Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Fizz bertunang, saya yang kena - Almy

View previous topic View next topic Go down

Fizz bertunang, saya yang kena - Almy

Post by Park Deen on Sun Feb 17, 2013 7:34 am







GAMBAR Fizz Fairuz bersama tunangannya Azlyn Massiela Mohd. Nazar.




PANGGILAN telefon daripada teman-teman pada malam Ahad minggu lalu
membawa kejutan dahsyat dalam hidup Almy Nadia. Ketenangannya terganggu.
Sejak Isnin, telefon bimbitnya tidak henti-henti berdering. Ada yang
dijawab bahkan ada juga yang dibiarkan putus asa dengan sendiri.

Kepada setiap wakil media yang menghubunginya, pelakon yang terkenal
menerusi drama Dunia Baru itu hanya mampu memberi sepatah dua kata.
Selebihnya, dia mohon agar tuan empunya badan yang harus dicari, bukan
tanggungjawab dia untuk menjawab segala persoalan yang bertubi-tubi
dihamburkan ke telinganya.

"Sebenarnya saya tidak mahu memberi komen dan maklum balas berkenaan
pertunangan Fizz Fairuz. Dia yang bertunang kemudian hilang, tetapi saya
yang kena menjawab. Saya pula yang jadi mangsa keadaan.

"Lagi pun saya tidak mahu dihentam nanti. Saya pun sedar, ketika ini
ramai yang sedang memerhatikan saya, ramai yang hendak dengar apa pula
yang bakal keluar daripada mulut saya. Lebih baik saya tidak bercakap
banyak sebab sebelum ini pun, saya yang dilihat banyak cakap," luah Almy
Nadia Shaiful Khairil, 27, ketika dihubungi Sensasi Bintang baru-baru
ini.

Mengalih topik agar emosinya tidak terlalu didesak oleh kehancuran
cinta yang sedang dialami, pelakon yang baru selesai menjalani
penggambaran drama bersiri Cermin Kasih Amira diajak bercerita tentang
hari esok. Meminjam kata orang lama, barang yang lepas usah dikenang
jika dikenang meracun diri, Almy reda dengan ujian yang harus ditelan
ini.

"Mungkin Tuhan sayangkan saya, sebab itulah Dia berikan saya ujian
ini. Kami pun baru bercinta-cinta, bukannya suami isteri. Cuma satu
sahaja yang benar-benar ingin saya katakan, apa yang terjadi ini ibarat
memulangkan paku buah keras. Berani kerana benar," lentur Almy yang
mengakui dia juga lemah seperti wanita lain yang berdepan saat putus
cinta.

"Siapa yang tak menangis. Hanya Tuhan sahaja yang mampu memahami
perasaan saya ketika itu. Mula-mula dapat tahu hal itu pun daripada
teman-teman. Terduduk juga saya apabila dapat tahu orang yang selama ini
dipanggil kekasih tiba-tiba bertunang dengan orang lain.

"Puas menangis barulah saya sedar, hidup harus diteruskan. Tak guna
saya hendak menangis sedangkan dia (Fizz) sedang gembira. Saya doakan
yang terbaik untuk Fizz dan tunangannya, untuk keluarganya dan bakal
keluarga mertuanya," ujar Almy sedikit beremosi.

Tambah Almy lagi: "Fizz juga tidak jelaskan apa-apa terhadap saya
tetapi saya ada menghantar SMS kepada Fizz minta dia tampil memberi
kenyataan supaya bukan saya seorang sahaja yang perlu dengan berdepan
semua persoalan ini. Jawab Fizz ringkas sahaja, katanya 'ya,' dia akan
beri kenyataan. Itu sahaja."

Putus setelah masuk tahun ketujuh menyulam cinta, akui Almy tidak
mudah untuk menyembuhkan hati dan jiwa yang telah hancur berkecai.

"Ibu dan anak angkat saya, Nur Afrina Darwisyah yang kini berusia
empat tahun sahajalah kekuatan saya ketika ini. Ibu tempat saya mengadu
dan anak kecil itu semangat untuk saya terus hidup. Terima kasih kepada
teman-teman yang banyak memberi semangat. Saya belum sempat pulang
bertemu ibu di Pulau Pinang kerana sibuk di lokasi. Mujur juga, kalau
tidak, saya hanya seorang diri di Kuala Lumpur," kata Almy.

Ahad lalu, Fizz Fairuz mengikat tali pertunangan dengan seorang
wanita di Kuantan, Pahang, Azlyn Massiela Mohd. Nazar. Antara beberapa
keping gambar pasangan itu yang tersebar di internet, Fizz dikecam
kerana dilihat menyarungkan cincin ke jari Azlyn Massiela.

"Saya tidak mahu sentuh hal itu. Saya sudah kenal Fizz selama tujuh
tahun, saya juga kenal keluarganya. Saya kenal lebih banyak kebaikan
berbanding keburukannya. Banyak jasa baik Fizz kepada saya selama ini,"
ujar Almy reda dengan status Fizz yang kini bergelar tunangan orang akan
berkahwin tidak lama lagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0217&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2L7z01vyS

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum