mengunci mulut’ masing-masing daripada
mengemukakan sebarang kritikan ataupun teguran kepada FAM.

“Kita tidak boleh terlampau mengikut emosi dalam mengeluarkan
kenyataan kerana terikat dengan peraturan FAM. Sekiranya FAM berkuasa
menjatuhkan hukuman kepada timbalan presiden, inikan pula kepada ahli
biasa,” katanya.

– Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2LxUVjmwU

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum